CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

10 Mahkluk Mythology Yang Mampu Berubah Wujud

23-9-2014 04:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19743| Komen: 11

Description: Dizaman Dahulu Untuk Memeriksa Sama Ada Seseorang Itu Lycan Dengan Cara Memotong Daging Mereka Hingga Ke Bawah Kulit Untuk Melihat Apakah Ada Terdapat Bulu-Bulu Dibawahnya Atau Melihat Ke Bawah Lidah ...
1 Lycanthrope / Werewolf. 


Lycanthrope ataupun Werewolf adalah mahluk mythology dimana manusia berubah menjadi srigala saat bulan purnama tiba. Mereka dapat menularkan manusia lain menjadi lycan melalui gigitan, semua perubahan wujud manusia menjadi srigala ini selalu diasosiakan dengan bulan purnama.


Mythology Lycanthropy ini bermula dari Eropah, namun banyak catatan dizaman kuno yang menceritakan tentang manusia serigala.

Para Manusia Srigala ini mempunyai kekuatan manusia super dengan bau yang sangat tajam, jauh melampaui kemampuan manusia maupun srigala itu sendiri. 

Dizaman dahulu untuk memeriksa sama ada seseorang itu Lycan dengan cara memotong daging mereka hingga ke bawah kulit untuk melihat apakah ada terdapat bulu-bulu dibawahnya atau melihat ke bawah lidah seseorang sama ada terdapat tumbuh bulu disekitar kawasan tersebut.

Pada saat mereka kembali berubah wujud menjadi manusia mereka akan lemah. pada abad ke-20 di Eropah dilaporkan banyak berlaku kematian manusia akibat serangan serigala, namun tidak diketahui apakah itu serangan serigala asli atau serigala jadi-jadian.


02 Vampire.


Vampire merupakan makhluk paling terkenal dan melegenda, makhluk ini disebutkan hidup dari meminum darah manusia atau haiwan. Sukar untuk membuat keterangan yang pas untuk makhluk ini, walaupun biasanya dilaporkan penampilan mereka. Mereka boleh berubah bentuk dengan mengambil bentuk manusia ataupun kelawar, .

Vampir biasanya digambarkan sebagai mayat hidup walau banyak juga kebudayaan mereka adalah makhluk hidup, bermula pada abad ke-19 kisah fiksyen moden menggambarkan mereka sebagai makhluk kurus dan pucat. Dimasa itu tahyul mengenai Vampire telah menyebabkan panik masal. 

Hal ini dapat dilihat pada banyaknya korban berjatuhan akibat dituduh sebagai Vampire. Banyak terjadi kekerasan dan perlakuan tidak adil terhadap orang-orang yang tidak bersalah yang dianggap sebagai Vampire. 

Sebaliknya banyak juga tindakan pembunuhan yang dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh Vampire, mereka dikenali keganasan persekitaran mereka dan merayu para korban mereka sebelum menggigit leher para korbannya dan menghisap darahnya. 

Vampire juga disebutkan sering berkunjung kekediaman keluarga mereka atau kekasih mereka. Vampire sangat ahli dalam penyamaran dan penyamaran. Salah satu kes terkenal dari korban Vampire adalah kes Mercy Brown seorang gadis berusia 19 tahun yang terbunuh di Exeter, Rhode Island pada tahun 1892. 


03 Aswang 

Aswang merupakan mahluk mythology dari cerita rakyat di Filipina, Mahluk ini digambarkan sebagai perpaduan antara Vampire dengan ahli sihir dan majoriti adalah wanita. Aswang adalah pemakan daging orang mati dan juga seorang kanibal. 

Mereka mampu berubah wujud menjadi seekor anjing yang besar ataupun menjadi seekor babi hutan.Mahluk ini mengintai dan memakan manusia pada malam hari. Bawang putih, holly water adalah salah satu benda yang boleh digunakan untuk menghadapi Aswang. 

