CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Zed Zaidi Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman?

1-10-2014 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4190| Komen: 3

Description: "Bagi Saya Jawatan Itu Tidak Penting Sebaliknya Pergerakan Persatuan Perlu Berjalan Dengan Betul Bagi Membantu Ahli-Ahli Seniman Lain," Katanya.
Zed Zaidi Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman?


Zed Zaidi yakin pemilihannya untuk menerajui Seniman dibuat berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.


KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14  persatuan itu.

Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya.

Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool)  dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 28-9-2014 03:15 PM
tok mu dah berusia - afdlin macam too islamic dah now
Quote tomet05 29-9-2014 01:16 PM
err .. nampak dia betul pulak kan .. hahaha pelakon.. tetap pelakon ..
Quote supernaturalee 29-9-2014 01:50 PM
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak. Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.




xsangka plak amani nk aktif dlm seniman
shidi dgn vee....moga berbahagia selalu
sofea jane tu rajin plak die

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068556 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top