CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Eina Dipulau Produksi?

2-10-2014 04:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28688| Komen: 140

Description: Sementara Itu, Eina Yang Baru Saja Pulang Dari Berbulan Madu Di Kepulauan Maldives, Menjelaskan Dia Kini Semakin Bahagia Dalam Melayari Rumah Tangganya.
Eina Dipulau Produksi?

SEJAK
bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara tidak langsung aktres cantik, Eina Azman turut mendapat tempias kepada gelaran tersebut.

Mendapat pangkat Datin Paduka pada usia 19 tahun, Eina mengakui tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.

Bagaimanapun, sebaik memperoleh gelaran itu, Eina merasa terkilan kerana peluang untuknya kembali aktif berlakon bagaikan tertutup.

Ini kerana, kata Eina, ada sesetengah pihak produksi yang takut untuk mengambilnya berlakon lantaran gelaran yang dipegangnya itu.


"Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah," tegasnya ketika dihubungi Zass, semalam.

Eina yang kini popular menerusi drama bersiri Selamat Pengantin Madu memberitahu, dia kini akan lebih memilih watak demi menjaga hati suaminya.

Dalam perkembangan lain, Eina juga bakal muncul dalam drama bersiri RTM, Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.

Sementara itu, Eina yang baru saja pulang dari berbulan madu di Kepulauan Maldives, menjelaskan dia kini semakin bahagia dalam melayari rumah tangganya.

"Hidup saya bukan lagi seperti waktu bujang dahulu. Kini, celik saja mata sudah fikirkan untuk suami seperti menyediakan pakaian dan makanan untuknya selain perlu meminta izin untuk keluar dari rumah.

"Saya akui saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya juga sempat memasak untuknya, Ketam Masak Lemak Cili Api, dan dia sangat menyukainya," katanya sambil memberitahu yang dia kini berada di Kota Kinabalu kerana menemani suaminya menghadiri mesyuarat penting.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 1-10-2014 10:34 AM
rambut mcm bulu anjing sape yg nk pgl ko berlakon datin paduka oiii...watak nenek kebayan or perempuan gila blh la kot..
Quote encikWawad 1-10-2014 10:48 AM
takyah belakon laa - cukup2 la "lakonan" yang ada
Quote bellaa 1-10-2014 10:50 AM
x harap duet laki.. indiependent la kirenye...

Quote makneng 1-10-2014 11:12 AM
alahai..sian mak datin
Quote prettymanja 1-10-2014 11:14 AM
whatever le Mak Datin
Quote Grengo 1-10-2014 11:15 AM
Iye ke? Umie aida tu santai je belakon..
Jgn perasan lah..
Quote camflo03 1-10-2014 11:15 AM
yg sebenarnya nak citer pasal honeymoon kat Maldive and masak Ketam Lemak Cili Api..
Quote da_vinci 1-10-2014 11:16 AM
sakit mata dengan kaler rambut dia...
Quote hantunangis 1-10-2014 11:22 AM
Kalau berbakat hang ada pangkat Toh Puan pon orang pannggil belakon haih.... byk ja retis ada pangkat Datuk laku jer....
Quote samshik 1-10-2014 11:24 AM
kaler rambut die still tak dapat melenyapkan wajah pprt die .. sekian..
Quote dibs 1-10-2014 11:25 AM
Grengo posted on 1-10-2014 11:15 AM
Iye ke? Umie aida tu santai je belakon..
Jgn perasan lah..

bukan dia ni ke yg dlu masa skolah ckp xde girls nk kwan ngan dia sbb dia terlalu cantik?? ke iols slh org?
Quote toteng 1-10-2014 11:26 AM
Rambut berkarat.bil air x byr ker eina?
Quote Denco 1-10-2014 11:28 AM
dah kawen jaga je la laki ko yg kaya tu elok2

kang disambar dek pompuan mata duitan ko gak yg melopong

ko blakon pn bkn best sgt punnn
Quote offwhite 1-10-2014 11:31 AM
hebat sgt ke lakonan dia kat drama tv...rasanya lg hebat lakonannya kat luar set...datin paduko...puihh...
Quote leezzaliza 1-10-2014 11:33 AM
Die nk bgtau die tetap merendah diri walaupun kawen dgn dato paduka india mari.....
Quote edoraixora 1-10-2014 11:35 AM
iyer ke produksi xnak panggil sebab gelaran datin paduka??
entah2 ko tu yg perangai....perasan betul lah minah ni
Quote cikatilia 1-10-2014 11:49 AM
bwahahahaha

eina2

dgn kekaratan ko
mmg geli ok nak panggil ko datin paduka

lagipon..
ada kitorg kesah ke ko punya gelaran tuh???
ko ingat ko sorg je la kat tanah malaya ni yg ada Title Datin paduka


tp yg seawal usia 19 mayb ko sorg sbb yg lain sibuk skolah laie..
and xde la berupa wanita umur mid 40s
Quote mommymonster82 1-10-2014 11:53 AM
Duhhhhhhh...plslah..mcm sebelum ni byk sgt ko berlakon...
Quote kucing_gebu 1-10-2014 11:59 AM
mommymonster82 posted on 1-10-2014 11:53 AM
Duhhhhhhh...plslah..mcm sebelum ni byk sgt ko berlakon...

reminder saja tu...takut2 org lupa dia punya datin paduka tu..
maklumlah nk harap org kenangkan bakat lakonan dah sah2 kelaut...lain le datin paduka umie aida....

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053288 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top