CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ayda Jebat Bermesra Di Majlis Proton?

1-10-2014 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34262| Komen: 191

Description: "Bagi Yang Mengkritik Saya Kerana Gambar Itu, Atau Tampak Terlalu Mesra, Saya Minta Maaf. Seperti Saya Katakan Tadi, Ia Hanya Sekadar Memenuhi Permintaan Peminat Sahaja," Katanya Yang Akan Tampil ...

Ayda Jebat Bermesra Di Majlis Proton?


"SAYA dan Zul tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami tampak mesra sebegitu hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang datang dan sanggup berpanas kerana mahu berjumpa kami," jelas Ayda Jebat mengenai aksi mesranya bersama Zul yang dirakam peminat di sebuah majlis kereta kebangsaan, Proton, baru-baru ini.

Menurut Ayda lagi, dia dan Zul hadir pada majlis berkenaan selepas di undang oleh Proton dan tidak menyangka ramai peminat drama Rindu Awak 200% berada di situ.

"Drama itu sudah sebulan berakhir, tapi saya tidak sangka penangannya masih dirasai. Saya terharu melihat mereka sanggup beratur pajang di bawah bahang matahari semata-mata mahu bergambar dengan kami.


"Dan 'pose' yang kami buat pada hari itu hanya kerana Zill Faezrul dan Armel Aisya. Bukan kerana saya dan Zul mempunyai hubungan istimewa," ujarnya kepada Zass.

Ayda berkata, dia juga sedia maklum bahawa Zul kini sudah mempunyai kekasih dan tidak tegar untuk menjadi orang ketiga dalam perhubungan itu.

"Saya akui ada peminat yang mahu kami menjadi kekasih, tapi bukan semua permintaan mereka dapat ditunaikan.

"Bagi yang mengkritik saya kerana gambar itu, atau tampak terlalu mesra, saya minta maaf. Seperti saya katakan tadi, ia hanya sekadar memenuhi permintaan peminat sahaja," katanya yang akan tampil dalam sebuah telefilem bersama Zul iaitu, Lokum Untuk Mama.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan ke Jakarta dua hari lagi bagi menjalani penggambaran telefilem produksi Indonesia berjudul 'From Haters To Lover'.

Menerusi telefilem itu, Ayda akan bergandingan bersama pelakon Indonesia, Dimaz Aditiya.

"Saya tak sangka memperoleh kesempatan seperti ini, ia bakal menjadi pengalaman bermakna buat saya. Selain itu, tidak lama lagi, saya juga akan terlibat dengan penggambaran drama muzikal terbitan syarikat produksi Afdlin Shauki.

Sementara itu, di tebak mengenai karier nyanyiannya, Ayda berkata, dia merancang untuk mengeluarkan sebuah single, namun segalanya masih dalam perancangan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 1-10-2014 10:31 AM
aq ngk aksi tu melampau sgt
Quote maxim 1-10-2014 10:32 AM
awa sia ta kuad


Quote hanie_z 1-10-2014 10:35 AM
hamboiii, kemain lagi.
nak keluar single pas ni. harapnya lagu yang sedap didengar..
Quote kaklehot 1-10-2014 10:39 AM
sekel posted on 1-10-2014 10:31 AM
aq ngk aksi tu melampau sgt

kannn..dh mcm aksi 18sx...
Quote samshik 1-10-2014 10:45 AM
erkk .. dah nengok gegambornyer.. dalam hati mek dok cakap "bertuah anak ripin nie .. makan keliling ko ek??" ... memang la sepadan..tapi macam terlebeh sudeh feelnyer.. drama ko dah habes tayang dik ..and pandang2 keliling sebab video ngan kamera ada di merata2..  

Pendapat mek, pandai2 la bawak diri sebelum karier tak sempat berkembang ko dah kna "padam".. orang takan hentam si teruna.. balik2 si anak dara jugak yang kena charut if jadi aper2..
Quote kaklehot 1-10-2014 10:48 AM
samshik posted on 1-10-2014 10:45 AM
erkk .. dah nengok gegambornyer.. dalam hati mek dok cakap "bertuah anak ripin nie .. makan keliling ...

dh lecun kat bawah tu sbb tu menggeletis x hengat dunia tu nok...oppsss
Quote suka2 1-10-2014 10:50 AM
takda tepek2 gambo ka?
Quote cantleyi 1-10-2014 10:51 AM
cem ko sorang jah yangmiliki zul tu nengokkan body language ko kat pic tu taw ayda...

hurm..kot yer pun menghayati watak takkanla sampai cengitu...

Quote KelisaOren 1-10-2014 10:51 AM
Boleh pulak mcm tu Peminat pun 2x5 rupanya...patut la depa syok sgt beramas mesra tanpa segan silu
Quote dibs 1-10-2014 10:54 AM
kat mna gmbo tu? nk nengok gak
Quote yuyoi 1-10-2014 10:56 AM
gambar ada? nak tengok gak. muah ciked!
Quote dibs 1-10-2014 10:57 AM

pic ni eh??


Quote kaklehot 1-10-2014 10:57 AM
KelisaOren posted on 1-10-2014 10:51 AM
Boleh pulak mcm tu Peminat pun 2x5 rupanya...patut la depa syok sgt beramas mesra tanpa segan silu ...

@Innrukia agaknye syok jugak beramas mesra tanpa sigan silu kot...asal ada yg komen psl ayda-zul ni komfem kena hencap...mcm meradhai kebatilan di depan mata jah..hihihi..peace yoo
Quote dibs 1-10-2014 10:59 AM

lagi..



Quote Innrukia 1-10-2014 11:04 AM
kaklehot posted on 1-10-2014 10:57 AM
@Innrukia agaknye syok jugak beramas mesra tanpa sigan silu kot...asal ada yg komen psl ayda-zul n ...

Makasih menjemput ai kat sini yer setazah

1st cer digest balik komen ai kat tred tu, ada ai ckp ai syok depa beramas mesra?
ni ai copy blk komen ai dr sana yer....utk lelain pi belek komen ai yg len kalo nk kasi clear...

Slowly la setazah...life org takkan kita men terjah jer....
Islam tak ajar kita biadab lam berdakwah k... Slow2 & doakan yg baik2 utk semua...
Lgpun hati kita ni milik Allah, manatau nnt Dia pusing hati Ayda ke arah yg lebih baik.
Quote samshik 1-10-2014 11:08 AM
kaklehot posted on 1-10-2014 10:48 AM
dh lecun kat bawah tu sbb tu menggeletis x hengat dunia tu nok...oppsss

harus la mek gegeleng kepala.. kipas mati sendiri tabur gambor .. buleh menopos awal cik gayah kalu nengok weh.. jadah nak berpimpin bagai kat proton tu kan .. nak kata banjir.. hujan setitik pun tak turun time deme nie berkasihan..

Bukan tak suke.. mek raser cantikla pasangan nie .. still we need to respect hak milik orang .. dan yang lagi haru is .. sume pakat tabur and repost .. Kang mulalah kipas mati bercakaran.. but wajar ker kiter doa yang terbaik buat depa when ada hati yang terkesot??? payah2...
Quote MeMeimei 1-10-2014 11:10 AM
ok je gmbr mcm ni, xde la teruk mcm seseorg tu
Quote arira_arora 1-10-2014 11:10 AM
hurm.. mcm2 la hai... suke hati la nk buat ape... msg2 taw halal haram kn..
Quote bungalisa 1-10-2014 11:11 AM
dibs posted on 1-10-2014 10:59 AM
lagi..

kalu nd yang buat cenggini ... harus dihencap!!!!

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072460 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top