CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Kubur Tidak Menghala Ke Kiblat

20-1-2015 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8725| Komen: 22

Description: Penduduk, Mohd Razi Bakar, 49, Berkata, Apa Yang Terjadi Ini Sangat Mengejutkan Penduduk Terutama Waris Kepada Beratus Jenazah Yang Telah Dikebumikan Di Sini Dan Mereka Tertanya-Tanya Apa Tindakan Yan ...
Ratusan Kubur Tidak Menghala Ke Kiblat



Juru ukur sedang membuat semakan bacaan arah kiblat yang sebenar.

ROMPIN - Penduduk Kampung Sungai Puteri, di sini, terkejut selepas proses pengebumian jenazah seorang penduduk di tanah perkuburan kampung tersebut baru-baru ini terpaksa ditangguhkan kerana arah kiblat digunakan selama ini didapati meragukan.

Beberapa penduduk yang terlibat proses menggali kubur berkenaan, mengambil tindakan memanggil pihak Jabatan Ukur untuk memastikan arah kiblat sebenar dan keputusan yang diterima mengejutkan mereka kerana arah kiblat yang digunakan selama ini adalah salah.

Gambar hiasan


Penduduk, Mohd Razi Bakar, 49, berkata, apa yang terjadi ini sangat mengejutkan penduduk terutama waris kepada beratus jenazah yang telah dikebumikan di sini dan mereka tertanya-tanya apa tindakan yang sepatutnya diambil untuk membetulkan keadaan kubur-kubur yang tidak mengikut arah kiblat itu.

Menurutnya, mereka turut memohon pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera agar tidak timbul perkara berbangkit pada masa depan.

“Saya bersama beberapa rakan yang bertanggungjawab menggali kubur pada ketika itu berasa ragu dengan arah kiblat yang digunakan selama ini dan kami terpaksa menangguhkan proses menggali kubur dan menghubungi Jabatan Ukur bagi mendapatkan kepastian mengenai arah kiblat di situ.

“Selepas diukur, kami terkejut kerana arah kiblat kubur-kubur lama di sini didapati lari 90 darjah dari arah kiblat yang sebenar. Hal ini juga telah mengejutkan penduduk kampung selain menimbulkan kemarahan kepada waris jenazah-jenazah yang telah dikebumikan di tanah perkuburan ini,” katanya.

Mohd Razi berkata, sudah lebih 30 tahun tanah perkuburan tersebut digunakan dan mereka berharap ada penyelesaian kepada masalah tersebut iaitu menetapkan arah kiblat sebenar dan menjelaskan status kubur-kubur lama yang tidak mengikut arah kiblat sebenar.

Sementara itu, Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat yang dihubungi mengesahkan telah maklum mengenai masalah berkenaan dan telah meminta imam serta AJK Masjid Sungai Puteri supaya membuat permohonan semakan arah kiblat di tanah perkuburan tersebut.

“Pihak yang layak dan ada autoriti untuk menentukan arah kiblat sebenar adalah Jabatan Mufti Pahang. Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Agama Daerah dan akan diajukan kepada jabatan mufti tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Kebiasaannya orang-orang terdahulu sudah ijtimak atau yakin dengan arah kiblat itu. Kita juga perlu faham pada zaman itu tiada alatan canggih untuk menentukan arah kiblat dengan tepat. Namun begitu kita tunggu respon dari Jabatan Mufti Pahang,” katanya.

16

Bagus
5

Marah
26

Terkejut
9

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeeHaa 19-1-2015 07:40 PM
Arwah abah aku pun ditanam tak ikut kiblat. Ninggal tahun 2012 waktu tu takde signboard arah kiblat. Naik thn 2013 baru ada signboard arah kiblat. So jenazah baru diasingkan ditanam sebelah kawasan baru sume ikut kiblat.

Dahtu yg salah kiblat x yah buat ape2 x ape kan?
Quote Changa 19-1-2015 07:45 PM
BeeHaa replied at 19-1-2015 07:40 PM
Arwah abah aku pun ditanam tak ikut kiblat. Ninggal tahun 2012 waktu tu takde signboard arah kiblat. ...

takde nya masuk neraka semata2 orang lain tanam salah kiblat.

ini semua ala2 bidaah jah. budaya jah sis.
Quote ajinomotonosuga 19-1-2015 08:04 PM
mopti lom abis cuti tahunan....
Quote primemova 19-1-2015 08:10 PM
Allah tak sekejam tu la sampai nak sumbat hambanya dllm neraka kerana ditanam tak mengadap kiblat....
Quote ultra78 19-1-2015 08:59 PM
“Selepas diukur, kami terkejut kerana arah kiblat kubur-kubur lama di sini didapati lari 90 darjah dari arah kiblat yang sebenar. Hal ini juga telah mengejutkan penduduk kampung selain menimbulkan kemarahan kepada waris jenazah-jenazah yang telah dikebumikan di tanah perkuburan ini,”

