CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Ulas Isu Seluar Ketat Tonjol ‘Anu’

10-9-2014 03:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44409| Komen: 176

Description: Zizan Atau Nama Sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, Berkata, Isu Remeh Yang Menjadi Bahan Senda Sebahagian Pengguna Alam Siber Itu Adalah Perkara Yang Tidak Disengajakan.
Diselar Pakai Seluar Tonjol Kotek, Zizan Mohon Maaf



Zizan ulas isu seluar ketat tonjol ‘anu’


Kuala Lumpur: “Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya,” ulas hos Akademi Fantasia (AF) 2014, Zizan Razak mengenai isu seluar ketat yang dipakainya dan menonjolkan bentuk alat sulit ketika konsert pertama program itu, malam kelmarin.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, isu remeh yang menjadi bahan senda sebahagian pengguna alam siber itu adalah perkara yang tidak disengajakan.


“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.





Isu terbaru itu timbul berikutan penyebaran gambar Zizan ketika mengacarakan AF2014 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini, malam kelmarin.


Sebaik program realiti popular itu bersiaran, gambar itu menjadi bualan hangat di media sosial dan Internet yang mengkritik dan mencemuh tindakan pelawak itu memakai seluar ketat.

Segelintir pihak juga mendakwa Zizan sengaja memakai seluar yang menonjolkan bentuk alat sulitnya untuk meraih perhatian.


Konsert AF2014 yang bermula malam kelmarin disiarkan pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (135).

Bermula konsert kedua, Zizan akan berpasangan dengan Faizal Ismail selaku hos bersama. Diari AF2014 pula dikendalikan Jihan Muse.


Zizan berkata, dia yang menyedari keadaan itu selepas ditegur pihak tertentu ketika program berlangsung tetapi ia berada di luar kawalan.

“Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula? “Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat,” katanya.

Tambahnya, insiden itu juga menjadi pengajaran dan akan lebih berhati-hati dalam penampilannya pada masa akan datang.

“Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.


“Cuma saya memang tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu (kelmarin) termasuk skrip dan kandungan program,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 10-9-2014 02:26 PM
kotol kecik pon jd gusip..
Quote NHolmes 10-9-2014 02:29 PM


Sape lagi ketat?
Quote encikWawad 10-9-2014 02:30 PM
kut selambak cam awal ke ackiok tu - ada lah eye candy value - btw pasai pa ketat ya hamppoon seluar2 dia ni
lagi satu kalau badan berlemak tok sah la pakai slim fit - nangis suar tu merayuu ( tgk kat malatop si mastercep si nik tu) hayoo sedehh
Quote md_nana 10-9-2014 02:32 PM
Hahaha...
Malunye..
Quote munchkin 10-9-2014 02:33 PM
nak tiru warga kpop ke. tak kuasa.
Quote Nham22 10-9-2014 02:33 PM
Menyampah la dieorg ni bukan tak peka..tapi mmg suke pakai seluar jenis ketat..zizan dr dulu klu mengacara mmg seluar ketat2 ...same mcm awal..meluat!
Quote krustykrab 10-9-2014 02:34 PM
tonjol kotek kena selar...artis pompuan tonjol buah depan belakang dah macam tak de apa2
nasib la jadi lelaki
Quote prettymanja 10-9-2014 02:36 PM
gelikk tau.. kotek sejempot
pujaan ati Mengembong.. huhu
Quote sue_liah 10-9-2014 02:39 PM
ingat retis pompuan je ke nak tejojol, menonjol
hat retis laki pon nak juga
Quote putehkundor 10-9-2014 02:39 PM
Skrg ni jantan2 dah tak pakai jeans/pants straight cut lagi kah chuolss?

Semuanya slim dan skinny jah.....
Quote rina0602 10-9-2014 02:41 PM
Lagi sorang,ac mizal..aduhai,malu aku tengok..
Quote kikuri 10-9-2014 02:42 PM
geli hokeh jantan pakai suor ketat...seolah-olah benda tu meronta-ronta kelemasan gitu mintak dibebaskan,,,
Quote doubleA 10-9-2014 02:43 PM
bukan perempuan je suka pakai ketat2, laki pun sama.
buruk tau tak buruk
Quote kentel 10-9-2014 02:46 PM
hahaha...teloq je besau...pisang kelingking...
Quote cheezzy 10-9-2014 02:48 PM
takda gambar lebih clear kah
aku tak layan af
Quote slipar_jepon 10-9-2014 02:49 PM
kalo org x tegur..mmg tutup sebelah mata je tu
Quote hanie_z 10-9-2014 02:57 PM
bukan si jijang ni memang suka pakai seluar ketat ke..?
mungkin kali ni punye ketat sampai tertonjol kot..lolzzzz
Quote fifie_olin 10-9-2014 03:00 PM
awal pya lg ketara bsrnya...slalu pki suar ketat...
tgk la melodi ni nti...ketat x ketat...
Quote pia250110 10-9-2014 03:01 PM
zizan kene ikat kote die kat belakang..ataupun juru gaya af14 reka selua dlm yg xbg nampak kote khas tuk jizan..
hahhahahhaha x sangke aku bg cadangan nih

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059280 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top