CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Dan Awang Hitam Bersatu Padu

17-11-2014 11:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7568| Komen: 27

Description: Dia Berkata, Mangsa Diminta Membayar Wang Berjumlah Rm107,350 Ke Lapan Akaun Bank Berbeza Selepas ‘Kekasihnya’ Mendakwa Menghantar Bungkusan Mengandungi Wang Tunai Dolar Amerika Syarikat 1 Juta ( Rm ...
Janda Dan Awang Hitam Bersatu Padu

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan berusia 40-an dikesan mempelajari taktik penipuan ‘cinta Afrika’ melalui Internet sebelum memperdaya ramai wanita tempatan membabitkan kerugian beratus ribu ringgit.

Suspek berstatus janda itu dikesan turut bekerjasama dengan 11 lelaki warga Nigeria, seorang wanita Nigeria, seorang wanita Uganda dan seorang wanita Filipina bagi membantunya melakukan penipuan terancang itu.

Difahamkan suspek memilik kepakaran dan kemahiran dalam memilih sasaran mangsa selain menyamar sebagai lelaki Eropah untuk menipu mangsa.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, wanita tempatan itu ditahan polis pada Rabu lalu selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan kerajaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM107,350.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek masih menjalani perbicaraan mahkamah terhadap kes penipuan lain namun masih aktif mencari mangsa baru.

“Mangsa yang berusia 40 tahun itu mendakwa terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai lelaki bernama Azim berasal dari Eropah.

“Lelaki itu berjanji mahu berkahwin dengan mangsa selepas menjalin hubungan cinta jarak jauh sejak Januari tahun ini,” katanya.

Dia berkata, mangsa diminta membayar wang berjumlah RM107,350 ke lapan akaun bank berbeza selepas ‘kekasihnya’ mendakwa menghantar bungkusan mengandungi wang tunai dolar Amerika Syarikat 1 juta ( RM 3.3 juta).

“Mangsa diminta membuat pembayaran bagi melepaskan bungkusan wang itu yang didakwa ditahan Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu.

“Selepas membayar wang berkenaan, mangsa diminta membuat penambahan bayaran lagi menyebabkan dia mengesyaki ditipu,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis bertindak melakukan siasatan sebelum berjaya menahan suspek di pekarangan Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu lalu ketika suspek menghadiri perbicaraan kes tipu lain.

Menurutnya, hasil tangkapan wanita tempatan itu, beberapa siri serbuan dilakukan di sekitar kawasan ibu kota, Kajang dan Puchong sebelum 14 suspek lain berusia 20 hingga 30 tahun berjaya diberkas.

Chong berkata, hanya lima daripada 14 suspek ditahan mempunyai pasport sah manakala yang lain gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

“Hasil serbuan itu, tujuh keping kad pengeluaran wang automatik (ATM), 26 telefon bimbit dan sembilan komputer riba dirampas daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan.

“Selain menjadi perantara kepada anggota sindiket, wanita tempatan itu juga bertanggungjawab mengumpul akaun bank yang akan digunakan bagi tujuan pemindahan wang dari mangsa,” katanya.

Menurutnya, wang itu kemudian akan dipindahkan ke akaun di luar negara.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan seorang lagi lelaki warga Nigeria yang juga dalang utama sindiket berkenaan,” katanya.

10

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Datinaishah 15-11-2014 08:16 AM
Macam macam
Quote yinfenglee 15-11-2014 08:25 AM
Laaa modus operandi dia dari dulu2 sama jer ....
menyamar jadik european .. bercinta ....claim htrbungkusan ada duit ...

Lepas tu mintak kita settlekan bill pelepasan ....

No such thing OK !!!!
Dulu masa zaman2 yahoo mesengger aku penah kena bende2 macam ni ...
tiba2 ada org yg x dikenali add kat yahoo mesengger ... than nak kawan
aku layan jer...sbb aku nak tau .. macam mana org kita kena tipu pasal scam ni ...

semua facts yg dia bgi tu menipu
Tempat tinggal keje ... semua maklumat masa conversation tu ... semua tu tipu .....

and sampai part yg di tunggu2.. dia kata dia hantar parcel .... ada jam tangan... rantai emas and 100K USD  tapi aku kena bayar RM4K for release the parcel ...

then dia bagi no akaun - nama org sabah ... fake clearance document , and then aku ckp macam ni....

