CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minum Cuka Kerana Suami Tak Mahu Tengok Cerita SRK

11-11-2014 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9135| Komen: 78

Description: Wanita Yang Dikenali Dengan Nama Neha Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir Di Hospital Akibat Kerosakan Organ Dalaman Yang Teruk.
Minum Cuka Kerana Suami Tak Mahu Tengok Cerita SRK

KUALA LUMPUR
: Seorang wanita di India meninggal dunia selepas  nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu  lakonan Shah Rukh Khan bersamanya.

Wanita yang dikenali dengan nama  Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat kerosakan organ  dalaman yang teruk.

Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan  kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka  berlebihan.

Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu  sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang  yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.

Vishal dikatakan menolak  pelawaan isterinya menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama  tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.

Neha  yang begitu kecewa pelawaannya ditolak akhirnya mengambil keputusan membunuh  diri.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh  Shah Rukh Khan mengenai berita ini.

Sehingga berita ditulis, polis  belum menahan Vishal untuk membantu siasatan.


Filem terbaharu Shah Rukh Khan  berjudul Happy New Year


3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 11-11-2014 02:11 PM
Bangang betul perempuan ni.
Quote siti_kus 11-11-2014 02:13 PM
nk gelak ke apa x tau la. nasib baik laki aku teman tgk cite ni. i love shah rukh khan. hehe.
Quote ais_kosong 11-11-2014 02:21 PM
pasal movie ja sanggup bunuh diri
Quote bellaa 11-11-2014 02:24 PM
mcm ni pon ada?
Quote kenarikelabu 11-11-2014 02:25 PM
Deyyy.....yennnaaa???? Aiyoooo....sanggup mati bunuh diri
Quote rospinki 11-11-2014 02:27 PM
kesian ko dekkk...bukan sebab dia mati..sebab kesian dia minat srk
Quote idril 11-11-2014 02:29 PM
dlm gmbar tu dah nampak dah SRK dah tua. berapa umur sebenar dia yek?
Quote prettyuglybabe 11-11-2014 02:32 PM
apasal srk pulak nak kena keluarkan kenyataan rasmi??
Quote kentel 11-11-2014 02:35 PM
very the filem hindu....
Quote Vellfire 11-11-2014 02:38 PM
laaa tak boleh ke tunggu hari lain
Quote Changa 11-11-2014 02:44 PM
selayak nya la dik.
bimbo sangat.
Quote muo1202 11-11-2014 02:47 PM
pprt sungguh...
Quote voiletiris 11-11-2014 02:51 PM
ais_kosong posted on 11-11-2014 02:21 PM
pasal movie ja sanggup bunuh diri

mungkin dia acah2 je nak minum cuka tu untuk menakutkan suami tapi terlajak banyakdi minum nak nyesal pun dah terlambat ..mati kerana nak tgk movie memang tak bebaloi
Quote tagas 11-11-2014 02:51 PM
Puak2 ni..no wonder la..akal pendek..sikit punya hal pun maw berbunuh2 bagai..nyusah kan org..
Quote ikanmasin 11-11-2014 02:53 PM
mati sia2..laki dpt bini baru..mcm la tak bole tgk lain hari..
Quote iman_aly 11-11-2014 02:55 PM
hebat penangan shah rukh khan... syabbas betey!!
Quote NURMIMIE 11-11-2014 03:05 PM
kelazzz ko SRK..

dah ala2 Michael Jackson plak
Quote dubuk 11-11-2014 03:06 PM
eight minute,

takziah daripada saya
Quote melia_star 11-11-2014 03:08 PM
apekejadahnyer shah rukh khan kene bagi kenyataan?

dia nk mati dia punyer fasal lah....katanya...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054706 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top