CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Di Rogol 35 Mat Rempit?

11-11-2014 01:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15461| Komen: 39

Description: Sementara Itu, Seorang Penduduk Mohd Aidil Asraf Rahim, 22, Berkata, Dia Turut Menyalin Perkhbaran Itu Di Akaun Facebooknya Selepas Rakan Yang Menyertai Sambutan Itu Mendakwa Melihat Polis Menyerbu Ho ...
Di Rogol 35 Mat Rempit?

Port Dickson: Tiada tangkapan dibuat ke atas 35 lelaki kononnya terbabit kes rogol beramai-ramai lima gadis di sebuah hotel di Teluk Kemang di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan khabar angin itu menjadi viral sejak semalam dan tersebar di laman sosial terutama Facebook dan WeChat.

Berdasarkan khabar angin itu, polis menyerbu sebuah hotel pada jam 3 pagi selepas menerima maklumat berkenaan kejadian terbabit dan menahan semua suspek.

Semua suspek dikatakan datang dari luar Port Dickson bagi menyambut 'Motoday' (Hari Motosikal) di sini selama dua hari bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu.

"Polis menjalankan Ops Cantas Khas pada malam semalam (kelmarin) bagi mengawal kesesakan jalan raya dan memastikan pengguna mempunyai lesen dan dokumen perjalanan sah," katanya.

Katanya, pihaknya juga meronda di kawasan hotel yang dikatakan berlaku kejadian tetapi tidak menemui apa-apa bukti dikaitkan dengan kejadian.
Sementara itu, seorang penduduk Mohd Aidil Asraf Rahim, 22, berkata, dia turut menyalin perkhbaran itu di akaun Facebooknya selepas rakan yang menyertai sambutan itu mendakwa melihat polis menyerbu hotel dan menahan suspek terbabit.

Katanya, mangsa dikatakan dirogol kerana keangkuhan dan terlalu memilih lelaki yang mempelawa mereka untuk keluar pada hari sambutan itu.

"Dikatakan semua lelaki yang merogol kelima-lima perempuan itu sengaja ingin mengenakan mangsa kerana tidak mahu keluar dengan mereka jika menggunakan motosikal dan helmet jenis murah menyebabkan mereka berdendam,” katanya yang  tidak percaya khabar angin berkenaan.

Sementara itu, tinjauan mendapati sambutan Motorday menyebabkan jalan di sepanjang bandar ini sesak dengan ribuan motosikal dari seluruh negara.

KHABAR angin di laman sosial menimbulkan keresahan penduduk Port Dickson.








7

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 11-11-2014 07:50 AM
Inilah kemuliaan ummah meleis.walaupon ugama melarang zina.zina pula dilakukan dgn berjemaah.kalo mcm nih tidak memerpersendakan ugama pulak sis?.saya senyum sinis saja tgk ummah2 fasik ini.
Quote batmana 11-11-2014 07:53 AM
ade bahlol atas ni baca x abis
Quote AHMADVW 11-11-2014 08:01 AM
PD ni dr zaman najib xhbis2 tempt org buat maksiat, apo nk jd jang, hoben jang hoben
Quote MissMamamia75 11-11-2014 08:06 AM
tak pernah pulak ada hari Motoday....
mcm2 sambutan skrg ni..
Quote bangcak 11-11-2014 08:09 AM
motoday takde worang mau bantah kaa??
Quote kak_sue 11-11-2014 08:29 AM
macam senang je eh dorang buat keje merogol nie...

berramai2 bercucuk tanam

Quote chinta89 11-11-2014 08:32 AM
batmana posted on 11-11-2014 07:53 AM
ade bahlol atas ni baca x abis

dia sememangnya bahlul.. rse aman kalau dia kena post banhammer
Quote abas8888 11-11-2014 08:46 AM
motorday lah...car day lah...bicycle day lah... macam2...
Quote Perutkaembong 11-11-2014 08:57 AM
batmana posted on 11-11-2014 07:53 AM
ade bahlol atas ni baca x abis

ada setengah ummah lagi baca khatam 2-3 kali lagi makin bahlol...kita doakan saja lah dia tak mati bogel sebelah lembu lolz
Quote Vellfire 11-11-2014 08:57 AM
mcm2 day lah
Quote ninja boy 11-11-2014 09:10 AM
ummah ai syak melayu bodoh kemudian membodohkan masyarakat dan polis, itula hasil pendidikan
Quote cmf_herrhughie 11-11-2014 09:14 AM
Apa nak buat? Umno sponsor mat rempit juga....hasil Keluaran budak SEkolah kebangsaan, low kualiti.
Quote AbukRokok 11-11-2014 09:14 AM
mesti semua tu penganut shia... segala yg buruk dari shia.
Quote kentel 11-11-2014 09:18 AM
amende lah...bebudak skrg ni pelik...sepelik2 alam..
Quote annehuda 11-11-2014 09:20 AM
batmana posted on 11-11-2014 07:53 AM
ade bahlol atas ni baca x abis

Dahle baca tak habis,mengeja pun kdg2 x btul. Kesian...
Quote mbhcsf 11-11-2014 09:26 AM
famri7 posted on 11-11-2014 07:50 AM
Inilah kemuliaan ummah meleis.walaupon ugama melarang zina.zina pula dilakukan dgn berjemaah.kalo mc ...

How about mencela agama?
Quote stinger_attack 11-11-2014 09:30 AM
mbhcsf posted on 11-11-2014 09:26 AM
How about mencela agama?

Kata nak blah pi board agama?

Quote mbhcsf 11-11-2014 09:34 AM
stinger_attack posted on 11-11-2014 09:30 AM
Kata nak blah pi board agama?

I belum masuk bab al haq lagi tu. Bahasa soleh ye, sikit. Rehab tu.
Quote sueism 11-11-2014 09:46 AM
kak_sue posted on 11-11-2014 08:29 AM
macam senang je eh dorang buat keje merogol nie...

berramai2 bercucuk tanam

Suka betul dia org merogol

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.061941 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top