CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Australia gelar Elon Musk ‘bilionair sombong’

24-4-2024 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6929| Komen: 3

Description: CANBERRA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggelar Elon Musk sebagai ‘bilionair sombong’ kerana menolak gesaan kerajaan negara itu untuk menghapuskan video berkaitan satu serangan di ...

CANBERRA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggelar Elon Musk sebagai ‘bilionair sombong’ kerana menolak gesaan kerajaan negara itu untuk menghapuskan video berkaitan satu serangan di gereja, di platform X,.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, mahkamah Australia pada kelmarin telah mengarahkan X untuk menyembunyikan beberapa hantaran mengenai kejadian tikaman seorang paderi di Sydney pada minggu lalu. 

“Dia (Musk) berasa dia lebih berkuasa berbanding undang-undang, dia juga bersikap keterlaluan,” kata Albanese kepada ABC News.

Minggu lalu, Suruhanjaya e-Keselamatan Australia mengancam X serta laman media sosial lain dengan denda yang tinggi jika ia tidak menyekat video tikaman dalam insiden tersebut.

X berkata, ia sudah menyekat kandungan untuk pengguna di Australia.

Namun, platform itu tidak akan menyekat siaran untuk pengguna di luar negara dengan alasan kerajaan Australia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kandungan yang boleh dilihat penggunanya secara global. 


Suruhanjaya e-Keselamatan Australia merayu injuksi mahkamah selepas Musk mengatakan bahawa tindakan X jelas membenarkan pengguna di luar Australia mendapat akses menonton rakaman berkenaan.

“Saya berasa tercabar selepas X memilih untuk tidak mematuhi (arahan) dan cuba berhujah dalam kes mereka,” kata Albanese dalam sebuah taklimat. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-4-2024 04:16 PM
Sombong bila ada kuasa.


Quote sayurmayur88 26-4-2024 08:32 AM
sebab dia orang paling kaya atas dunia kot.
ramai tunduk ke kita klu kita ada duit dan auto, kuasa..
Quote Dwdrum 26-4-2024 08:42 AM
Kenapa perlu pilih kaseh?... Oz gomen boleh pilih banned those videos negara sendiri... If person yang committed crime ada mental issue or issue lain... masing masing boleh buat narratives sendiri

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.041055 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top