CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Mini Countryman Edisi 55

29-9-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8671| Komen: 8

Description: “Malaysia Menjadi ‘Rumah’ Kami Selepas Bertapak Lebih Daripada 10 Tahun Di Sini Dan Mahu Meraikan Sokongan Setia Pelanggan Mini Di Negara Ini Dengan Memperkenalkan Model Berkenaan.

Mini Countryman Edisi 55



Sempena ulang tahun ke-55, MINI Malaysia memper-kenalkan MINI Countryman Edisi 55 yang dicipta khas sempena ulang tahun kemerdekaan untuk pasaran tempatan.

Edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 55 unit itu sudah pastinya hadir dengan ciri unik selepas diserapkan imej klasik seperti garisan bumbung, jeriji radiator heksagon, lampu besar ditetapkan ke dalam bonet dan gerbang roda luas

Bagi membezakan dengan varian biasa, wajahnya diserikan pelekat berjalur di bonet hadapan dan sisi, selain dilengkapi logo Edisi 55 pada jerijinya serta padanan rim aloi ringan 16 inci 5-Bintang.

Ruang kabinnya disempurnakan suasana warna hitam yang turut menawarkan sistem hiburan pemain audio dengan Bluetooth boleh disambung telefon pintar.


RUANG kabin yang kemas.

Ciri teknologi terkininya masih lagi premium apabila dilengkapi ciri standard seperti pengesan hujan dan kawalan cahaya memandu automatik.

Selaras dengan janji untuk menyediakan pemandu dengan keseronokan, ia dijanakan enjin 1.6 yang mampu menghasilkan output maksimum 120 kuasa kuda (hp) yang membolehkan kereta memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam 11.6 saat, manakala tahap penggunaan bahan api purata mencatat 7.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, sempena meraikan ulang tahun ke-55 di seluruh dunia, kereta itu juga mempunyai sejarah penting bagi negara ini.

“Malaysia menjadi ‘rumah’ kami selepas bertapak lebih daripada 10 tahun di sini dan mahu meraikan sokongan setia pelanggan MINI di negara ini dengan memperkenalkan model berkenaan.

“Sebelum ini, kereta itu bermula dengan satu konsep yang mudah tetapi bijak yang dicipta oleh Alec Issigonis dengan menawarkan gaya pemanduan berkualiti dan turut menjadi ikon di seluruh dunia, malah di negara ini,” katanya.

MINI Countryman Edisi 55 ditawarkan pelbagai warna membabitkan merah, biru, kelabu, putih dan ‘brilliant copper’.

Ia dijual pada harga RM188,888 dan ditawarkan dengan MINI Service Inclusive selama tiga tahun.


2

Bagus
14

Marah
1

Terkejut
17

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koliba 25-9-2014 10:47 AM
i love mini cooper
Quote mattzzx 25-9-2014 01:47 PM
Minat sangat dengan kereta Mini....
Quote penyo 25-9-2014 02:18 PM
takde power
Quote amirgo 25-9-2014 02:29 PM
harga boleh tahan, RM188k tu
Quote lurve82 25-9-2014 03:12 PM
minat jgk...tp rege...
Quote boyagombak 13-10-2014 01:16 PM
lurve82 posted on 25-9-2014 03:12 PM
minat jgk...tp rege...

apa susah, ko pakai mini ni, cuma rm1,888.00 sahaja




Quote lurve82 13-10-2014 02:15 PM
boyagombak posted on 13-10-2014 01:16 PM
apa susah, ko pakai mini ni, cuma rm1,888.00 sahaja

ni kete mr bean kan...
Quote duniaku85 19-10-2014 10:43 AM
countryman mmg cun..besar dan tinggi
klau dpt mmg best ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.277904 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top