Dalam bentuk manusia normal mereka kelihatan pemalu, pendiam dan sukar difahami oleh banyak orang namun pada malam hari mereka berubah menjadi raksasa yang mematikan, namun satu hal yang dapat dilihat pada saat mereka dalam wujud manusia adalah matanya yang merah menyala.Di abad pertengahan, Aswang menjadi makhluk yang paling ditakuti berbanding mahluk myth lain di Filipina. 



04 Encantado 

Encantado merupakan makhluk legenda di kebudayaan Brazil, mereka hidup di alam bawah air yang bernama Encante. Disebutkan mereka sering dilihat dalam bentuk lumba-lumba air tawar ataupun bentuk ular laut yang mempunyai keupayaan untuk berubah wujud menjadi manusia. Karekteristik mereka adalah kemampuan mereka yang luar biasa di bidang muzik, penggoda dan mampu menarik perhatian banyak orang. 

Perubahan wujud mereka kedalam bentuk manusia sangatlah jarang, dan biasanya selalu terjadi pada malam hari. Pada saat berwujud manusia mereka akan sentiasa memakai topi untuk menyembunyikan dahi mereka yang menonjol, hal tersebut tidak dapat mereka hilangkan saat berubah wujud dan mereka seringkali menunjukkan kekuatan ajaib seperti kekuatan mereka untuk mengendalikan badai atau untuk menghantui manusia. 

Mereka mempunyai teknik mengawal fikiran dan boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang berupa kegilaan yang berkesudahan pada kematian. Banyak penduduk kampung di Brazil tidak akan pergi ke Sungai Amazon pada malam hari kerana mereka percaya akan ada nya Encantado dan mendakwa bahawa mereka pernah melihat makhluk tersebut dan berinteraksi dengan mereka. 



5 Wendigo 

Wendigo adalah makhluk yang terdapat dalam mythology masyarakat Algonquian, Penerangan mengenai Wendigo berbeza-beza ditiap kebudayaan yang mempercayainya. Kadang digambarkan seperti Alien dengan besar seperti anjing. Digambarkan Wendigo merupakan makhluk jahat dan pemakan manusia. 

Wendigo sangat berkaitan dengan musim sejuk, utara dan suhu udara yang sejuk. Manusia akan berubah menjadi Wendigo apabila mereka mempraktikkan kanibalisme. 

Manusia tersebut akan mempunyai roh binatang tersebut, biasanya melalui mimpi. Setelah berubah orang tersebut akan taksub dengan kekerasan dan memakan daging manusia. Raksasa ini adalah perwujudan dari kerakusan, ketamakan dan hal-hal yang berlebihan. Mereka akan tidak pernah puas dengan memakan satu orang dan akan mencari mangsa baru. mereka diklasifikasikan sebagai raksasa dan selepas transformasi dari wujud manusia saiz mereka akan bertambah.Populasi mereka didaerah luar bandar dan hutan lebat. Wendigo baru-baru ini telah menjadi entiti seram baru seperti werewolf, Vampire dan zombie. 




6 Puca 

Puca boleh juga dikaitkan dengan orang bunian merupakan makhluk legenda dari cerita rakyat bangsa Celtic, terutama di Ireland, Scotland Barat dan Wales. Mereka boleh berubah bentuk kedalam wujud-wujud mengerikan atau berubah menjadi kuda, kelinci, kambing, jembalang atau anjing. 

Tidak peduli wujud apa yang dipakai oleh Puca bulu mereka seringkali kelihatan gelap. Puca seringkali terlihat dalam bentuk kuda hitam yang bersurai mengalir serta mata yang berwarna orange bersinar. 

Puca mempunyai kemampuan bercakap bahasa manusia dan seringkali memberikan nasihat namun mereka juga suka untuk membuat manusia bingung atau menakut-nakutkan manusia.selain itu mereka juga suka bersosial dan terkenal suka memberikan teka-teki, mereka suka berkumpul dan mengejutkan manusia atau anak-anak. Di banyak kawasan di dunia Puca dianggap sebagai mahluk gunung atau bukit dan mereka sangat dihormati dan ada anggapan bahawa jika mereka dirawat dan diperlakukan dengan baik mereka akan membantu manusia. 



