CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPJ ‘tangkap’ pemandu bas main TikTok

24-4-2024 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5842| Komen: 3

Description: ALOR SETAR – Penyamaran penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang bas ekspres berjaya mengesan perbuatan pemandu kenderaan itu menggunakan telefon pintar termasuk melayari TikT ...

ALOR SETAR – Penyamaran penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang bas ekspres berjaya mengesan perbuatan pemandu kenderaan itu menggunakan telefon pintar termasuk melayari TikTok ketika memandu, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, ketiga-tiga pemandu terbabit dikesan berbuat demikian ketika dalam perjalanan dari Terminal Bas Shahab Perdana, di sini ke destinasi masing-masing iaitu ke Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur.

“Hasil penyamaran penguat kuasa pada Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri berjaya mengesan kesalahan menggunakan telefon bimbit oleh ketiga-tiga pemandu bas ekspres terbabit.

“Dua daripada mereka melayari live di TikTok, manakala seorang lagi membuat panggilan video hampir sepanjang perjalanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, seorang pemandu berusia 52 tahun dan dua lagi berusia 54 tahun dikenakan saman sebanyak RM150 seorang atas kesalahan menggunakan alat komunikasi semasa memandu di bawah Kaedah 17A(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta berbual tanpa sebab munasabah mengikut Kaedah 17(a) PSV 1959.


Shahrul Azhar berkata, sebelum ini pihaknya mengadakan pertemuan dengan operator dan pemandu bas dengan menekankan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan penumpang.


“Namun begitu, kita dapati masih ada pemandu yang tidak mematuhi peraturan dengan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sekali gus merisikokan keselamatan penumpang.

“Hilang tumpuan walaupun dua atau tiga saat, ia boleh mengakibatkan kemalangan termasuk menyebabkan kematian, walau bagaimanapun sepanjang operasi khas itu tiada kes kemalangan melibatkan pengangkutan awam berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya memeriksa sebanyak 54,821 kenderaan sepanjang operasi khas Sempena Aidilfitri dari 1 hingga 20 April lalu.

“Sepanjang tempoh itu, kita mengeluarkan sebanyak 10,151 notis saman atas pelbagai kesalahan dengan 432 kenderaan disita,” katanya.

Tambahnya, empat kes pemandu bas turut dikesan positif dadah menerusi ujian urin oleh Agensi Antidadah Kebangsaan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 25-4-2024 04:30 AM
Woih seramnya dpt driver mcm ni. Apa yg penting sgt menengok tiktok ni. Ketagih habis dah ni
Quote B40tastePosh 25-4-2024 11:57 AM
Bila BBNU TikTok masuk alam pekerjaan
Quote Cyempaka 25-4-2024 12:04 PM
B40tastePosh replied at 25-4-2024 11:57 AM
Bila BBNU TikTok masuk alam pekerjaan

bbnu apa 54 dgn 52thn
pakcik2 gatal nak mengayat janda gedik tiktok agaknya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top