CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran

17-9-2014 09:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11430| Komen: 35

Description: "Takkan Saya Perlu Meminta 'Sedekah' Untuk Dapatkan Duit Sendiri? Lagipun Apabila Saya Menandatangani Sesebuah Kontrak, Saya Sudah Merancang Untuk Menggunakan Wang Tersebut Untuk Tujuan Tertentu.

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran


Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.


PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.

Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MerryPropa 17-9-2014 07:27 AM
Program sampah... kan dah terkesampah kau Awal..

Baik sikit jer budak2 AF14 dari The Band ni... tapi tetap sampah kedua2 nya..
Quote putehkundor 17-9-2014 07:52 AM
So hadek awal ni lah yg sentap sbb x jadi pengacara bersama AF hari itu?
Yg dlm thread 1 lagi tu.
Quote skymania 17-9-2014 07:53 AM
the band nih mmg tahap sampah najis lombong taik..
Quote maxim 17-9-2014 07:57 AM
putehkundor posted on 17-9-2014 07:52 AM
So hadek awal ni lah yg sentap sbb x jadi pengacara bersama AF hari itu?
Yg dlm thread 1 lagi tu.

Malangnya.. Da la x dpt jdk pengacara af.. Bayaran pengacara the band pn x dpt2..sedeyy
Quote mzzenma 17-9-2014 07:58 AM
Majoriti reality singing show dekat malaysia memang sampah tahap hierarchy paling tinggi sekali

Ada one or two ja yg bagus and peserta2 memang talented..yang lain semua ke lautan pasifik
Quote soraya 17-9-2014 08:03 AM
putehkundor posted on 17-9-2014 12:52 AM
So hadek awal ni lah yg sentap sbb x jadi pengacara bersama AF hari itu?
Yg dlm thread 1 lagi tu.

mcmana tahu dier nokkss???....ingatkan tok nil yg sentap tu....kehkehkeh
Quote enchikfitz 17-9-2014 08:05 AM
Bertabahlah ahkak awal.
Quote fifie_olin 17-9-2014 08:30 AM
part nk byr awal terus x ckup bajet...
kiranya awal ni plg last la dpt duit kot...
Quote cik_penguin 17-9-2014 08:43 AM
Macammana dorg ni sebenarnya eh? AKu igtkan dpt payment straight dari Astro. rupanya bukan
Quote mitnick 17-9-2014 09:30 AM
banyak juga tue kalau dah 80%
Quote liyamariska 17-9-2014 09:41 AM
hmm... teringat pepantun Karam Singh Walia... rumah dah siap,pahat berbunyi lagi...

Quote cikgojesss 17-9-2014 10:03 AM
kasihanilah kak wal ni.. heshe perlukan duit untuk beli barang2 keperluan baby
Quote lionsleepin 17-9-2014 10:10 AM
nampak loaded betul awal dengan scha ni...
income sebulan berapa gamaknya noks.
jadi retis haruslah charge mahal2...popularity bukannya porever
Quote charliestcloud 17-9-2014 10:15 AM
Tak berapa nak minat awal, tapi kerja tetap kerja, bayaran harus dilunaskan juga!
Quote rosasa 17-9-2014 10:39 AM
bila dah ada anak ni mmg semua sumber duit di cari...org berhutang pun dicari..ehehehe
Quote EdwardRichie 17-9-2014 10:41 AM
Tugas sudah dijalankan patut bayar jer...atau program x dew sambutan
Quote arira_arora 17-9-2014 11:04 AM
hurm..... byo jgn tk byo..byk tu 80%
Quote menjad 17-9-2014 11:05 AM
Tugas dah buat... Tp gaji xdpt... Sesapa pun bleh naik hantu
Quote helmeita 17-9-2014 12:03 PM
nasiblah.... sabar jelah

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059313 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top