7 Kitsune 

Dalam cerita rakyat Jepun, Kitsuni merupakan makhluk ajaib dan bijak. Kekuatan makhluk ini semakin bertambah diiringi oleh umur, kebijaksanaan dan pengalaman hidup. Kitsune adalah Rubah Jepun. Mereka mempunyai keupayaan untuk menyamar menjadi manusia, dan seorang ahli dalam trick. 

Disebutkan bahawa makhluk ini memilki ekor berjumlah 9 dan Kitsune akan mengambil bentuk wujud seorang manusia apabila mereka telah berumur 100 tahun. Mereka lebih memilih dalam bentuk seorang wanita cantik. gadis muda ataupun dalam bentuk seorang lelaki tua.

Mereka juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengklon penampilan seseorang. Kitsune takut dan benci terhadap anjing. Mereka juga boleh masuk kedalam mimpi seorang manusia dan mencipta ilusi seolah-olah mimpi tersebut nyata. Kitsune mempunyai kemampuan terbang.dapat tidak kelihatan dan sesekali menimbulkan kebakaran atau petir. 




8 berseker 

Berseker merupakan sebuah kumpulan pasukan Viking, mereka merupakan manusia tetapi didalam pertempuran kemarahan mereka menjadikan mereka tidak terkawal (kisah Hulk mungkin diilhamkan daripada Myth berseker) yang boleh membuat mereka berubah menjadi srigala, beruang ataupun banteng liar. 

Sebutan ini mungkin berasal dari bahasa Inggeris yakni Berserk. Para berseker ini disebutkan mengenakan pakaian dari bulu beruang atau srigala yang membolehkan mereka dapat bertukar secara penuh pada saat yang dianggap oleh mereka perlu.Ciri-ciri mereka adalah bermata merah, kekuatan dan daya tahan yang luar biasa. 

Beberapa raja Scandinavia disebutkan mengupah atau menyewa para berseker menjadi tentera mereka atau juga menjadi pengawal peribadi sang raja. Perilaku sama ditunjukkan dalam kisah Iliad, dimana para kesatria mempunyai kekuatan dan kemampuan yang hebat. 


9 Selkie 

Selkie bukanlah Mermaid (putri duyung), Selkie dikenali di kep Faroe, Iceland, Ireland dan Scotland Mythology. Mereka boleh mengubah diri mereka dari bentuk anjing laut menjadi seperti manusia. Mereka boleh mengubah diri mereka selepas mereka melepaskan kulit anjing laut mereka namun sebuah usaha yang berisiko sebab mereka perlu menunggu kulit tersebut kembali tertutup apabila mereka ingin kembali dalam bentuk anjing laut. 

Mereka hanya dibenarkan melakukan hubungan dengan manusia hanya dalam jangka waktu yang pendek sebelum mereka harus kembali ke laut. Dalam banyak kes mengikut cerita bahawa seringkali lelaki telah jatuh cinta pada Selkie, Ada sebuah kisah di mana seorang manusia menyembunyikan kulit Selkie tersebut supaya mengelakkan mereka kembali dalam bentuk anjing laut. 

Selky Laki-laki ketara sangat kacak dalam wujud manusia dan mempunyai kemampuan yang sangat hebat dalam merayu wanita. 

Sementara jika seorang lelaki mencari dan menyembunyikan kulit Selkie maka Selkie tersebut akan berada dibawah kawalan sang lelaki dan seringkali dipaksa untuk menjadi isteri. 
Makhluk ini seringkali juga memikat manusa dengan mewujudkan ilusi yang membuat manusia meloncat kedalam laut.


10 Leshy 

Leshy merupakan roh hutan berbentuk lelaki dalam mythology Slavia yang dipercayai sebagai pelindung binatang liar dan hutan. Mereka biasanya kelihatan dalam wujud seorang lelaki tinggi tetapi mempunyai keupayaan untuk merubah saiz dan merubah wujud ke dalam bentuk binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. 

