CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta BMW anak timbalan menteri rempuh sekatan polis

19-4-2024 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11185| Komen: 2

Description: BANGKOK – Anggota-anggota polis di daerah Chatuchak, Bangkok mengejar sebuah kereta milik anak seorang timbalan menteri yang dipandu laju malam semalam, lapor portal berita Thaiger.



BANGKOK – Anggota-anggota polis di daerah Chatuchak, Bangkok mengejar sebuah kereta milik anak seorang timbalan menteri yang dipandu laju malam semalam, lapor portal berita Thaiger.

Lelaki berusia 46 tahun itu memandu kereta sport BMW tetapi kenderaan tersebut merempuh penghadang polis yang sedang melakukan pemeriksaan di sebatang jalan raya.

Anggota-anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan terhadap dirinya dan mendapati terdapat 183 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah sekali gus melebihi had undang-undang yang dibenarkan.

Menghadapi tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu berada dalam tahanan di balai polis Pracha Chuen.

Walaupun tingkah lakunya yang dilaporkan tidak bekerjasama dengan polis, dia berjaya mendapatkan pembebasan dengan membayar wang jaminan sebanyak 20,000 baht (RM2,595). 

Pemandu itu bagaimanapun akhirnya dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda 8,000 baht (RM1,038) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pejabat Peguam Negara  hari ini. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-4-2024 11:12 PM
Aku memati la ingat budak belia rumajah.
Yelah kan, nama pun ANAK timbalan munteri. Sekali je, ha engkauuu. Dah 46 tahun. Dan berkerituk uban dekat buls jembs.
Quote I.K.A888990 19-4-2024 11:18 PM
ingatkan dlm negara haha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.209869 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top