CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Humban Selepas Memancing Di Kolam Terlarang

29-8-2014 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5232| Komen: 43

Description: Menurut Sumber, Mangsa Kemudian Meminta Maaf Namun Tidak Dipedulikan Sebaliknya Tiga Anggota Itu Terus Bertindak Menumbuk Dan Menendang Mangsa.
Di Humban Selepas Memancing Di Kolam Terlarang


Kuala Lumpur: Ditumbuk, ditendang, dihumban masuk ke dalam kolam dan dibelasah sehingga lembik, itu nasib malang menimpa seorang lelaki yang sedang memancing di sebuah kolam di Taman Layang-Layang Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 30-an yang sedang memancing didatangi tiga anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dimarahi kerana memancing di kolam itu tanpa kebenaran.

Menurut sumber, mangsa kemudian meminta maaf namun tidak dipedulikan sebaliknya tiga anggota itu terus bertindak menumbuk dan menendang mangsa.


“Tidak cukup dengan itu mereka juga tergamak menghumban mangsa ke dalam kolam menyebabkan dia hampir lemas dan sebaik naik ke darat, mangsa sekali lagi dibelasah,” katanya.

Sumber berkata, selepas puas membelasah mangsa, ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu terus beredar dan tidak mempedulikan lelaki terbabit yang terbaring di tepi kolam itu.

“Trauma dengan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 29-8-2014 08:03 AM
memang lah dia salah memancing di kolam tanpa kebenaran..

tapi 3 lawan 1 tu apa cerita? bangga ke kalau dapat bunuh orang? Last edited by redz85 on 29-8-2014 08:04 AM

Quote AMDTurion 29-8-2014 08:04 AM
pergh! gangster betul pegawai pbt tuh.......

ke dah banyak kali dia terkantoi mancing kat kolam yg takleh mancing
Quote redz85 29-8-2014 08:05 AM
mungkin dia orang susah, nak beli ikan tak mampu
Quote fifie_olin 29-8-2014 08:41 AM
menyamar brg kali..
Quote brums08 29-8-2014 08:43 AM
Kesiannya dia,takkan itu cara mengajar org yg tak ikut undang2.
Quote fifie_olin 29-8-2014 08:43 AM
kalo x leh mancing jgn la letak ikan dlm tu...
kalo dh area kepong tu.....agak2 ikan tu guna baja ape ek
Quote taji2906 29-8-2014 08:45 AM
ehhh.... tak berapa nak percaya citer ni.. kena dengar citer kedua2 belah pihak.. aku rasa takkan la pbt tu bodoh sangat belasah orang macam tu?
Quote BotakChinPeng 29-8-2014 09:22 AM
Mungkin dulu mereka tangkap bagi kat polis tapi dilepas saja.
Sekarang....belasah terus
Quote kentel 29-8-2014 10:02 AM
bodoh nya PBT tu...DBKL ni ambik samseng jadi penguatkuasa ke cane...
Quote zorrro_03 29-8-2014 10:10 AM
harap dapat penjelasan dari pbt terbabit.
Quote Ah_Kwan 29-8-2014 11:10 AM
haiya....
sudah lah salah...musti ini olang kurang ajar sama itu PBT...siap cabar lagi..mungkin..
Tiadalah sape mahu memukul manusia hanya kerana memancing..
Sangat tidak lojik...

keh keh keh
Quote gaara_X 29-8-2014 11:11 AM
banyak pro and kontra dalam isu nie....
Quote cikmi 29-8-2014 11:33 AM
taji2906 posted on 29-8-2014 08:45 AM
ehhh.... tak berapa nak percaya citer ni.. kena dengar citer kedua2 belah pihak.. aku rasa takkan la ...

kan....aku rs ada sebab..mgkn mulut laki tu cam longkang ker...

Quote BotakChinPeng 29-8-2014 11:33 AM
Kolam terlarang woo.Jgn main main . Haha
Quote edee_91 29-8-2014 11:33 AM
biar betul cerita ni? aku tak percaya. aku anggap kejadian tak pernah berlaku. gila tambah bodoh saja kalau betul berlaku. jin dan setan pun tak pernah buat macam tu.
Quote edee_91 29-8-2014 11:34 AM
there is nothing more evil than the devil, except these PBT staff.
Quote edee_91 29-8-2014 11:35 AM
serius aku tak percaya. bukti mana bukti? gambo mana gambo? laporan polis mana laporan polis?
Quote edee_91 29-8-2014 11:36 AM
tengok tu, punyalah aku tak percaya, sampai post banyak kali beb.
Quote GhostWalking 29-8-2014 11:38 AM
edee_91 posted on 29-8-2014 03:36 AM
tengok tu, punyalah aku tak percaya, sampai post banyak kali beb.

Ko contact je Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mintak kat dia

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.674186 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top