CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayar Treler Tercabut,Penunggang Motor Maut

14-11-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8598| Komen: 49

Description: Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Ipk) Pahang, Dsp Mohd Noor Yusof Ali Berkata, Nahas Jam 11.30 Malam Itu Berlaku Semasa Mangsa Yang Beralamat Di Kampung Peramu Dekat Sini Dalam Perjalan ...
Tayar Treler Tercabut,Penunggang Motor Maut

KUANTAN, 13 Nov - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar tayar sebuah treler yang tercabut dan bergolek masuk ke laluannya di Km 10 Jalan Kuantan-Bypass, Pelabuhan dekat Gebeng malam tadi.

Mangsa, Mohd Amran Asparudin, 25 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Eco Tower Gebeng dekat sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas jam 11.30 malam itu berlaku semasa mangsa yang beralamat di Kampung Peramu dekat sini dalam perjalanan dari arah Pelabuhan menghala ke Kuantan.

"Sebelum kejadian, satu tayar belakang sebelah kiri treler terbabit yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pelabuhan telah tercabut dan bergolek masuk ke laluan bertentangan.

Pada masa sama mangsa yang dari arah bertentangan kebetulan lalu di situ telah melanggar tayar tersebut menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan," katanya kepada Bernama hari ini.

1

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umie 13-11-2014 05:55 PM
sbb tu x di galakkan pakai tayar celup. Kejadian sebegini selalu terjadi kat hiway
Quote shernazz 13-11-2014 06:49 PM
Hari tu kt rnr sungai buloh..ade lori neh tayar pecah..mcm eksiden bunyinya..tanjat aku..naseb xde eksiden pape...ish ish ish

Quote solstice 13-11-2014 06:53 PM
Selalu berlaku
sbb nk murah pakai tayar celup
jahanam btol
aku pon prnah terkena
Yg ni jpj x de pulak nk cek lori2 jahanam ni
Quote myvios 13-11-2014 06:55 PM
aku dah 2 kali follow belakang lori, tetiba tayar dia pecah dan koyak...
Quote TuntungReturn 13-11-2014 07:03 PM

penah aku folow blkg treler,sekali tayar meletop..abis pasir2 bertebangan kat aku..fuh
Quote mysterio 13-11-2014 07:12 PM
bila JPJ nak buat operasi tayar celup ?
Quote Syd 13-11-2014 07:19 PM
hakakkk..

nak tengok gambo


Quote capiloton 13-11-2014 07:20 PM
ada kena mengena dengan plate nombor tak ikut saiz dalam eksiden kali ni?

JPJ ni elok fokus dan pastikan semua kenderaan dalam keadaan baik atas jalan..
n safety pada semua pengguna jalanraya..
ketatkan inspection procedure, terutama lori & bas..

bukannya saman sebab tinted & no plate..
Quote saladin780 13-11-2014 07:21 PM
Lori mmg suka buat taik atas jln..mentang2 la ko besar
Pastu bila kena tindakan mula lah konon merintih hiba orang x paham kerjaya dorang
Quote ultra78 13-11-2014 08:34 PM
Mana JPJ ? Duk sibuk ukur ketelusan cahaya cermin tinted ke?
Quote GhostWalking 13-11-2014 09:04 PM
Syd posted on 13-11-2014 11:19 AM
hakakkk..

nak tengok gambo

Gambo apa uols.gamba kim k iols ada tihihihi
Quote kakos 13-11-2014 09:32 PM
apa beza tayar toreh dgn tayar celup uols????
Quote noor2 13-11-2014 09:34 PM
capiloton posted on 13-11-2014 07:20 PM
ada kena mengena dengan plate nombor tak ikut saiz dalam eksiden kali ni?

JPJ ni elok fokus dan p ...

.................



Quote Firenzza 13-11-2014 09:37 PM
mysterio posted on 13-11-2014 07:12 PM
bila JPJ nak buat operasi tayar celup ?

kan depa dh ckp rkyat msia mati kt jlnraya sbb no plat x ikut specs depa
Quote AHMADVW 13-11-2014 10:02 PM
Quote drivethru 13-11-2014 10:05 PM
Ni same kes mcm aku. Mase tu last day keje (jumaat) sblm cuti raya tahun ni. Aku dlm perjalanan ke tempat keje pkul 5.20 pagi. Sebelum rnr sg.buloh, sebuah traler potong aku. Aku naik motor jer.

Bila traler dah ade kat tepi aku, tiba2 tayar dia tercabut sekali dgn rim. Bukan tayar pecah, tapi tayar dan rim. Aku terlanggar sikit dan terbabas. Nasib baik cedera sikit jer. Mase raya, tangan kaki berbalut la.
Quote qronaldo7 14-11-2014 08:55 AM
sila buat spot check pada lori/kenderaan berat ni. bahayakan pengguna lain!
Quote mamapea 14-11-2014 09:01 AM
saladin780 posted on 13-11-2014 07:21 PM
Lori mmg suka buat taik atas jln..mentang2 la ko besar
Pastu bila kena tindakan mula lah konon meri ...

btl tu..aku mmg dh bengang dgn lori2 ni..
bbrp bln lps lori langgar keta bapak aku..
bergesel sebelah pemandu..nasib baik bapak & mak aku xde apa2..
lori tu nk lari dr jpj sbb terlebih muatan..bapak aku dh elak naik sampai atas rumput
kena jugak langgar..
Quote ibu_haritz 14-11-2014 09:06 AM
drivethru posted on 13-11-2014 10:05 PM
Ni same kes mcm aku. Mase tu last day keje (jumaat) sblm cuti raya tahun ni. Aku dlm perjalanan ke t ...

kau dari mane?? laluan rnr sg buloh ni mmg laluan aku gi keje...
lori2 dgn treler mmg byk kdg2 time kete byk org nk gi keje time tu lah nk lalu..
kan hari tu ade kes kt area situ jgk yg penunggang motor maut tayar lori tercabut...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.058356 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top