CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nombor Telefon Unik Berharga Rm255k

15-9-2014 12:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8030| Komen: 46

Description: Sebanyak 64 Nombor Khas Dikategorikan Sebagai ‘Berlian,’ ‘Emas’ Dan ‘Perak.’
Nombor Telefon Unik Berharga Rm255k

Riyadh: Seorang warga Arab Saudi sanggup membayar SR300,000 (RM255,000) untuk mendapatkan nombor telefon kegemarannya.

Pembelian berkenaan dilakukan di satu lelongan nombor unik bagi telefon bimbit anjuran Syarikat Telekom Saudi (STC) di hotel Ritz Carlton di Riyadh, kelmarin.

Sebanyak 64 nombor khas dikategorikan sebagai ‘berlian,’ ‘emas’ dan ‘perak.’

Seorang pegawai STC berkata, pihaknya tidak dapat menjual semua nombor itu memandangkan ada bidaan yang terlalu rendah daripada yang dijangka.

ACARA lelongan nombor telefon berkenaan di hotel Ritz Carlton di Riyadh.


“Nombor itu akan dilelong pada tarikh yang akan ditetapkan syarikat tidak lama lagi,” katanya.


Menurutnya, jualan nombor unik Selasa lalu mencecah SR5 juta (RM4.3 juta).
Lelong itu terbuka kepada mereka yang berusia lebih 15 tahun.

Seorang pembida yang juga ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Muhammed’ berkata, dia tidak kesal membayar harga tinggi untuk mendapatkan nombor telefon yang digemarinya.

Muhamed, 35, berkata, dia membayar SR20,000 (RM17,000) untuk mendapatkan nombor unik itu supaya ia mudah diingat oleh anggota keluarga dan rakannya.

“Yang penting saya puas kerana memperoleh satu nombor unik,” katanya.

Seorang lagi pembida untuk kategori perak menawarkan sehingga SR10,000 (RM8,500) untuk mendapatkan satu nombor tetapi menarik diri kerana tidak mampu membayar lebih daripada itu.

Bidaan bagi kategori perak bermula pada harga SR3,000 (RM2,550).

STC bagaimanapun enggan mendedahkan pembida yang membayar sebanyak SR300,000 mahupun nombor yang dipilihnya. 

3

Bagus
5

Marah

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-9-2014 03:35 PM
kegilaan orang2 kaya..
orang miskin nak dapat sesuap nasi pun kais pagi makan pagi..
Quote Vellfire 13-9-2014 03:59 PM
Dah tak tau mcm mana nak perabis duit
Quote Vellfire 13-9-2014 03:59 PM
Dah tak tau mcm mana nak perabis duit
Quote dubuk 13-9-2014 04:15 PM
kalau duit banyak apa salahnya

hadiah untuk diri sendiri

kahkah
Quote kelana36 13-9-2014 04:18 PM
No plate kereta lagi lah, berjuta juta dia orang sanggup bayar..
Quote sueism 13-9-2014 04:38 PM
org kaya tak apa lah nak number apa pun sanggup beli
kalau rakyat biasa mcam kita dapt number apa pun
tak apa janji boleh buat call /terima call
Quote shahx 13-9-2014 05:13 PM
tak kisah la, janji bukan guna duit rakyat...
Quote MsKathryn 13-9-2014 05:56 PM
Orang kaya apa pun mampu dibeli..
Quote edee_91 13-9-2014 06:08 PM
Kalau guna duit rakyat, memang boleh bikin didih...
Quote pumpkingirl 13-9-2014 07:42 PM
Apa agaknya no yg bertuah hebat mahal sgt tu..
Quote aechae 13-9-2014 07:47 PM
Ala, no fon aku pn cantek x payah byr mahal pn...sume nombor ganjil gtu..
Quote aurora273 13-9-2014 08:08 PM
Apa ke pelik nak bagi org ingat..?? Bila dah save dalam phone, ada ke ko belek balik nombor tu..?? Sah-sah la ko cari nama je dalam phonebook..
Quote ice_sky92 13-9-2014 08:30 PM
Untunglah.
Quote rdzaccess 13-9-2014 08:39 PM
aku dah dua kali kena ... nombor cantek tetiba sim card tak leh guna ... pergi centre ... memacam teknikal problem yang diorang bagi ... rupanya diorang jual kat pelanggan lain ...
Quote clarizsa 13-9-2014 09:33 PM
no hp i cam no hantu... byk no 6...

tp cantik bagi i...
Quote myrustyme 13-9-2014 10:34 PM
orang arab duit byk sgt.. klu kt london yg pakai bentley semua org arab la..
Quote alieyrina 13-9-2014 10:38 PM
No fon aku digi..yg 7 digit belakang tu no 1 sampai 7..tak berulang nombor..cuma mixed up jah..unik dakk  

teringin nak tau nomot apa yg beratus riban tu..
Quote azharariff 14-9-2014 12:00 AM
bila mati, jangan lupa bawak skali nomboq masuk kuboq.
Quote Artemesiaa 14-9-2014 12:49 AM
Lantak dia le dah duit dia sendiri yang nak kena keluar dah terlebih2 mungkin.  Jadi suka hati dia le nak bayar banyak mana bukan dia mintak orang lain tolong bayarkan pun.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.170043 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top