Alahai,sensitif betul bab ini. Kubur lama tak perlulah marah-marah bagai. Mungkin pada waktu dulu ada kekhilafan arah kiblat. Takkanlah amal ibadat si mati ditolak gara-gara alignment kubur lari. Apa ingat ini macam piring astro ke point tepat ke target?
Quote jazaa 19-1-2015 09:08 PM
byk lari tu 90 darjah......
Quote Knowlee 19-1-2015 09:31 PM
90 darjah tu dah lainlain sgt arahnya. Tapi, yg dah sedia ada tu tak perlu la nak alihkan. Cuma yg baru je tanam ikut arah yg betul.
Quote batu kikir 19-1-2015 09:37 PM
Bukan setakat kubur..............banyak masjid pun yang tak "tepat" kiblat dia.
Point yg aku nak bawak................"adakah Allah SWT tu terlalu "petty", semua yg kecil diperkirakan.....salah sikit, tak terima.....salah sikit, tak terima.......masuk neraka.
Bagi aku "meng Agungkan" Allah dan tidak syirik kepada DIA...........itu maha agung dan bermakna dari benda2 remeh temeh ni.
Quote razhar 19-1-2015 10:14 PM
lain kali beli la satu kompas kiblat..kat maideen banyak woo...
Quote bellaa 19-1-2015 10:47 PM
Pernah terbaca.

Setiap tahu garisan paksi bumi akan berubah
disebabkan pergerakan perubahan kecondongan paksi bumi mcm

letusan gunung berapi, gempa bumi
Quote ulartedung 19-1-2015 11:29 PM
mengikut amalan ahli sunnah waljamaah melayu suci ,wajib kena ikut kiblat,ini boleh menyebabkan pahala tak sampai ke simati bila tahlil,kubur mesti digali balik dan betulkan tanam ikut kiblat.betul ke pahaman aku ni
Quote nagapompuan 20-1-2015 12:19 AM
batu kikir replied at 19-1-2015 09:37 PM
Bukan setakat kubur..............banyak masjid pun yang tak "tepat" kiblat dia.
Point yg aku nak ba ...

Mu aja berfikiran logika seperti ini, sayangnya, rata rata ummah tidak sempat pikir pung, melatah lonjak adja, akidah lah, haram lah, neraka lah.

Jika sume ummah berfikiran secara level headed, temang macam mu, lebih aman dan tidak jumud, bodoh dan menyusahkanlah imej Islam dimata semua.

Sayangnya acik acik, abang kakak, adik belaka, cetek akal. Asyik mahu melatah, marah adja.
Quote sekngucing 20-1-2015 01:53 AM
kalau dah pindah bumi baru nanti
nak hadap dgn kiblat bumi lama ni ke
Quote Al-Patih 20-1-2015 05:06 AM
Changa replied at 19-1-2015 07:45 PM
takde nya masuk neraka semata2 orang lain tanam salah kiblat.

ini semua ala2 bidaah jah. budaya ...

betul tu....tambahan olih para ularmak
Quote Al-Patih 20-1-2015 05:12 AM

MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.


macang tu...meke yang sembahyang kat situ...termasuk Iman...tak sah sembahyang lah....keno ganti balik sembahyang takkkk.....????




Quote Teh_90 20-1-2015 06:17 AM
Al-Patih replied at 20-1-2015 05:12 AM
MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dala ...

10 cm? Kecil sngt tu...bukan ada standard deviation ke arah kiblat tu? Maksudnya ada range arah kiblat? Tp kalau 90  darjah , terpesong tu jauh sngt.....apapun kena tunggu ulasan org yg lebih bertauliah
Quote Modngengade 20-1-2015 07:27 AM
Kalau dah silap tu x yah lah nk korek bagai kan
Quote Changa 20-1-2015 11:09 AM
sekngucing replied at 20-1-2015 01:53 AM
kalau dah pindah bumi baru nanti
nak hadap dgn kiblat bumi lama ni ke

sebab itu islam hanya ugama di bumi jah sis.

Quote neotoxin 20-1-2015 12:10 PM
Edited by neotoxin at 20-1-2015 12:12 PM
Al-Patih replied at 20-1-2015 05:12 AM
MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dala ...

ape kejadah arah dalam unit sentimeter? berapa  jejari bulatan tu? kebangangan apekah seorang pelukis pelan tak tau unit2 untuk ukuran sudut??

btw.. pelukis pelan tu tentukan arah kiblat yg sebener camne? guna kompas magnetik tu ke? hahahha... jenis tak belajar sains

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055130 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top