CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komet ‘syaitan’ bertanduk boleh dilihat di Australia

22-4-2024 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3954| Komen: 5

Description: SYDNEY – Komet ‘syaitan’ berwarna hijau dan ‘bertanduk’ kini dapat dilihat di langit Australia dan menawarkan peluang sekali seumur hidup untuk melihatnya, lapor portal berita The Guardian.


SYDNEY – Komet ‘syaitan’ berwarna hijau dan ‘bertanduk’ kini dapat dilihat di langit Australia dan menawarkan peluang sekali seumur hidup untuk melihatnya, lapor portal berita The Guardian.

Seorang ahli astrofizik Universiti Nasional Australia, Brad Tucker berkata, walaupun komet itu boleh dilihat secara teknikal, ia sukar untuk dikesan, namun penampakannya akan menjadi lebih jelas pada minggu depan.

“Ia benar-benar rendah di langit tetapi berada betul-betul di sebelah Musytari,” katanya.

Nama sebenar komet itu ialah 12P/Pons-Brooks tetapi mendapat gelaran komet ‘syaitan’ kerana letusan dari nukleusnya menyebabkan ia seolah-olah mempunyai dua tanduk.

Komet yang mempunyai diameter 34 kilometer itu melintasi Bumi sekali bagi setiap 71 tahun.

Menurut Tucker, tarikh terbaik untuk melihat komet itu adalah pada hari Khamis, 25 April ini.


“Komet itu masih cerah dan ia sedikit lebih tinggi. Jadi, 25 April sehingga ke hujung minggu depan (komet itu akan kelihatan cerah),” katanya. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 22-4-2024 08:30 AM
Edited by Dwdrum at 21-4-2024 05:10 PM

Begini orang dahulu mula kan superstition...
Quote airmineral 22-4-2024 09:01 AM
mcmn tanduk setan tu?
Quote dio5774 22-4-2024 11:10 AM
tanda2 kiamat dah dekat bintang berekor akan muncul selama 3 hari
Quote Farnor 22-4-2024 11:56 AM
dio5774 replied at 22-4-2024 11:10 AM
tanda2 kiamat dah dekat bintang berekor akan muncul selama 3 hari

Tanda-tanda besar kan..
Quote bbalik 22-4-2024 11:57 AM
xde bideo ke

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038609 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top