CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mercun Meletup Di Tangan, Hancur - 18sg

1-10-2014 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15264| Komen: 62

Description: Menurut Sumber, Kejadian Berlaku Kira-Kira Jam 5 Petang Tadi Menyebabkan Pergelangan Tangan Murid Berkenaan Hancur Apabila Mercun Yang Dipegangnya Meletup Sebelum Sempat Dibalingnya. Ibu Mangsa Berusi ...
Mercun Meletup Di Tangan, Hancur - 18sg 

Rompin: Seorang murid tahun tiga hancur pergelangan tangan kirinya ketika bermain mercun di rumahnya di FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, dekat sini, petang tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi menyebabkan pergelangan tangan murid berkenaan hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibalingnya. Ibu mangsa berusia 30-an yang mendengar jeritan anaknya segera keluar ke depan rumah sebelum melihat murid berkenaan terbaring.


Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan susulan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. 


PERGELANGAN tangan mangsa hancur apabila mercun dipegangnya meletup sebelum sempat dibaling.

Keadaan murid berkenaan dilaporkan stabil namun kemungkinan kehilangan pergelangan tangannya kesan daripada letupan mercun terbabit.

Difahamkan, mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 1-10-2014 08:19 AM
raya haji pon nak main mercun..
Quote FanTasyCreaTioN 1-10-2014 08:21 AM
Setuju dengan abang .. baik lagi d pukul dari terjadi macam ni
tak memasal hilang semua jari2
Quote AbukRokok 1-10-2014 08:21 AM
da besar nti jadi pengebom berani mati dik fefeeling konfirm masuk syurga

ko xckup ckup segala raya nk main lwtup letup
Quote revolusi_30 1-10-2014 08:22 AM
Mercun apa kuat mcm tu ... Hancur terus
Quote jofizo 1-10-2014 08:25 AM
revolusi_30 posted on 1-10-2014 08:22 AM
Mercun apa kuat mcm tu ... Hancur terus

byk kes pasal mercun bola ...........
Quote revolusi_30 1-10-2014 08:26 AM
jofizo posted on 1-10-2014 08:25 AM
byk kes pasal mercun bola ...........

Yup ... Bola or botol la agak sis
Quote harimau76 1-10-2014 08:28 AM
3 tahun dah bg anak main mercun ker.... OMG.... mmg scarry gmbr tu.. hancur terus..
Quote akughi 1-10-2014 08:31 AM
pehhhhh negri siot.....

gile ahhhh sakit tak henti2 tu...tah bape byk mofin dia cucuk
Quote DianKdeja 1-10-2014 08:31 AM
Ya Allah bangang siapakah yg memberi mercun bola  kepada anak berusia 3 tahun nih...kasihan pada sianak yg tak tahu betapa bahayanya mercun tersebut
Quote cmf_premierleag 1-10-2014 08:38 AM
DianKdeja posted on 1-10-2014 08:31 AM
Ya Allah bangang siapakah yg memberi mercun bola  kepada anak berusia 3 tahun nih...kasihan pada sia ...


Bukan 3 tahun la
Tahun 3 or darjah 3
Quote atira 1-10-2014 08:39 AM
musim main mercun ka
Quote fairluck 1-10-2014 08:42 AM
sensor?... TT xreti eja censor kaa?
Quote lasagnaklcc 1-10-2014 08:43 AM
Ishhhh mmg hancur tgn
Quote shernazz 1-10-2014 08:44 AM
Gila
Main mercun bola.ke dik..
Pak mertua akak main mercun bola neh untuk.halau babi hutan.je
Quote mjla 1-10-2014 08:51 AM
Mak pak tak amik peduli apa anak buat.

Budak besar tungau cam tu dibiarkan main mercun.

Bangga kot anak jd lejen...
Quote seri_mawr 1-10-2014 09:05 AM
skeri nya....
mercun apakah yang di pegang..?

Bukan mercun pop kan...??

Quote crossfire 1-10-2014 09:20 AM
fairluck posted on 1-10-2014 08:42 AM
sensor?... TT xreti eja censor kaa?

terimakasih atas teguran...
Quote iwan007 1-10-2014 09:23 AM
seri_mawr posted on 1-10-2014 09:05 AM
skeri nya....
mercun apakah yang di pegang..?

rasanya dia terpegang bom zaman jepun dedulu kot ni..
Quote Kambeng_Gurun 1-10-2014 09:27 AM
dah elok ada jari, terus hilang..
hurm..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055682 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top