CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Datuk Red

24-4-2024 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10586| Komen: 41

Description: Penyanyi Adira Suhaimi dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pagi ini.

Penyanyi Adira Suhaimi dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan penyanyi itu ketika ditemui media di perkarangan mahkamah di mana lafaz cerai itu dilakukan Datuk Red di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi.

Adira yang ditemui kelihatan tenang manakala bekas suaminya itu sedikit sugul dan sayu.

Dia dalam pada itu turut  memaklumkan bahawa telah bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.


Adira sebelum ini telah memfailkan cerai terhadap usahawan itu pada 25 Oktober 2023.

Pelantun lagu Ku Ada Kamu itu telah bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 24-4-2024 11:51 AM
takpe la dato, lagi pun jijan seman dah jumpa kan hari tu
Quote Whitney72 24-4-2024 12:03 PM
Bila dh kaya balik...mntak rujuk lar ya
Quote HoneyManjer 24-4-2024 12:11 PM
adira rasa seksa sangat da gamak n rasa tak bahagia tak happy...maka teruskan!
Quote Binodino 24-4-2024 12:21 PM
Takziah. Harap adira jaga batas sepanjang dalam tempoh iddah
Quote vanillaninja 24-4-2024 12:28 PM
Baru perasan thread ni. Cerai jugak ye. Takziah.
Quote laksmanabentan 24-4-2024 12:52 PM
honam replied at 24-4-2024 11:51 AM
takpe la dato, lagi pun jijan seman dah jumpa kan hari tu

jijan seman mesti lepas nih
buat buku bangkit dari muflis gitu....
Quote kucingitam 24-4-2024 01:10 PM
mahkamah ni blkg rumah drg je ke..tgk tok red rileks2 santai je naik motor gitu xde helmet pun..
Quote Belibis 24-4-2024 01:47 PM
kucingitam: mahkamah ni blkg rumah drg je  ...

Dia kan tengah ' susahhhh' kena la gaya dengan muto tanpa helmet.barula meyakinkan.
Quote beatgirlX 24-4-2024 01:49 PM
Semoga memasing move on dgn aman
Quote kucingitam 24-4-2024 01:52 PM
Belibis replied at 24-4-2024 01:47 PM
Dia kan tengah ' susahhhh' kena la gaya dengan muto tanpa helmet.barula meyakinkan.

hahaha takdela..santai bebenor macam nak gi kedai aceh je gayanya..
Quote babynina30 24-4-2024 01:53 PM
Mgu lepas igt mcm dh baik
Aman2 salam b4 she gi umrah 5hari 4mlm
Quote dua_chzy 24-4-2024 01:54 PM
Tu la korang kutuk2 dia, keji dia konon nanti tambah anak lagik - tengok dah betul2 cerai sekarang. So korang happy for her ka hapa ni?
Quote ninnamina 24-4-2024 04:44 PM
dekat kedai emas sekarang ni famous cincin adira
Quote justchu 24-4-2024 05:16 PM
dua_chzy replied at 24-4-2024 01:54 PM
Tu la korang kutuk2 dia, keji dia konon nanti tambah anak lagik - tengok dah betul2 cerai sekarang.  ...

yg mintak serai tu pun dia
yg menambah anak tu pun dia sis


yg org kutul tu dlm pada nk berserai nekad katanya
sempat beromen menambah anak
lepas tu mintak serai lg walhal berderet dah anaknya
kalo tak menambah, at least time btl2 serai takde la ramai nau anak jadi mangsa serai
Quote Aribaariba 24-4-2024 05:56 PM
Patut adira kena masukkan dlm clause, sekiranya diketahui tok red dah bebas dr muflis ataupun tok red mampu berbelanja mewah utk diri sendiri, secara auto dia kena sambung bayar nafkah.klu camni hip hip hooray la tok red sampai bila2 lepas bebas dr menanggung nafkah
Quote Lolalala 24-4-2024 06:17 PM
Aribaariba: Patut adira kena masukkan dlm  ...



Rasa nafkah utk dia je kot. Utk anak² tu faham² sendiri lah. Tak bagi dosa
Quote kalchi 24-4-2024 06:23 PM
Kt fb n tiktok ramai sgt suh drg bebaik. Mcm la org2 ni duduk sama kelambu dgn Reds ni. Tak bekenan aku si miang ni dari dlu
Quote makcun14 24-4-2024 07:11 PM
jangan ko u turn balik dalam edah
Quote Honey_Inara 24-4-2024 07:15 PM
Selamat mencari bahagia Adira. Mesti lega kan dapat lepas daripada cengkaman seorang lelaki.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.126588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top