Leshy mempunyai janggut yang terbentuk dari rumput atau tanaman merambat dan sering digambarkan mempunyai kuku ekor dan tanduk.Leshy mempunyai kulit putih pucat dan bola mata berwarna hijau tua. Leshy adalah raja hutan dan mempunyai hubungan yang dekat dengan serigala abu-abu, beruang dan semua haiwan. 

Leshy jika dilihat dalam wujud manusia ia akan kelihatan seperti seorang petani biasa namun mempunyai mata yang bersinar. Makhluk ini boleh mengecilkan tubuhnya hingga setinggi rumput atau tumbuh besar saiz pokok yang tertinggi. 

Sering diyakini bahawa Leshy akan membuat orang tersesat di hutan, membuat orang sakit bahkan mengakibatkan kematian. Makhluk ini sangat nakal walaupun mempunyai suara yang sangat mengerikan namun ia juga boleh meniru suara manusia yang membuat orang yang berada di hutan meninggalkan tempat peristirahatan mereka. Mereka pada dasarnya tidak begitu jahat tetapi suka menggoda manusia dan menculik wanita muda. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 10-10-2014 11:27 AM
Kat indonesia lagi hebat..ada ogor ogor, GONDOROWO, SAKA TIGA KEPALA!
Quote alphawolf 12-10-2014 09:14 AM
Berserker mmg wujud la
Quote AYAKAISHI_AYASY 13-10-2014 04:31 PM
Mana makhluk mitos orang-orang melayu...!!!!
Ini mencabar ketuanan melayu.. Biadap
( ^,^)
Quote AwgSagi 13-10-2014 07:34 PM
AYAKAISHI_AYASY posted on 13-10-2014 04:31 PM
Mana makhluk mitos orang-orang melayu...!!!!
Ini mencabar ketuanan melayu.. Biadap
( ^,^)

Adaaa!

Harimau jadian, serigala jadian, buaya putih jadian, babi ngepet, kalindahau (sejenis shift-shifter di brunei, sabah & sarawak), dll.

Bukan setakat orang, makanan, rumah & duit bertukar pun ada. Ada cerita makanan berupa nasi atau mee bertukar jadi cacing, ada rumah yg cantik berubah jadi kubur, dan, ada juga wang yg bertukar jadi dedaun kering.

Macam2 ada.

Kebenarannya jer tak tau.
Quote AYAKAISHI_AYASY 14-10-2014 09:59 AM
AwgSagi posted on 13-10-2014 11:34 AM
Adaaa!

Harimau jadian, serigala jadian, buaya putih jadian, babi ngepet, kalindahau (sejenis shif ...

Hahahhaha
Mistik alam melayu
Quote billionman78 27-10-2014 03:34 PM
tengok citer Merlin..
zaman Arthur masa tu penuh dengan mitos, magic dan lain2..

mengikut kepercayaan bangsa barat magic tu sesuatu yang sangat hebat..tapi ada kekuatan yang lebih hebat daripada magic iaitu Black magic (imu hitam)..

di nusantara kita takde magic. tapi dikenali dengan nama ilmu hitam...

maksudnya kekuatan yang ditakuti oleh bangsa barat tu ada di nusantara ni..

cuma kita je yang xtau kot..ntahlah..aku pun terbaca kat mana tah..jangan lak korang nnt kata aku merepek yang bukan2 pulak..
Quote alphawolf 28-10-2014 08:41 AM
Kalau 'ilmu hitam' tu kekuatan..it came at a price...
Quote shara154 29-10-2014 06:35 PM
Gumiho rubah ekor 9.
Boleh jadi perempuan cantik kan.
Quote BeskotCekelat 16-11-2014 02:23 AM
Shapeshifter yang paling klise di alam Melayu ni Hantu Raya. Tapi biasa transform jadi tuan dia je...
Quote sranua 17-11-2014 04:15 PM
Hantu Raya transform ms bini tuan dia tgh gersang..tuan takde kat rumah..bahaya ni...dh mcm gigolo..
Quote kupkapp 2-1-2015 04:39 AM
gumiho ngn kitsune ni x same la ek ??

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.154926 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top