CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

PKR: 'Tak susah turun harga kereta'

30-5-2013 05:43 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10527| Komen: 71

Description: PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak. Pengarah Strategi PK ...

Rafizi Ramli


PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja.

“Cara yang mereka buat adalah menekan pembuat dan penjual kereta untuk kurangkan margin, ini tidak adil kerana akan memberi kesan kepada pekerja dan industri pembuat kereta.

“Sebab itu sampai perlu ambil masa yang lama kerana kerajaan mahu pujuk dan tekan pembuat kereta, perlu bincang dan persetujuan terlebih dahulu dengan kemungkinan menawarkan sesuatu yang lain,” katanya kepada selepas sidang media di pejabat PKR semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tidak menggunakan taktik mengaburi mata rakyat dengan pengurangan cukai yang dibuat kerajaan.

“Amaran saya kepada beliau jangan nak guna taktik kurang dua ke tiga peratus setiap tahun, tetapi bila menjelang PRU14 baru nak kurangkan sampai 20 peratus.

“Saya jamin rakyat akan betul-betul marah kerana rakyat sudah faham sepenuhnya bahawa nak kurangkan harga kereta begitu mudah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN tidak seperti PR yang akan mengurangkan duti eksais secara serentak 20 peratus yang memperuntukkan RM1 bilion setiap tahun.

“BN hanya mahu kurangkan 30 peratus berperingkat-peringkat, kalau potong lima peratus setiap tahun daripada kutipan RM7 bilion hanya lebih kurang RM300 juta sahaja.

“Takkanlah RM300 juta pun tidak boleh sedangkan Jabatan Perdana Menteri membelanjakan iklan setiap tahun hampir RM100 juta,” katanya.

Menurut Rafizi, beliau dan ahli parlimen PR akan terus mendesak kerajaan menurunkan harga kereta dengan lebih konsisten dan berkesan dalam persidangan di Dewan Rakyat nanti.

“Pendekatan yang digunakan haruslah menyeluruh, bukannya hanya menekan satu-satu pihak sahaja sehingga pihak terbabit terjejas,” katanya.

Terdahulu, firma penyelidikan JF Apex Securities berpendapat, kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan
penguasaan pasaran Proton.

“Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara,” kata JF Apex.

JF Apex berkata, pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus,
yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lantanao8 30-5-2013 10:13 AM
boleh cakap sebab dia tak perlu buat..................
Quote taikor 30-5-2013 11:08 AM
Hapuskan AP kan lagi senang?? AP hanya untuk mengkayakan kroni tanpa sebab!
Quote Nadim 30-5-2013 11:10 AM
lantanao8 posted on 30-5-2013 10:13 AM
boleh cakap sebab dia tak perlu buat..................

You're right....

Quote phongsakorn 30-5-2013 12:09 PM
turunkan harga kereta..
Quote bangcak 30-5-2013 12:16 PM
lantanao8 posted on 30-5-2013 10:13 AM
boleh cakap sebab dia tak perlu buat..................

penurunan harga keta 'berperingkat' bermula 2017 .
nyawa dah hujung punai nati baru nak turunkan.

toksah tunggu 2017
jom kita turunkan BN secepat mungkin supaya dpt turunkan harga keta lebih cepat.

Quote Honeyda 30-5-2013 12:35 PM

tuuu diaaa bila Pengarah Strategi PEE KAY ARRR bersoreeeee...........

ckp suma bole lah guna ayaq liuq...

yg tol tak mansuh2 kan ponnnnnnnnn

mansuhkan tol guhtrie yg berlambak2 kat selangor ni duluuuuu
Quote cipOt_cedOt 30-5-2013 12:40 PM
turonkan cukai tanah dulu la... hehehehe... lagi senang dari turunkan cukai kereta...

MB call jer yang dipertua daerah turonkan cukai serta merta... senang jer... Last edited by cipOt_cedOt on 30-5-2013 12:42 PM

Quote lantanao8 30-5-2013 01:34 PM




dah semuanya nak turun harga.......macam mana peniaga boleh cari makan??????

cakap boleh lah, desak bolehlah.....

tapi buat kerja tak tau.........

PM tak jadik tu pulak dok memekak siang malam.......
Quote lantanao8 30-5-2013 01:36 PM
cipOt_cedOt posted on 30-5-2013 12:40 PM
turonkan cukai tanah dulu la... hehehehe... lagi senang dari turunkan cukai kereta...

