CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tidak mendapat Bayaran, Ezany Buat Laporan Polis!

18-6-2013 09:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14532| Komen: 78

Description: KUALA LUMPUR: Pelakon Ezany Nazarif berserta 5 krew produksi nekad membuat laporan polis ke atas pihak syarikat produksi NR Network beserta produsernya, Encik Andi selepas 4 bulan tidak menerima apa-a ...
Isu Bayaran Dari NR Network: Ezany, 6 Krew Buat Polis Report!



KUALA LUMPUR: Pelakon Ezany Nazarif berserta 5 krew produksi nekad membuat laporan polis ke atas pihak syarikat produksi NR Network beserta produsernya, Encik Andi selepas 4 bulan tidak menerima apa-apa bayaran ke atas penat lelah mereka menghasilkan siri 12 episod Titian 2 untuk drama RTM.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Bandar Kinrara Seksyen , sebentar tadi.

Menurut Ezany, mengikut perjanjian, mereka sepatutnya menerima bayaran sejurus selepas berakhirnya penggambaran drama bersiri itu pada 17 Februari 2013 yang lalu. Tapi sehingga ke saat ini, bayaran mereka masih belum diterima lagi.
        
"Sebenarnya, bukan kita tidak cuba berhubung dengan mereka untuk mendapatkan duit bayaran kami dengan cara yang elok. Malah, kami sedia lagi untuk berbincang. Seandainya, NR Network memang tidak punya duit untuk bayar duit kami semua, kami sedia untuk menerima duit tersebut secara ansuran.
        
"Pendek kata kami bersikap terbuka dalam hal ini dan cuba mebantu untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi kebajikan kedua-dua pihak. Malangnya, usaha dan tindakan kami itu tidak layan. Senang cakap, mereka buat tak tahu serta tidak mahu ambil apa-apa tindakan untuk membayar duit kami itu," katanya kepada murai.com.my.
        
Kata Ezany lagi, lebih menyedihkan lagi mereka cuba untuk berhubungan dengan Profimaiaitu Persatuan Pekerja Pekerja Profesional Filem Malaysia untuk mendapatkan bantuan bagi menangani kes ini kerana yang memang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja filem khususnya krew produksi.
        
"Tapi, pihak Profima pula langsung tidak ambil apa-apa tindakan. Saya kasihan juga pada rakan-rakan krew produksi ini dan mereka sudah saya anggap seperti kawan-kawan.
        
"Bayangkanlah yang kena bukan kami saja tapi ada ramai lagi. Malah, kalau hendak dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 10  krew produksi yang juga tidak mendapat bayaran daripada syarikat produksi ini.
        
"Tapi yang datang buat laporan bersama dengan saya hanya 6 orang saja. Yang lainnya tidak dapat datang sebab mereka ada komitmen dan kerja lain.
        
"Tapi, saya kasitau mereka, untuk selesaikan masalah ini, kita perlu bersatu dan kita perlu buat laporan polis," katanya.
        
Jelas Ezany lagi, yang membuatkan dia lebih terdesak untuk membuat laporan polis adalah apabila dia mendapat tahu bahawa ada salah seorang krew yang sudah pun tidur bersama pengarah drama bersiri itu, Rahim Awang, malah dia dibayar.
        
"Satu kes lagi melibatkan pelakon tambahan yang mana dia telah dicabul oleh si pengarah yang sama, sampaikan si pelakon tambahan itu lari ketakutan hingga masuk ke van krew.
        
"Saya dapat tahu perkara ini pun selepas diberitahu oleh pihak krew dan tak sangka perkara-perkara sebegini boleh berlaku di dalam syarikat produksi ini. Lebih-lebih lagi, bia ianya dilakukan oleh seorang Timbalan Presiden FDAM seperti Rahim Awang,.
        
"Bila timbul isu macam kes cabul, kes seks begini, saya rasa kalau mana-mana persatuan tidak boleh handle mengenai isu begini, lebih baik mereka letak jawatan saja dan kasi orang yang lebih layak memegang tampuk jawatan tersebut.
        
