CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerusi Lipat Titanic Dilelong Lebih Setengah Juta Ringgit

20-4-2015 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7651| Komen: 40

Description: Portal Daily Mail Melaporkan Bahawa Kerusi Berkenaan Untuk Kemudahan Penumpang Kelas Pertama Bersantai Di Kapal Itu, Telah Ditemui Oleh Pasukan Mencari Di Lautan Atlantik Selepas Titanic Karam Pada 19 ...
Kerusi Lipat Titanic Dilelong Lebih Setengah Juta Ringgit



SEBUAH kerusi lipat diperbuat daripada kayu yang ditemui dari bangkai kapal Titanic dijual pada £100,350 (RM543,836.73) dalam satu majlis lelongan.

Portal Daily Mail melaporkan bahawa kerusi berkenaan untuk kemudahan penumpang kelas pertama bersantai di kapal itu, telah ditemui oleh pasukan mencari di Lautan Atlantik selepas Titanic karam pada 1912.

Bergelar sebagai 'salah satu jenis koleksi Titanic yang paling jarang ditemui', ia pada mulanya adalah kerusi yang rapuh untuk diduduki tetapi telah dipelihara dengan baik.

Sebelum ini, kerusi tersebut dimiliki oleh seorang pengumpul warga British selama 15 tahun.

Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati dengan berukuran 57 inci panjang, 23 inci lebar dan 35 inci tinggi.


Kapal Titanic yang karam pada 1912.

Ia mempunyai lambang bintang dengan lima bucu yang merupakan logo White Star Line, syarikat yang memiliki kapal Titanic.

Andrew Aldridge, seorang pelelong bagi syarikat Henry Aldridge and Son menyifatkan kerusi itu merupakan salah satu bahan penting bagi memperingati Titanic.

Beliau berkata: "Adalah sukar untuk mencari sesuatu bersaiz itu di dalam Titanic, yang telah diselamatkan dan masih wujud sehingga ke hari ini."

Titanic karam pada pukul 10.20 malam apda 14 April 1912, mengakibatkan kehilangan 1,522 nyawa. - DAILY MAIL

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 19-4-2015 02:33 PM
Sape la yg nk bw mia detim nek kapal tetenik cenggini..kompom cair miabebe nnt
Quote lavameriah 19-4-2015 02:41 PM
wa bukan apa

ada kerusi tu pun tk guna

bukan boleh bawak ong

lainla dia kerusi dari kayu raja
Quote ellejo 19-4-2015 03:01 PM
dalam cite Titanic rose buang kalung juta2 tu.

xjumpakah?
Quote chinta89 19-4-2015 03:17 PM
still boleh elok ke lps terendam berapa lama??
Quote zuri154 19-4-2015 03:23 PM
eiiii nanti ada hantu saka jack dawson
Quote mattzzx 19-4-2015 04:16 PM
miabebe replied at 19-4-2015 02:33 PM
Sape la yg nk bw mia detim nek kapal tetenik cenggini..kompom cair miabebe nnt

Nanti u jump i jumpa.............

Quote mulutcomel 19-4-2015 04:28 PM
nasib baik depa tak jumpa serpihan papan yang rose dan jack bersembang sebelum jack tengelam tu.. kalau jumpa berapa billion gamaknya
Quote Artemesiaa 19-4-2015 05:04 PM
Wah menarik masih elok terpelihara nampaknya
Quote sgbuloh 19-4-2015 05:04 PM
ellejo replied at 19-4-2015 03:01 PM
dalam cite Titanic rose buang kalung juta2 tu.

xjumpakah?

tu dalam filem je.
Quote miabebe 19-4-2015 05:21 PM
mattzzx replied at 19-4-2015 04:16 PM
Nanti u jump i jumpa.............

Tamo2 u jump sesorg i xreti swimming ehek..huhuhu
Quote mattzzx 19-4-2015 05:25 PM
miabebe replied at 19-4-2015 05:21 PM
Tamo2 u jump sesorg i xreti swimming ehek..huhuhu

matt tolong selamatkan mia ...........
mia jangan susah hati.......

Quote miabebe 19-4-2015 05:43 PM
mattzzx replied at 19-4-2015 05:25 PM
matt tolong selamatkan mia ...........
mia jangan susah hati.......

Yela tu...skrg ye2 ckp nk slamat kan laki...bese la...huhuhu
Quote mattzzx 19-4-2015 05:45 PM
miabebe replied at 19-4-2015 05:43 PM
Yela tu...skrg ye2 ckp nk slamat kan laki...bese la...huhuhu

mia tak caya????

Quote spenderterselit 19-4-2015 07:01 PM
Asal cite titanic jadi cite cinta sejati ni

@miabebe

Coiiii
Quote tumpanglalu74 19-4-2015 07:06 PM


Ape beze dengan yang jual online pon?
Quote miabebe 19-4-2015 08:28 PM
spenderterselit replied at 19-4-2015 07:01 PM
Asal cite titanic jadi cite cinta sejati ni

@miabebe

Ate teman nk wat cmne...dah matt tu mengeko je teman yg miang neh..bhahahahaha...

Ya ampun tt n momod..hihihi
Quote ultra78 19-4-2015 08:34 PM
chinta89 replied at 19-4-2015 03:17 PM
still boleh elok ke lps terendam berapa lama??

Berita tu cerita sekerat aje. Sebenarnya kerusi tu ditemui terapung oleh crew yg datang untuk mengumpul mayat yang terapung lebih 100 tahun lepas.
Quote abangbikerz 19-4-2015 09:38 PM
miabebe replied at 19-4-2015 02:33 PM
Sape la yg nk bw mia detim nek kapal tetenik cenggini..kompom cair miabebe nnt

I boleh. Jom le
Quote abangbikerz 19-4-2015 09:39 PM
tumpanglalu74 replied at 19-4-2015 07:06 PM
Ape beze dengan yang jual online pon?

Nostalgic         

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top