CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Eina Azman Dinasihati Tidak Lagi Berimej Seksi

14-10-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26139| Komen: 99

Description: Eina Atau Nama Sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, Berkata, Suaminya Begitu Peka Soal Imejnya Sejak Bergelar Mualaf Selain Mereka Juga Mula Mempelajari Ilmu Agama Islam Dengan Lebih Mendalam.
Eina Azman Dinasihati Tidak Lagi Berimej Seksi

PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman memberitahu, suaminya, Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, 35,  menasihatinya agar tidak lagi berpakaian seksi ataupun terdedah selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos lalu.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, berkata, suaminya begitu peka soal imejnya sejak bergelar mualaf selain mereka juga mula mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih mendalam.

"Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu terdedah.

"Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online.

Tambah Eina, dia juga bersyukur melihat perubahan suaminya yang bersungguh-sungguh mahu mendalami agama Islam walaupun baru beberapa bulan bergelar mualaf.




Sehubungan itu mereka bersama-sama mempelajari agama Islam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

"Saya faham, tidak boleh paksa dia buat macam-macam kerana dia masih lagi baru dalam Islam. Biar satu demi satu dia belajar.

"Tetapi apa yang saya lihat, dia yang bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat.

"Lebih mengharukan, dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia," ujarnya.

Sementara itu, Eina mengakui, sejak mendirikan rumah tangga, dia mula berubah kepada seorang wanita yang lebih matang.

"Mungkin kerana pergaulan saya dengan suami serta rakan-rakannya, membuatkan saya lebih matang. Dan saya pun kena kurangkan sikap kebudak-budakan saya, selari dengan status isteri yang dibawa," tuturnya.

1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 14-10-2014 12:18 AM
Rambot pon tanak blonde ag hokkay.. katenye
Volley ke tu mak Datin oii..
Quote malukokram 14-10-2014 12:29 AM
Tipulah dia nih.
Baru je gi wedding erin tu baju takat peha je.
Dlm ig pandai lak upload gambo yg tak nampak peha dia yg putih menggebu gebas tu. Untuk tontonan tetamu tetamu majlis aje agaknye..
Quote mommymonster82 14-10-2014 12:57 AM
Semenjak jadi datin paduka ni..berpusu2 wartawan nak bodek..
asyik2 naik citer pasal dia jer.
wartawan kat malaysia ni ramai jenis pilih bulu...
Quote viva_gerl 14-10-2014 01:03 AM
next pls!
Quote munchkin 14-10-2014 01:43 AM
Oklah tu eina. Moga maju jaya.
Quote slyfynx 14-10-2014 04:10 AM
Punye lah menjilat wartawan ni sampai husband ajak ayah gi semayang jumaat pun nk tulis
Really?
Quote leezzaliza 14-10-2014 05:45 AM
Die jenis berckp mulut mencebik kan... Aku rase mcm nk tampooo je.. Tp putih luar biase la si eina ni. Dah mcm micheal jackson
Quote syafiq79 14-10-2014 07:30 AM
aku meluat dia tgk dia dlm cite slmt pengantin madu...dia ni mmg jenis tergedik-gedik
Quote Wazzul 14-10-2014 07:42 AM
bagus la kalau berubah, jangan kejap je pulak ya...hahahha
Quote ladyfree 14-10-2014 07:45 AM
syafiq79 posted on 13-10-2014 11:30 PM
aku meluat dia tgk dia dlm cite slmt pengantin madu...dia ni mmg jenis tergedik-gedik

tu maknanya lakonan dia menjadi...

x susah menghayati watak kalau real life pun jenis gediks..hehe
Quote syafiq79 14-10-2014 07:55 AM
ladyfree posted on 14-10-2014 07:45 AM
tu maknanya lakonan dia menjadi...

x susah menghayati watak kalau real life pun jenis gediks..h ...

betui tu....kalu x gedik...x jd le datin paduka skrg ni....
Quote taleeshoe 14-10-2014 08:02 AM
seksi gak. singkat skirt dia mase wedding erin aritu. ade kt fasha sandha punye IG
Quote rosasa 14-10-2014 08:05 AM
lagi salah satu berita yang tak patut nak up..sama gak mcm kes rr-edel.. bosan
Quote enchikfitz 14-10-2014 08:08 AM
Sejak bila dia ni seksi? Nmpk busuk je aku tgk
Quote brookemcqueen 14-10-2014 08:11 AM
taleeshoe posted on 14-10-2014 08:02 AM
seksi gak. singkat skirt dia mase wedding erin aritu. ade kt fasha sandha punye IG

Apa fasha punye ig? Nak tgk.
Quote taleeshoe 14-10-2014 08:15 AM
brookemcqueen posted on 14-10-2014 08:11 AM
Apa fasha punye ig? Nak tgk.

ig: fashasandha
Quote nkhairuddin1 14-10-2014 08:33 AM
keding je .. sexy ke?
Quote NHolmes 14-10-2014 08:34 AM
Sexy bagi dia 2piece kot? Hehehe
Quote makneng 14-10-2014 08:47 AM
seksi ke dia ni?

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067013 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top