CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Layan Peminat Cilik Minta Autograph Di Kedai Makan, Siap Bagi Duit Raya – ‘Nanti Dah Berjaya, Bawa Benda Ini Datang Jumpa Aku’

19-4-2024 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8735| Komen: 3

Description: Di TikTok, pelawak dan usahawan Shuib memuat naik video dirinya melayan beberapa orang peminat cilik di sebuah gerai makan.


Di TikTok, pelawak dan usahawan Shuib memuat naik video dirinya melayan beberapa orang peminat cilik di sebuah gerai makan.

Menerusi video yang dimuat naik, Shuib yang berada di gerai tersebut dilihat beramah mesra dengan memberikan ‘autograph’ kepada beberapa orang pelajar yang masih di bangku sekolah menengah itu.


Apa yang menarik, Shuib turut menulis kata-kata hikmah dan doa di atas buku tulis salah seorang pelajar dan meminta agar pelajar berkenaan untuk berjumpa dengannya apabila berjaya satu hari nanti.

"Kau ingat sampai bila-bila tau, aku tulis tarikh dan masa aku sain autograph atas buku kau ini."


"Dan ini pun aku ada tulis doa aku untuk kau supaya menjadi orang yang hebat."

"Satu hari nanti bila kau dah jadi orang yang berjaya, tolong bawa buku ini datang jumpa aku balik, boleh?"

Shuib kemudiannya memberikan sampul berisi duit raya kepada semua pelajar tersebut sebelum beredar dari gerai makan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran dimuat naik Shuib itu telah meraih lebih 760,000 tontonan dan lebih 47,000 tanda suka.


Sumber: TikTok Shuib/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 19-4-2024 07:07 PM
Terbaik shuib.terus ajalah buat baik walau ko selalu dikecam..abaikan aja kata2 org
Quote ninajaybee 19-4-2024 07:19 PM
Yang ni cakap kasar aku kau dengan bebudak para pentaksub pee ass taknak hencap?
Quote EncikRhoma 20-4-2024 06:59 PM
Ingatkan budak2 tu yg upload di media sosial

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039803 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top