CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem

9-9-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7709| Komen: 2

Description: Sementara Itu, Beritahu Shiqin, Selepas Menghabiskan Pengajiannya Dalam Jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari Di Universiti Teknologi Mara (Uitm), Dia Juga Merancang Ingin Mengambil Kursus Lakonan.
Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem      


Shiqin Kamal


PETALING JAYA: Pelakon Shiqin Kamal mengaku dia hanya akan mengambil tawaran untuk berlakon dalam filem sahaja bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang pelakon.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 23, berkata, dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan.

"Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen.

"Kalau boleh saya ingin menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon profesional dengan hanya muncul sekali sekala, tetapi dengan hasil lakonan yang bagus," katanya kepada mStar Online.


Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya.

Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan  pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan.

"Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian.

"Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cekenit 12-8-2014 07:29 AM
Shiqin who???
Quote shodaime 13-8-2014 02:13 PM
Filem bayaran lebih tinggi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051700 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top