"Tak pernah di buat org receiver kena bayar sblm received parcel, sender kena bayar semua ..."" lepas tu dia kata dia run out of money .... then aku question balik ... 'if u run out of money ... why send money to me? U are now ur maths right? Why u are so stupid "

So terselamat la aku jadik dr mangsa ... so aku tak tau la kenapa ramai sgt yg kena tipu ... sbb diorg ni mmg jelas2 menipu ....

Macam mana la org kita ni .... hadap sgt duit berjuta and kawen mat saleh .... Last edited by yinfenglee on 15-11-2014 12:33 AM

Quote mak_wa95 15-11-2014 08:31 AM
kerajaan sekat je la kemasukan warga ni...

mereka masuk atas tiket nak belajar..tapi xbelajar pun..

nak buat macamna IPTS banyak milik kroni..



Quote hanamunir 15-11-2014 09:27 AM
da banyak kali jadi macam ni..
tak pernah nak amik pengajaran..
dok la tertipu dengan cinta yang tak seberapa tu..
pastu mula la bila harta, duit tergadai, dok meroyan sana sini minta tolong..
Quote hanamunir 15-11-2014 09:28 AM
double posting Last edited by hanamunir on 15-11-2014 09:30 AM

Quote spiderman80 15-11-2014 09:31 AM
Tak tipu bukan Cina!!
Quote nikaido 15-11-2014 09:35 AM
Perempuan Malaysia dgr laki Europe terus stim kasi duit bagai.
Quote Esmiria 15-11-2014 09:40 AM
yinfenglee posted on 15-11-2014 12:25 AM
Laaa modus operandi dia dari dulu2 sama jer ....
menyamar jadik european .. bercinta ....claim htr ...

some guna ilmu pukau.
Quote Decaffeinated 15-11-2014 10:07 AM
nasib baik decaf tak menderita sindrom merembes pada kokesen mau pun bollywood mcm ramai meleise inferiority complex...

Quote FOTHER-MUCKER 15-11-2014 10:11 AM
Ada hati tu nakan tonek azim!
Quote jazaa 15-11-2014 10:20 AM
Esmiria posted on 15-11-2014 09:40 AM
some guna ilmu pukau.

Tak pernah jumpa blh kena pukau ke es???


Quote liton 15-11-2014 10:45 AM
Janda ni mungkin pernah jadi mangsa...diapun blajar & mempraktikkan teknik menipu.
Hasilnya, beliau menjadi usahawan yg berjaya dgn mempunyai 14 kakitangan & untung lumanyan
Quote Esmiria 15-11-2014 10:57 AM
jazaa posted on 15-11-2014 02:20 AM
Tak pernah jumpa blh kena pukau ke es???

pukau ni ada jenis.. ada through skrin komputer. mcm jampi sesuatu..awang hitamkan ada ilmu hitam..ilmu vodoo..
Quote Esmiria 15-11-2014 10:57 AM
liton posted on 15-11-2014 02:45 AM
Janda ni mungkin pernah jadi mangsa...diapun blajar & mempraktikkan teknik menipu.
Hasilnya, beliau ...

kahkahkah. aku suka statement ni.
Quote senahsanasini 15-11-2014 11:12 AM
Esmiria posted on 15-11-2014 10:57 AM
pukau ni ada jenis.. ada through skrin komputer. mcm jampi sesuatu..awang hitamkan ada ilmu hitam. ...

Pendek kata terpukau
Quote senahsanasini 15-11-2014 11:13 AM
liton posted on 15-11-2014 10:45 AM
Janda ni mungkin pernah jadi mangsa...diapun blajar & mempraktikkan teknik menipu.
Hasilnya, beliau ...

Manusia belajar dri kesilapan
muahahaha
Quote bambimo 15-11-2014 11:25 AM
MO x berubah...tp mngsa2 ni xpenah baca news ker..atau surf internet ker...atau x nk amik tahu...
Quote anis01 15-11-2014 11:27 AM
perempua yang x pernah belajar daripada kesilapan orang lain
Quote rosasa 15-11-2014 11:31 AM
kenapa la ada juga spesis yang percaya

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.355447 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top