CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis cari lelaki tular maki, ugut jurutol

24-4-2024 09:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9218| Komen: 13

Description: KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki warga emas yang bertindak memaki hamun dan mengugut jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, Ahad lalu.


KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki warga emas yang bertindak memaki hamun dan mengugut jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun berhubung kejadian pukul 11.15 malam itu.

“Kejadian berlaku apabila suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic tidak dapat melepasi palang tol memandangkan baki Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi.

“Lelaki itu marah kemudian diberitahu mangsa untuk buat bayar ikut secara debit, kemudian berlaku seperti diviralkan,” katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya mengenal pasti lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mana pemilik kenderaaan Honda Civic tersebut.

“Pemeriksaan terhadap pemilik kenderaan didapati sama dengan identiti suspek yang dikenal pasti.

“Kita akan tangkap dan kesan suspek menggunakan pasukan operasi,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki bertindak memaki-hamun jurutol gara-gara tersekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai TnG.

Menerusi video berkenaan, pemandu tersebut memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau TnG sahaja.

Akibat terlalu lama pemandu berhenti di lorong plaza tol, jurutol tersebut kemudian menerima wang tunai sebelum dimarahi lelaki tersebut.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 25-4-2024 04:27 AM
Dah tua bodoh.

Mesti kerja government ni tak tahu guna pembayaran elektronik dan tak tahu guna komputer.
Quote shernazz 25-4-2024 08:17 AM
B40tastePosh replied at 25-4-2024 04:27 AM
Dah tua bodoh.

Mesti kerja government ni tak tahu guna pembayaran elektronik dan tak tahu guna komp ...

Alah
Dia takde duit sebenonye
Kad bank pung tinggal rm10.06 je gamaknya
Tu yang maki jurutol tu
Quote cantthinkofany 25-4-2024 08:26 AM
biasa la warga emas...andropause...adrenalin cepat nau mencanak naik...

tapi apa pun....bg my personal view, mmg tak patut pun implement 100% electronic system ni...bkn semua orang pandai nak guna....especially baby boomers yg seumur hidup guna cash and suddenly you expect them to know QR code, easypay, ewallet....whattt????

mcm kes makcik jual kuih kat bazar ramadhon...disebabkan tak de QR code facility, kueh dia tak de orang beli coz mostly Gen C yg datang only can pay with ewallet or electronic payment....
Quote B40tastePosh 25-4-2024 08:39 AM
cantthinkofany replied at 25-4-2024 08:26 AM
biasa la warga emas...andropause...adrenalin cepat nau mencanak naik...

tapi apa pun....bg my perso ...

Muka macam baru bangkit dari kuburan. Excited temgok dunia.
Quote BoongaKertas 25-4-2024 08:46 AM
mangkok sgguh perangai pakcik Honda ni. x padan dah jadi warga emas yg dpt diskaun kalau beli tiket LRT. yih!
Quote ketambangkang 25-4-2024 09:09 AM
x sabar nak tgk muka kena gari pakai face mask
Quote otai_g 25-4-2024 09:11 AM
Identiti Masih rahsia. Siapakah org tua tersebut? Bapak sapa tu? Baik mengaku cpt
Quote KamikuP 25-4-2024 09:14 AM
Knp yg pakai H ni perangai hauk2 belaka ? ekekekeke
Quote prettyuglybabe 25-4-2024 10:15 AM
cantthinkofany replied at 25-4-2024 08:26 AM
biasa la warga emas...andropause...adrenalin cepat nau mencanak naik...

tapi apa pun....bg my perso ...

boomers ni ikutkan dari dulu dorang pandai guna electronic..
dorang golongan terawal swipe cc yach..
ni pulak mampu pakai h..
koman koman mesti ada cc berderet..
boleh je masuk lorong yang ada debit..
so anak-anak tu, reti-reti la tengok mak bapak korang..
tak pun pasang je rfid link ke akaun korang..
sekali dengan kad tng so boleh monitor kalau tng tak cukup baki..
biar mudah mak bapak nak berjalan sana sini..

Quote cantthinkofany 25-4-2024 10:49 AM
prettyuglybabe replied at 25-4-2024 10:15 AM
boomers ni ikutkan dari dulu dorang pandai guna electronic..
dorang golongan terawal swipe cc yach ...

bull's eye....anak2...tolong la monitor mak bapak....
Quote opie5662 25-4-2024 11:28 AM
cantthinkofany: biasa la warga emas...andropau ...


Tng tu dh lama kita pakai. Top up je la kt petrol pam. Mak aku umo 70 pon sentiasa pastikan tng dia ada dlm ic in case la tibe2 nk pki. Tng ni bkn br setahun 2 mcm rfid tu
Quote epullipan 25-4-2024 11:30 AM
huhu siap sedia pakcik kene gempur pak polisi lepas ni
Quote cikatilia 25-4-2024 12:33 PM
kalau lalu dash tu almost hari hari ada aje kereta yg BAKI TIDAK MENCUKUP ni..
dah la berjela2 kereta utk semua lane tiba2 dia punya balance x cukup 20 30 seng...
dah yg belakang kena gerak2 reverse pelan2 nak gi lane line.. kalau time tu staff dia beridri tunggu kat tepi mesin tng tuh.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044872 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top