CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati Pelakon Baharu

17-9-2014 09:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27044| Komen: 117

Description: Sharnaaz Atau Nama Sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, Bagaimanapun Enggan Mengulas Lanjut Mengenai Status Perhubungan Itu, Namun Menjelaskan Mereka Mula Berkawan Sejak Beberapa Bulan Lalu.
Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati Pelakon Baharu

Sharnaaz Ahmad



PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.

"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini.

"Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.

Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.

Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 17-9-2014 06:26 AM
Anis Al-Idrus.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.

"Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu.

"Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya," ujar Sharnaaz.

Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.
"Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong  bawah produksi Global Station.



Quote NHolmes 17-9-2014 07:24 AM

Quote NHolmes 17-9-2014 07:25 AM





Quote NHolmes 17-9-2014 07:28 AM





Memang muka serious jer drpd kecik hehehe


Quote putehkundor 17-9-2014 07:50 AM
Sila update retis busuk terbaharu @maxim

10.
11.sharnaaz Ahmad.

Quote mzzenma 17-9-2014 08:05 AM
Dah menyampah dah tengok nanas

Nexttttt
Quote soraya 17-9-2014 08:06 AM
sharnaaz 29 tahun.....aku ingatkan 36 thn....kehkehkehkeh
Quote enchikfitz 17-9-2014 08:07 AM
Tak dpt aku bygkan nanas jd sotong. Suamiku Encik Sotong? Euwwwwww
Quote soraya 17-9-2014 08:08 AM
NHolmes posted on 17-9-2014 12:28 AM
Memang muka serious jer drpd kecik hehehe

ko mmg kelas nokksss.....terus suap gambo....kehkehkehkeh.....manala ko dpt gambor sharnaaz ni kecik-kecik....muka siyes dr kecik....kehkehkeh
Quote pinkzara 17-9-2014 08:13 AM
enchikfitz posted on 17-9-2014 08:07 AM
Tak dpt aku bygkan nanas jd sotong. Suamiku Encik Sotong? Euwwwwww

owh..kenapa bukan Awie?
kalau awie, sumpah lawak
Quote NHolmes 17-9-2014 08:17 AM
soraya posted on 17-9-2014 08:08 AM
ko mmg kelas nokksss.....terus suap gambo....kehkehkehkeh.....manala ko dpt gambor sharnaaz ni kec ...



Nah lagi satu



Quote enchikfitz 17-9-2014 08:18 AM
pinkzara posted on 17-9-2014 08:13 AM
owh..kenapa bukan Awie?
kalau awie, sumpah lawak

Kesotongan awie dah lama terbukti. Kasi org lain plak bawak watak sotong. But seriously Sharnaaz mmg x sesuai hokeh bwk watak sotong
Quote soraya 17-9-2014 08:19 AM
NHolmes posted on 17-9-2014 01:17 AM
Nah lagi satu

kehkehkeh....yg kecik tu sharnaaz kan....comelnyer dier...tak macam adek beradek yg lain pun....kehkehkeh....

tapiii....itu mak die ker??....kehkehkeh...aritu baca dlm porem gak kata family dia ni berada....anak dato' ke hapa ntah kan....
Quote ZaraPalarae 17-9-2014 08:22 AM
Lawaaa la anis ni

Ohhoi tak sabar nk tggu setitis kasih darmia
Quote NHolmes 17-9-2014 08:22 AM
soraya posted on 17-9-2014 08:19 AM
kehkehkeh....yg kecik tu sharnaaz kan....comelnyer dier...tak macam adek beradek yg lain pun....ke ...

Alamak itu kena tanya karatz sharnaaz laa.. Tapi rasanya family dia pun ada2 jugak laa
@mommymonster82 hehehe
Quote soraya 17-9-2014 08:24 AM
NHolmes posted on 17-9-2014 01:22 AM
Alamak itu kena tanya karatz sharnaaz laa.. Tapi rasanya family dia pun ada2 jugak laa
@mommymons ...

@mommymonster82 ni sedara dia ker??....kehkehkehkeh
Quote Innrukia 17-9-2014 08:27 AM
soraya posted on 17-9-2014 08:19 AM
kehkehkeh....yg kecik tu sharnaaz kan....comelnyer dier...tak macam adek beradek yg lain pun....ke ...

Yup anak dato si shahnaz ni & family members pun takdela cikai2....
mak pak sedara pun sama
Quote pinkzara 17-9-2014 08:27 AM
Anis anak tunggal.
kaya

sharnaaz anak mak.bongsu.
disayangi ahli keluarga
educated sibling nya.
kaya kot.
ok la..
bukan typical kg boy.

#bukan sedara.cuma stalker je
Quote soraya 17-9-2014 08:29 AM
Innrukia posted on 17-9-2014 01:27 AM
Yup anak dato si shahnaz ni & family members pun takdela cikai2....
mak pak sedara pun sama

oooo....bapak dia business ke apa?.....ko tau jer la punya la bersepah dato kat mesia ni skrg kan....kehkehkeh

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.329566 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top