CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Raja Azrey Dapat Dato' Naning..Tahniah

28-8-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20257| Komen: 103

Description: Raja Azrey Berkata, Ini Berikutan Dia Merasakan Adalah Menjadi Tanggungjawabnya Untuk Menghargai Puak Berkenaan Yang Mengiktiraf Jasanya Selepas Menghasilkan Teaterlagenda Dol Saidyang Mengisahkan Ten ...
Raja Azrey Dapat Dato' Naning..Tahniah

Raja Azrey sedia dikritik sekiranya gelrana Datuk yang diterima mengundang persoalan.




PETALING JAYA: Pelakon Raja Azrey tetap akan menggunakan gelaran Datuk yang diterimanya daripada puak adat pepatih Naning walaupun perkara itu tidak diiktiraf di negara ini.

Raja Azrey berkata, ini berikutan dia merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghargai puak berkenaan yang mengiktiraf jasanya selepas menghasilkan teaterLagenda Dol Saidyang mengisahkan tentang sejarah pahlawan Melaka baru-baru ini.


"Sebenarnya saya enggan menceritakan perkara ini kerana ia akan mengundang persoalan dan kontroversi kepada semua pihak.

"Saya faham pertikaian itu berpunca kerana mereka keliru dan tidak faham apakah tujuan pengiktirafan itu diberi.

"Apa-apapun, saya akan menggunakan gelaran Datuk bagi tujuan tertentu seperti kerja-kerja rasmi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Baru-baru ini, sebuah poster teater 3 Kali Sayang yang bakal dipentaskan pada 30 Ogos ini di Auditorium MPAJ Pandan Indah telah dikeluarkan untuk tujuan promosi.

Bagaimanapun nama Datuk Raja Azrey sebagai penulis skrip dan pengarah yang dipaparkan pada poster berkenaan mengundang pertanyaan semua pihak tentang penerimaan gelaran tersebut.

Sementara itu, Raja Azrey menambah, majlis pengurniaan darjah kebesaran itu belum lagi dilaknsakan. Bagaimanapun dia sudah boleh menggunakan gelaran tersebut selepas menerima surat rasmi daripada puak Naning pada empat bulan lalu.



Dalam pada itu, pengarah teater itu sedia menerima kritikan daripada masyarakat yang tidak mengiktiraf gelaran tersebut.

"Bagi saya senang sahaja. Saya menerima pengiktirafan ini sebagai tanda menghargai pihak sana (puak Naning).

"Jika ada yang mempertikaikannya, tidak apa, saya tidak kisah. Dan jika siapa-siapa yang mahu tahu kebenarannya, silalah ke Istana Nan Panjang yang terletak di Simpang Empat, Melaka," ujarnya.

Terdahulu, kontroversi isu 'Datuk Naning' tercetus apabila pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk pada Mei lalu.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka.

Sementara itu The Star  pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.

Akhbar Utusan Malaysia  pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan  dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.




































1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 26-8-2014 07:27 AM
tahniah.. dulu selalu tengok muka dia di tb. sekarang senyap jer.
Quote batman_2007 26-8-2014 07:33 AM
Sebelum ucap tahniah.. Nk tnya dulu dato negeri mana
Quote akuMNdia 26-8-2014 07:36 AM
nak teka dia dapat dari sultan berjiwa retis... tak pun datuk naning.... mcm si boy iman tu..
Quote alinone78 26-8-2014 07:38 AM
Apa sumbangannya?
Quote mea 26-8-2014 07:38 AM
sumbangan???
Quote kakasotong 26-8-2014 07:48 AM
Iols mmg konfius dgn artis2 skrg. Mudahnya mendapat title datuk tu. Sumbangan nya iols xnmpk plak. Nan hadooo sgt. Muka pn tenggelam timbul jah kat tv.

Adakah ini pn sekutu2 dato rafiena yg diragui pangkat datuknya??? Sheols ni pn xtaw dr mana dia dpt datuk tu.

Anyway suka raja azrey dedulu masa blakon felem blok 404, kem 505 n hancur
Quote aTiKah_aYuNi 26-8-2014 08:13 AM
sumbangan nyer?????
Quote mzzenma 26-8-2014 08:17 AM
Kalau raja azrey and bini ada ig cepat2 lah tukar nama ig tambah dato' heheh
Quote pilot 26-8-2014 08:19 AM
batman_2007 posted on 26-8-2014 07:33 AM
Sebelum ucap tahniah.. Nk tnya dulu dato negeri mana

pertanyaan wajib...

tahniah la....sumbangan belakang tabir kot
Quote siape_aku 26-8-2014 08:19 AM
sure ke raja azrey yg ni??? ke org lain???
Quote star_anisse 26-8-2014 08:21 AM
dato' beli ke apa nie??? nafkah anak2 yg 4 org tu jgn lupa lak byr tiap2 bulan k..
Quote tomet05 26-8-2014 08:29 AM
fuhh .. kaya jugak kalau beli ye ..
Quote shunnaray 26-8-2014 08:32 AM
motip dia ni berpangkat dato?
Quote reenz013 26-8-2014 08:37 AM
mudahnyer dpt dato...
Quote NHolmes 26-8-2014 08:40 AM
malaywood.NET posted on 26-8-2014 07:27 AM
tahniah.. dulu selalu tengok muka dia di tb. sekarang senyap jer.

Skrg belakang tabir
Quote dejure 26-8-2014 08:42 AM
please inform me mcm ne nk beli dato ni??dkt siapa sy nk berurusan
Quote offwhite 26-8-2014 08:48 AM
aku konpius muka dia dgn muka somi ellie suriaty....
Quote rosasa 26-8-2014 08:52 AM
tahniah la kalau bukan dari naning
Quote enchikfitz 26-8-2014 08:55 AM
sebelum nak ucap tahniah, nak tanya jugak:

1. Dari sultan negeri mana?
2. Sumbangan apa yg dia buat utk industri / masyarakat

ok tq

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069163 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top