CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki tangkap aligator dengan tangan kosong

23-4-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13355| Komen: 10

Description: WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu, la ...


WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Fox News semalam.

Mike Dragich, hanya menggunakan tangan kosong apabila dia menentang reptilia sepanjang 2.43 meter itu selain hanya berkaki ayam.

Beliau merupakan ahli sukan seni bela diri campuran yang juga dikenali sebagai @bluecollar_brawler di media sosial.

Dragich dikenali ramai pada Jun tahun lalu apabila dia menangkap seekor lagi aligator yang ditemui di tempat letak kereta berhampiran sebuah sekolah rendah di Jacksonville.

Beliau berkata, kejadian baru-baru ini merupakan antara tangkapan haiwan liar seterusnya yang berjaya dilakukan.

“Ia (aligator) berlari ke arah polis dan sekumpulan orang. Semua orang menjerit,” kata Dragich ketika menggambarkan kejadian itu.


Lelaki itu dilaporkan memiiki lesen menangkap haiwan tersebut. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-4-2024 11:30 PM
Sebab tu diorg boleh meneroka seluruh dunia.
Quote dani-rox 23-4-2024 11:39 PM
Florida Man

kat sana rasanya ada kes buaya naik ke atas jalan raya dan makan gelandangan pompuan hidup2.
Quote FOTHER-MUCKER 24-4-2024 12:12 AM
Jika di Malaysia guna bomoh untuk tangkap binatang seperti ini
Quote Itzy 24-4-2024 12:22 AM
B40tastePosh: Sebab tu diorg boleh meneroka  ...

Bangsa arab yang pertama meneroka seluruh dunia. Tanpa ilmuan2 islam yang hebat dan rajin, semua manusia zaman sekarang dok tinggal atas pokok lagi hahhahahahh
Quote kaedahnya 24-4-2024 12:23 AM
florida man ni subculture amarika la kira noh
Quote sayurmayur88 24-4-2024 07:23 AM
Florida tuh..
Quote Simunggu 24-4-2024 09:20 AM
kalau berani tangkap bujang senang di borneo dgn tangan kosong
Quote I.K.A888990 24-4-2024 10:00 AM
tak dpt bayangkan la kalau aligator tu berlari kat org
mmg tang tu jgk putus nafas haha
Quote Decaffeinated 24-4-2024 03:26 PM
Hadoilah TT, tangan kosong tu bila ko pergi majlis tak bawa sumbangan atau balik dari cabutan bertuah tak dapat hadiah.

Kalau guna bare hands, melayu cakap guna tangan ja.
Quote clueless_gamer 26-4-2024 03:15 AM
dah macam kendong golden retriever je kekdahnya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043477 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top