CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Volkswagen & Uber Berkolaborasi Tawar Pakej Istimewa Untuk Miliki Polo

23-4-2015 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3936| Komen: 0

Description: Volkswagen Polo 1.6 Dan Polo Sedan Memiliki Tiga Ciri Utama Yang Sama: Empat Tingkap Kuasa Automatik Dengan Fungsi Anti-Tersepit, Transmisi Automatik Enam Kelajuan Dan Sistem Intelligent Crash Respons ...
Volkswagen & Uber Berkolaborasi Tawar Pakej Istimewa Untuk Miliki Polo



Volkswagen Malaysia kini bekerjasama dengan pihak Uber untuk memberi peluang kepada Rakan-rakan Uber sedia ada menaik taraf kenderaan mereka menerusi satu pakej istimewa yang boleh didapati mulai sekarang hingga 30 April depan.


Rakan-rakan Uber boleh membeli Polo 1.6 dan Polo Sedan pada kadar faedah kosong peratus serta tanpa bayaran permulaan. Bayaran bulanan pula bermula RM999 untuk tempoh sembilan tahun menerusi kempen ‘Polo Goes Zero’ Volkswagen.


Selain daripada harga istimewa ini, kolaborasi itu juga membolehkan Rakan-rakan Uber menerima diskaun sebanyak RM200 untuk kos penyelenggaraan berkala pertama mereka dan cukai jalan percuma (bernilai RM90).


Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan memiliki tiga ciri utama yang sama: empat tingkap kuasa automatik dengan fungsi anti-tersepit, transmisi automatik enam kelajuan dan sistem Intelligent Crash Response System (ICRS) yang akan membuka kunci semua pintu secara automatik, mematikan kuasa pam bahan api dan menyalakan lampu kecemasan sebaik sahaja beg udara dikeluarkan atau ketika peregang tali pinggang keledar diaktifkan. 


Kedua-dua model Polo ini didatangkan dalam lima warna berbeza iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.


Polo 1.6 dan Polo Sedan ditawarkan pada harga RM89,888 dan RM91,888 seunit.


Untuk layak menyertai promosi ini, Rakan-rakan Uber perlu menyediakan Penyata Uber terkini mereka bagi tujuan pengesahan. Anda juga boleh melayari laman web partners.uber.com untuk mendaftar sebagai rakan Uber dengan kod promosi “ubervwpolo”.

sumber:www.infokereta.com

3

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062700 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top