CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ekonomi Malaysia Antara Terbaik Dunia

15-9-2014 12:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6201| Komen: 29

Description: "Malaysia Dilihat Oleh Masyarakat Antarabangsa Sebagai Model Ekonomi,Dengan Pertumbuhan Ekonominya Antara Yang Terbaik Di Dunia Pada Kadar 6.3 Peratus Bagi Enam Bulan Pertama Tahun Ini," Kata Beli ...
Ekonomi Malaysia Antara Terbaik Dunia


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini antara yang terbaik di dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.4 peratuspada kedua suku, disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan kekuatan berterusan dalam permintaan domestik swasta.

"Malaysia dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai model ekonomi,dengan pertumbuhan ekonominya antara yang terbaik di dunia pada kadar 6.3 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," kata beliau dalam kenyataan pada mesyuarat ke-11 Menteri-menteri Kewangan Asia-Eropah di Milan, Itali.

Beliau berkata kekuatan ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport yang terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi maju dan daripada permintaan serantau.

"Aktiviti pelaburan diunjur kekal kukuh diterajui oleh sektor swasta manakala penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan.

"Kestabilan keseluruhan terus disokong oleh institusi kewangan yang mempunyai modal yang baik manakala keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan dalam negeri juga kekal utuh," katanya.

Husni berkata, walaupun usaha-usaha Malaysia untuk mengukuhkan pertumbuhan domestik dan daya tahan, negara menyedari bahawa ia tidak boleh melakukannya sendiri memandangkan pengurusan ekonomi mencabar dalam persekitaran yang semakin global.

Beliau berkata, krisis ekonomi dan kewangan serta kesannya yang berpanjangan menekankan kepentingan tindak balas dasar yang selaras, terutamanya keperluan untuk meningkatkan kerjasama dan integrasi serantau dan antara rantau untuk memastikan pemulihan ekonomi yang mampan dan pertumbuhan seimbang.

"Semasa kita bergerak ke hadapan, dan meletakkan krisis di belakang kita, landskap kewangan global telah berubah.

"Cabaran utama yang dihadapi oleh pembuat dasar ialah apakah pemacu pertumbuhan era seterusnya, dan bagaimana kita mengekalkan dan mengukuhkan pemulihan ekonomi di samping memastikan pertumbuhan yang seimbang dan inklusif? "katanya.

Beliau berkata Asia menjadi rantau yang paling pesat berkembang di dunia, menguasai kira-kira satu pertiga pertumbuhan global pada tahun-tahun kebelakangan ini, disokong permintaan yang kukuh dan asas-asas yang kukuh, rizab yang tinggi dan sistem perbankan yang baik.

"Meskipun prospek cerah bagi rantau ini dengan ekonomi global semakin pulih, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, adakah apa yang kita lakukan cukup untuk mengharungi krisis yang mungkin berlaku?

"Kita tidak akan dapat meramal dengan tepat di mana atau bagaimana bentuk krisis akan datang," katanya.

Beliau berkata pemantauan makroekonomi berterusan, dasar makroekonomi domestik seimbang serta perundingan tetap serantau dan antara rantau akan membantu mengesan peristiwa-peristiwa yang menggugat kestabilan dan menyelaras dasar untuk menyelesaikannya.

Ahmad Husni mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tahunan itu yang diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan kewangan dalam kalangan 51 negara-negara Asia dan Eropah. 

8

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 15-9-2014 09:02 AM
Setuju aje sebab tu malaysia x ada org yg miskin semua kaya2 belaka.
Quote pakupayung21 15-9-2014 09:03 AM
Ya Allah..ketahian apekah ini








Quote Eric.n9 15-9-2014 09:04 AM
Alahai, sedapnya gula gula
Quote gaara_X 15-9-2014 09:15 AM
ermmmmmm...takkan nak cakap buruk kan...telan je laa chewing gum tue
Quote cHimo 15-9-2014 09:24 AM
Taniah .. Hutang tuh jgn lupa bayar yerr ..
Quote BotakChinPeng 15-9-2014 09:32 AM
Ekonomi jepun susut 7.1%
Quote inai_Djari 15-9-2014 09:32 AM
owh betul ker?yaAllah tak sangka..
Quote Pikir 15-9-2014 09:35 AM
bang, dia kata PERTUMBUHAN ekonomi msia bg separuh pertama antara terbaik didunia bukan mcm tajuk hang tulis. Reti?
Quote AbukRokok 15-9-2014 09:42 AM
sueism posted on 15-9-2014 09:02 AM
Setuju aje sebab tu malaysia x ada org yg miskin semua kaya2 belaka.

memang kaya...harga kereta mahal pun gigih dan mampu beli

Quote batman_2007 15-9-2014 09:46 AM
Eh mmg betul apa..
Quote tepisket.. 15-9-2014 09:49 AM
Sapa y tolong dia create ayat ni? Pemandu ke?
Quote Defcon2 15-9-2014 09:56 AM
Laporan kadar pertumbuhan ekonomi negara sama macam keputusan SPM dan UPSR. Jarang tak baik... asyik baik saje.

Quote oghang_kito 15-9-2014 10:06 AM
syukurrrrrrr...
Quote Al-Patih 15-9-2014 10:11 AM
dio critakan apoh yang dio mimpi....
Quote the_killer 15-9-2014 10:13 AM
Pikir posted on 15-9-2014 09:35 AM
bang, dia kata PERTUMBUHAN ekonomi msia bg separuh pertama antara terbaik didunia bukan mcm tajuk ha ...

tak kisah la..separuh ke...asalkan diantara terbaik di dunia

lagipun bukan aku kata...

utusan kata http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ntara-terbaik-dunia    Last edited by the_killer on 15-9-2014 10:14 AM

Quote Pikir 15-9-2014 10:19 AM
the_killer posted on 15-9-2014 10:13 AM
tak kisah la..separuh ke...asalkan diantara terbaik di dunia

lagipun bukan aku kata...

hahah...utusan pun sama...bangang
Quote sueism 15-9-2014 10:26 AM
AbukRokok posted on 15-9-2014 09:42 AM
memang kaya...harga kereta mahal pun gigih dan mampu beli

Malaysia at best economy paling mantap kalah semua negara syabas
ayam pun rega yg paling tinggi
pendatang tak ada seekor pun dalam malaysia
Quote lompatikam 15-9-2014 11:05 AM
this is marketing statement la...

kena faham...statement ini untuk tarik minat pelabur asing. - sebagai menteri depa kena bg ayat yg terbaik. korang kalau meniaga...barang cap ayam pun bgtau kat pelanggan korang baik2 bukan. walaupun hakikatnya barang tuh kualiti gred rendah. hangpa pernah ke pi kedai baju, time nak beli baju tuh hangpa dgr sales man depa ckp kat hangpa

" abg, baju nih kain murah bang, kalau pakai 2 kali bulu2 benang dia cepa tertanggal, warna pun jadi luntur. kalau abg cuci pakai mesin basuh silap2 kecut bang. abg nak beli ke?" - agak2 korang nak beli ke tak?

sedangkan yg jual suppliment pun claim mcm2 boleh ubati penyakit pun tulis mcm2 ayat daboom utk tarik pelanggan walaupun yg tukang jual tuh sendiri sakit pi klinik.
Quote AbukRokok 15-9-2014 11:33 AM
lompatikam posted on 15-9-2014 11:05 AM
this is marketing statement la...

kena faham...statement ini untuk tarik minat pelabur asing. - s ...

Murahnya?!!!!...bagi sya spuluh

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.246244 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top