"Sebab bila pengarah atau produser yang pegang sesuatu jawatan dalam persatuan dan punya kepentingan tertentu, akan timbullah kes-kes sebegini," katanya.
        
Sambung Ezany, pihaknya kini memberi masa selama 3 hari kepada pihak NR Network untuk selesaikan permasalahan ini.
        
"Seandainya tiada apa-apa yang dilakukan dalam tempoh 3 hari ini, pihak kami tidak punya cara yang lain melainkan berjumpa dengan pihak RTM dan meminta supaya stesen televisyen itu bekukan bayaran terhadap NR Network supaya duit itu boleh digunakan untuk membayar duit kami.
        
"Malah, kami juga mahu berjumpa dengan pihak Finas meminta supaya dibayaran Finas untuk menggantung lesen mereka. Lagipun, baru saya dapat tahu bahawa NR Network ni memang banyak problem, tapi inilah kali pertama saya bekerja dengan mereka.
        
"Kalau dengan Rahim Awang pula sudah dua kali. Tapi, dalam produksi yang pertama dulu, dramanya telah direject oleh pihak RTM," katanya.

Titian 2 mula menjalani penggambaran pada Januari lalu sehingga 17 Februari lalu. Kesemua 13 episod untuk siri drama itu telah pun berakhir dan ianya telah menjalani penggambaran di sekitar Negeri Sembilan.
        
Dalam perkembangan lain, Ezany Nazarif memberitahu bahawa, mangsa yang dicabuli Rahim Awang itu bakal membuat laporan polis, lewat petang ini.
        
"Sebenarnya, dia pun sudah fed-up dengan perkara dan sudah tidak hati untuk menceburi bidang seni lagi. Tapi, dia akan buat laporan polis juga," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 18-6-2013 01:52 AM
Duit tak dapat.. makan belacan la komer
Quote anis01 18-6-2013 02:09 AM
bagus
amek tindakan biar penipu macam 2 kena hukuman
Quote cmf_blingblings 18-6-2013 02:12 AM
melampau sesetengah producer ni, lain kali kau pulak jd producer Ezany oi, make sure modal cukup utk bayar upah orang.
Quote munchkin 18-6-2013 05:16 AM
kasihan mereka
Quote mea 18-6-2013 07:29 AM
sian deolss....bagusla buat repot polis....baru tau langit tu tinggi rendah...
Quote mea 18-6-2013 07:33 AM
ezany.jpg

-HIP today-

Quote PITTSBURGH 18-6-2013 07:35 AM
siyannye.ada ke dia duit belanja nak beli beras utk mkn mlm ni nnti ye..
Quote noraidil_06 18-6-2013 07:52 AM
is he talking about ARA? Abdul Rahim Awang? my fav author
Quote bluecrystal 18-6-2013 08:16 AM
baru google abdul rahim awang tu..NP fdam rupenye...baru je baca artikel dia pasal nak selesaikan kes orang lain cabul akhir taun 2012..sekarang nama dia pulak naik..huhu
Quote go_kart 18-6-2013 08:17 AM
Ezany ni kaya kan
Quote harisbee 18-6-2013 08:40 AM
ni rahim awang penulis novel tu...choi sgt...gersang kot
Quote biozipstar 18-6-2013 09:19 AM


gambar deme.. ARA - Abdul rahim awang
Quote DAYANG07 18-6-2013 09:25 AM
betul ke abdul rahim awang penulis novel tu?
aku suka sangat baca novel dia
so sadlah
Quote sokmogitu 18-6-2013 09:33 AM
untungla umur 39 tp nampak cam 29
Quote tomet05 18-6-2013 09:49 AM
semoga berjaya lah dik belacan
Quote moyas 18-6-2013 09:50 AM
Da kurang nmpak wajahnya kt tv
Quote bukanomi 18-6-2013 11:13 AM
Ferr_Remy: Duit tak dapat.. makan belacan la komer


kesian...tak baik tau. tapi setuju sebenarnya......
Quote missymia 18-6-2013 11:32 AM
Tengok muka rahim awang tu pun x lalu...macamana la bleh mengeseks dengan dia..
Quote R.A.M.A_mirror 18-6-2013 12:11 PM
speechless.. LOL..

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066270 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top