CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sheera Iskandar Masih Laku

28-8-2014 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8820| Komen: 19

Description: RAMAI yang sudah mengetahui akan penghijrahan pelakon berbakat besar, Sheera Iskandar atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar sejak Ramadan lalu yang tampil lebih ayu dengan mengen ...
Sheera Iskandar Masih Laku



RAMAI yang sudah mengetahui akan penghijrahan pelakon berbakat besar, Sheera Iskandar atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar sejak Ramadan lalu yang tampil lebih ayu dengan mengenakan tudung.

Berkecimpung sebagai anak seni sejak berusia empat tahun, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini tidak pernah menganggap penghijrahannya menutup pintu rezekinya itu.

Biarpun popularitinya masih lagi pada tahap biasa, Sheera memberitahu dia masih lagi menerima tawaran lakonan bersesuaian dengan imej barunya itu.

"Alhamdulillah, semenjak bertudung ini tawaran lakonan yang saya dapat seperti biasa.

"Bertudung bukanlah alasan untuk saya tidak bekerja (berlakon). Malah, sebelum ini, saya mendapat banyak tawaran berlakon yang memerlukan saya berhijab.

"Buat masa ini, saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah telefilem bagi terbitan Astro," katanya pada Zass.

Tidak cukup setakat itu, drama bersiri terbaru lakonannya, Bohsia: Jalan Kembali juga mula ditayangkan sejak 11 Ogos di TV2 yang menggandingkannya dengan Qazem Nor, Lufya dan Datuk Aziz Singah.

"Drama 13 episod itu adalah adaptasi daripada filem yang sama arahan Syamsul Yusof," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kisah penghijrahannya, Sheera agak keberatan untuk berkongsi kepada umum.

"Saya hanya mengenakan tudung. Tiada apa-apa keistimewaan pun. Malah, saya memakai tudung atas kerelaan diri sendiri.

"Pada awalnya, keluarga saya pun tidak mengetahui akan perubahan saya ini.

"Apa yang saya harapkan agar ALLAH SWT terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," katanya.

Ketika ditanya adakah penghijrahannya ini disebabkan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon berusia 29 tahun ini ternyata punya jawapannya sendiri.

"Saya memakai tudung bukanlah kerana orang lain. Tetapi, ia datang daripada hati sendiri.

"Buat masa ini, saya memang tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Biarlah jodoh itu datang secara sendiri. Cuma, apa yang saya harapkan agar jodoh yang datang itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Lagi pun, keluarga juga tidak mendesak saya untuk segera berkahwin," katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena bulan kemerdekaan ini, Sheera bakal menyanyikan lagu Cintaku Malaysia duet bersama rappers, Doul yang juga rakan baiknya.

"Sebelum ini, saya hanya menyanyi di tandas kerana malu hendak menyanyi di depan orang ramai.

"Menyanyi hanyalah untuk berseronok dan saya tidak terfikir untuk menjadikannya sebagai karier.

"Saya tidak kisah akan kritikan orang terhadap nyanyian saya kerana pengkritik besar adalah ibu saya sendiri," katanya yang berharap agar audiens akan sentiasa mengingati lagunya ini.




1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimbom 25-8-2014 04:04 PM
Shamsul yusuf nk mengarah balik? Dah x majuk2 ek...
Quote putehkundor 25-8-2014 04:07 PM
Pose ala2 duyung bertenggek di atas batu
Quote fcl29 25-8-2014 04:23 PM
awat pose mcm org cacat
Quote DOUBLE7 25-8-2014 04:26 PM
fcl29 posted on 25-8-2014 04:23 PM
awat pose mcm org cacat

sakit kaki maybe...
Quote BebeQ 25-8-2014 04:40 PM
pose macam nak terkentut secara kepit.
Quote maxim 25-8-2014 04:41 PM
hampir terkincit waktu photoshoot
Quote fcl29 25-8-2014 04:43 PM
DOUBLE7 posted on 25-8-2014 04:26 PM
sakit kaki maybe...

dalam sakit2.. masih mampu tersenyum... itu satu pengorbanan
Quote iman_aly 25-8-2014 05:01 PM
nape pose begitu???
Quote austar 25-8-2014 05:02 PM
bilamasa dia pernah laku..?
Quote Munnalicious 25-8-2014 05:08 PM
Huduh ngat aih pose lagu ni. Acer diri je kan lebih afdal.
Quote ida88 25-8-2014 05:43 PM
Lame dah tak nampak die ni
Menyepi lps halimah jonggang
Quote DennisTrillo 25-8-2014 10:24 PM
cun gak kak engku nihh...
Quote tomet05 26-8-2014 08:17 AM
erkk .. halimah jongang nih kan
Quote soraya 26-8-2014 08:23 AM
homaiiigucchiii....naper la duduk camtu nak posingggg.....kehkehkehkeh....macam terkehel jerr....anyways lebih cantek sheera ni bertudung...
Quote missnina 26-8-2014 10:47 PM
gaya posing camni agak pelik
Quote biozipstar 27-8-2014 10:27 AM
ehemmm ok la masih laku
Quote Raline 11-9-2014 10:22 AM
halimah jonggang kelakar juga
Quote fatehana 11-9-2014 10:37 AM
muka dia mmg makin lawa bila dah bertudung cuman tang pose tu errr jgn buat gitu yea shera x sesuai
Quote fifie_olin 11-9-2014 10:39 AM
bambimbom posted on 25-8-2014 02:04 PM
Shamsul yusuf nk mengarah balik? Dah x majuk2 ek...

bini dh pujuk kekdahnya...dedulu ngade2 nk pencen bagai...


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.226956 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top