CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lena lepas mencuri

12-9-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3691| Komen: 6

Description: Polis Sempat Merakam Gambar Dia Terlena Sebelum Mengejutkannya.
Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.

Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.

Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.

DAVIS lena di atas katil di rumah mangsanya.

Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.


Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alaa 11-9-2014 02:48 PM
huk aloh. penat sangat eh menyelongkar umah org?
Quote fifie_olin 11-9-2014 02:53 PM
free2 serah diri
Quote Artemesiaa 11-9-2014 04:04 PM
Kantoi sudah tak boleh bagi alasan lagi kena pasrah mengaku bersalah je jawabnya
Quote AcikLijah 12-9-2014 12:31 AM
mabuk ketum kot...
Quote ice_sky92 12-9-2014 01:58 AM
Mungkin katil tu selesa sangat kot. Haha.
Quote drivethru 12-9-2014 04:42 AM
Rumah xde katil empuk. Geladangan.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.188115 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top