Filem Tempatan Tidak Mendatangkan Semangat Patriotisme! Gambar hiasan Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia? Sudah lama perhatikan industri filem di Malaysia ni. Sempena bulan patriotik, bulan Ogos ini filem yang keluar dipanggung wayang rata-ratanya bosan dan tidak mendatangkan apa faedah pun. Jika dilihat sejak 7 Ogos filem yang dimainkan dipawagam " Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana. 14 Ogos KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA, Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya. JIN pada 14 Ogos Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin. Tidak ada satu pun filem yang mengisahkan tentang kemerdekaan di tanah melayu ketika dahulu. Modalnya cerita rempit, hantu, gangster lepas tu ulang la bertahun-tahun. Tiada langsung ke cerita yang bergenre lain, atau cerita yang boleh membawa faedah, dibulan patriotik ini. Senarai filem yang keluar dipawagan bulan Ogos ini : - ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) – Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana. 2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya. 3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin. 4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake. 5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 – KASYAH (11 September) – Drama, kisah cinta dan penutup trilogi filem Lagenda Budak Setan. 6. NASI TANGAS (18 September) – Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang. 7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) – Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf. Untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian. 1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia. 2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan. 3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks. 4. HAJI BACKPACKER – Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya ‘Idiladha. Apabila kita bercerita tentang patriotisme dan membina semangat jati diri melalui filem. Pada hari mengenang kemerdekaan. Mungkin tayangan ulangan Sarjan Hassan atau Bukit Kepong atau Leftenan Adnan di TV sudah memadai barangkali? Kemana filem-filem yang boleh menaikan semangat kita di bulan patriotik ni?
|
the_killer posted on 27-8-2014 04:10 PM
filem malaysia dulu2 memang patriotiknya kuat kerana masa tu ancaman komunis masih ada sehingga perj ...
supernaturalee posted on 27-8-2014 04:16 PM
seargent hassan baru isnin lepas
this weekend akn ditayangkan hati malaya
the_killer posted on 27-8-2014 04:10 PM
filem malaysia dulu2 memang patriotiknya kuat kerana masa tu ancaman komunis masih ada sehingga perj ...
piao posted on 27-8-2014 04:15 PM
filem gangster aku paling x boleh terima. nk tunjuk la melayu ni kuat boleh gaduh 1 lawan 500 oran ...
NIXAR posted on 27-8-2014 04:22 PM
sebahagian salah penonton, berapa kerat yg layan cerita2 berat ni. balik2 depa layan cerita bodo s ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086288 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.