MB call jer ...


turun cukai tanah cukai pintu.....sila buat di Penang, Selangor, Kelantan dulu.....

bagi contoh....baru rakyat percaya....ini tidak....pang pung pang pung.....kokok tak renti.....ekok bau taik....busuk Bai

Quote lantanao8 30-5-2013 01:40 PM

kalau bende boleh buat...... pembangkang mesti dah buat di negeri jajahan mereka......

after all, negeri negeri spt Selangor dgn P Pinang memang negeri yg kaya

kecuali Kelantan la (yg memangla mungkin tak mampu nak buat)
Quote cipOt_cedOt 30-5-2013 02:13 PM
lantanao8 posted on 30-5-2013 01:34 PM
dah semuanya nak turun harga.......macam mana peniaga boleh cari makan??????

cakap boleh  ...

apasal peniaga tak boleh idOp plak... kos turon harga turon sebab kos turon... margin tetap jugak sama... iyer ke...
Quote taikor 30-5-2013 02:23 PM
lantanao8 posted on 30-5-2013 01:40 PM
kalau bende boleh buat...... pembangkang mesti dah buat di negeri jajahan mereka......

after al ...

Kelantan kaya dengan sumber seperti gas dan minyak tetapi tidak dapat menikmati faedahnya kerana perbezaan politik.

Kerajaan pusat patut beri lebih royalti minyak kepada negeri Kelantan. Tindakan menekan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti yg setimpal adalah tidak adil kepada mereka.

Quote Al-Patih 30-5-2013 02:27 PM
PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak.


itu baru setengah pihak ...kalau sepenuh pihak ...memang lambat lansung kot ...
Quote Nadim 30-5-2013 02:40 PM
Tol Sg Nyior,B'worth yang 5 kupang pun masih teragak-agak nak mansuh ke tidak...dulu masa BN pegang Penang, menyalak-nyalak bising pasal tol berkenaan...bila PR dan memerintah 5 tahun lepas, terus buat bodoh sama bodoh dengan macai-macai depa...Ni dah penggal kedua memerintah...tak nak masuh ke ??? Camne nak mansuh tol yang lain kalau tol 5 kupang pun depa rasa rugi nak mansuhkan..... tu pun macai-macai PR masih lagi lena..!!!
Quote taikor 30-5-2013 02:49 PM
Nadim posted on 30-5-2013 02:40 PM
Tol Sg Nyior,B'worth yang 5 kupang pun masih teragak-agak nak mansuh ke tidak...dulu masa BN pegang  ...

Kan plaza toll tu bawah kuasa kerajaan pusat? Pakatan Rakyat akan hapuskan toll Sungai Nyior dan Jambatan Penang bila tawan Putrajaya.

Lagipun, kerajaan Penang telah bina satu jalan untuk melepasi toll Sungai Nyior. Tak perlu bayar toll !
Last edited by taikor on 30-5-2013 02:50 PM

Quote cipOt_cedOt 30-5-2013 02:57 PM
banyak yg dibawah kuasa kerajaan negeri yang boleh dibuat... contohnya subsidi air dinaikkan dari 20 meter padu kepada 30 meter padu ke...

20 meter padu tu KPI penggal lepas... KPI penggal ni kena la naikkan lagi... hehehehe...

cukai tanah dan pintu diturunkan atau dihapuskan ke...

kilang arak dua bijik kat selangor diarahkan untuk berpindah lokasi ke negeri lain ke...

kilang rare earth refinary diminta utk berpindah pun boleh jugak...

tak pun subsidikan 6000kw elektrik free cam air... haa... boleh jugak...

itu sumer boleh dibuat... senang jer... Last edited by cipOt_cedOt on 30-5-2013 02:58 PM

Quote Honeyda 30-5-2013 03:09 PM
cipOt_cedOt posted on 30-5-2013 02:57 PM
banyak yg dibawah kuasa kerajaan negeri yang boleh dibuat... contohnya subsidi air dinaikkan dari 20 ...


ye lah ape psl cukai tanah & cukai pintu tak turunkan

hah buatlah kat negeri yg diorg dpt tuh

especially kt Selangor....

kata selangor kayeeeeee, negeri kebajikan hah buatlah

nak tggu ape lagi!


Quote taikor 30-5-2013 03:17 PM
cipOt_cedOt posted on 30-5-2013 02:57 PM
banyak yg dibawah kuasa kerajaan negeri yang boleh dibuat... contohnya subsidi air dinaikkan dari 20 ...
kilang rare earth refinary diminta utk berpindah pun boleh jugak...


Boleh ker??

Quote lantanao8 30-5-2013 03:54 PM
taikor posted on 30-5-2013 02:49 PM
Kan plaza toll tu bawah kuasa kerajaan pusat? Pakatan Rakyat akan hapuskan toll Sungai Nyior dan J ...


Banyak alasan!!!!!!!

alasan tak mau buat.....

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.074562 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top