CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah

29-8-2014 02:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14019| Komen: 79

Description: Jep Atau Nama Sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, Bagaimanapun Berkata, Dia Sentiasa Cuba Bersikap Positif Tentang Perkara Itu Selain Menganggap Ia Asam Garam Kerjaya Dalam Dunia Artis.

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah




KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) kesal apabila dia sering menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah mahu menghancurkan kerjaya seninya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 29, bagaimanapun berkata, dia sentiasa cuba bersikap positif tentang perkara itu selain menganggap ia asam garam kerjaya dalam dunia artis.

"Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan pelbagai cerita tidak benar mengenai saya atau ia sekadar direka oleh pihak tertentu.

"Sebab itu kadang-kadang bila wartawan menelefon, saya tidak jawab panggilan itu kerana dakwaan yang timbul bukan daripada saya.

"Jadi mengapa saya perlu jawab tentang perkara yang saya sendiri tidak tahu," katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah Malaysia Super Lawak FC di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa.

Pelawak itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini yang mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan artis lain ekoran sikapnya yang dikatakan sudah berubah.



























Jepp mengakui kurang bergaul dengan pelawak lain di luar waktu kerja.


Dalam pada itu, Jep menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak sepanjang terlibat dalam bidang seni.

Malah kata Jep, dia juga tidak menjalinkan hubungan akrab dengan rakan pelawak lain dan hanya bertemu sekiranya terlibat dalam program sama sahaja.

"Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong.

"Bagi saya melawak adalah kerjaya dan saya bukan pelawak apabila turun dari pentas malah saya juga seorang manusia biasa yang ada kehidupannya sendiri seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, Jep mengakui gosip dan kontroversi mengenai dirinya banyak tersebar selepas kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah baru-baru ini.

"Saya tidak tahu kenapa selepas menang beberapa anugerah semakin banyak gosip yang timbul tentang diri saya biarpun saya jarang berada di Kuala Lumpur kerana pulang ke kampung jika tiada rakaman sebarang program.

"Itu pun ada orang masih menabur pelbagai fitnah terhadap saya. Itu yang buat saya pelik," jelasnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-8-2014 01:26 AM
@jepp @ajak_ajak @zila_hakimie @z_k
Quote Munnalicious 27-8-2014 06:58 AM
Lorh... Jepp ni baru doplohsmilan ka? Bagak betul mcm umo tigaplohlima. Kiahkahakahakah
Quote maxim 27-8-2014 07:02 AM
"Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong.


Abih shuib angah suma tu bkn pelawak ke..
Quote cloudy_83 27-8-2014 08:28 AM
bagusnya tak lupa diri. rajin2 balik kg jenguk mak ayah tu
Quote dondangdendang 27-8-2014 08:29 AM
maxim posted on 27-8-2014 07:02 AM
"Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendi ...

nampak sangat dia sombong....
Quote setankuning 27-8-2014 09:12 AM
aku baca gak artikel pasal jep konon2 dipulau kengkawan tu
pastu tengok rahim & shuib banyak kuar tibi lately, jep nya macam kurang sangat

apakah bener??
Quote tomet05 27-8-2014 09:28 AM
gossip semata nih kan ..kui3 ..
Quote lib_d_Taiping 27-8-2014 09:34 AM
Biarlah dia...dia suka privasi...berlawak adalah kerjaya dan Jepp adalah manusia biasa....tak pe Jepp buatlah apa yang patut.  Rezeki ada dimana mana...manusia mmg tidak pernah terlepas dari PHD..so jgn ambil pusing sangat ...buat kerja itu yang penting.
Quote apiang 27-8-2014 09:37 AM
pulak dah.... jep mcm poyo2 je ni... hahahah buat bese sudah la jepp oi.
Quote taji2906 27-8-2014 10:08 AM
aku tengok dia masa main bola dgn super lawak ni ok je dia dgn yg lain2.. tengok elok bergelak tawa dgn ac, pak yus, shuib, etc... aku rasa dia ni cakap lain wartawan pusing lain kot.. yg aku tau dia ni selalu balik kampung.. anak mak.. tak boleh lama berenggang dgn mak dia..
Quote biozipstar 27-8-2014 10:09 AM
die kije ape selain jadi pelawak
Quote stres 27-8-2014 10:39 AM
mcm pelik ja statement jep tak berkawan rapat dgn pelawak lain..mesti wartawan pusing cerita..lepas ni keluar cerita soeb terasa hati dengan kenyataan jep pulak..hahaha
Quote missyqaldina 27-8-2014 10:51 AM
tunang die mana??ade pic??
Quote Mierafaziera 27-8-2014 11:04 AM
dondangdendang posted on 27-8-2014 08:29 AM
nampak sangat dia sombong....

dia tak sombong la..aku ingat lagi ngah raja lawak yg duk serumah dgn dia penah cakap, Jepp sebaik2 umat, berbakti kepada kedua org tua, dan suka sangat menolong kawan2 yang susah tak kira dikalangan pelawak atau kawan2 sekampung... Angah cakap, dunia jepp cuma dua je, belakon, belawak then abis keja dia akan balik kampung..tiap2 minggu akan balik kampung nak mengadap orang tua dia... itu kata Angah... kalo Angah tipu, tipu le aku..hehe
Quote malaywood.NET 27-8-2014 11:07 AM
dia ni mmg nampak poyo kan..
Quote aufa 28-8-2014 02:59 AM
Dia tak suka berkawan dan bersosial kat luar...lepak kat rumah,duit pun tak cepat habis...bagus jepp
Quote mommymonster82 28-8-2014 03:07 AM
Sokong jep... Moga rezki lebih murah... Maksud dia tu mungkin selain dari yg grup dia tu..dia xde rapat sgt.. Mmg betul pon.. Dgn Shuib.. Dgn rahim selalu jer nmpk dia join dorg..dgn lain2 mmg jarang sgt..
Quote zila_hakimie 28-8-2014 05:50 AM
kakikuDibibirmu posted on 27-8-2014 01:26 AM
@jepp @ajak_ajak @zila_hakimie @z_k

Choyyy tag segala MN
Quote drivethru 28-8-2014 05:56 AM
Mase busuk byk kawan....

Mase wangi xnk berkawan...

Ok la....xde job balik tgk mak ayah.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058569 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top