CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Baju pun tidak terlipat, jangan ganggu laki aku' - Tom beri amaran kepada Sarah Yasmine

25-4-2024 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4606| Komen: 32

Description: PENYANYI Tom mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan suaminya, Fuad Rahman pernah diganggu oleh wanita yang juga kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sejak tahun 2022.

PENYANYI Tom mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan suaminya, Fuad Rahman pernah diganggu oleh wanita yang juga kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sejak tahun 2022.

Dalam pendedahan tersebut, penyanyi Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram,37, memuat naik sebuah video memaparkan tangkap layar mesej dan panggilan telefon Sarah terhadap Fuad.

“Alamak, kenapa pula Sarah mesej lelaki aku?

“ Fuad beritahu saya, dia dapat mesej daripada Sarah, kemudian dapat panggilan tanpa henti.

“Sejak tahun 2022 hingga Isnin lepas dia mesej dan hubungi suami saya,” katanya dalam Instagram hari ini.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu berkata, dia dan suami enggan terlibat dalam konflik yang sedang meledak ketika ini.

Dalam masa sama, Tom juga sempat berseloroh isu membabitkan suaminya itu turut menjejaskan kehidupan sehariannya.


“Untuk Sarah, kami tak mahu masuk campur pun dan enggan terlibat dalam semua yang terjadi atau perkara yang tular,” katanya lagi.

“Baju pun tidak terlipat, kami ada lagi banyak masalah sendiri yang sakit kepala nak diuruskan. Jadi kami tidak mahu terlibat dalam isu ini atau hal-hal orang lain,” ujarnya.

Tom juga memberi amaran terhadap Sarah agar tidak menganggu kehidupan suaminya.

“Jadi untuk Sarah, tolong berhenti mesej dan hubungi suami saya.

“Ini amaran daripada saya, kami tidak mahu masuk campur okey?” tegasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Tom.

Bahkan, terdapat netizen turut menyelar pendedahan tersebut selain menuduh penyanyi itu mahu mendapatkan publisiti murahan daripada isu yang sedang meledak ketika ini.

Tom balas diam-diam sahajalah. Kalau sudah muat naik begini, seperti sudah masuk campur juga. Nak popular juga ke?

“Balas sahajalah semula untuk tidak masuk campur. Nak juga tumpang viral untuk bagitahu satu dunia,” komen netizen.

Sebelum ini, Sarah yang mendedahkan puluhan tangkap layar perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang menjadi topik hangat dalam media sosial.

Kata Sarah, dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan,wanita itu mendakwa Ruhainies telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isteri sendiri dan menjadi dalang mengatur rancangan untuk melihat Bella jatuh ‘tersungkur’.

Sumber  – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 25-4-2024 10:41 PM
Btw dalam msg tu bukannya sarah nak try laki kau pun
Quote naina 25-4-2024 10:45 PM
Bukan ke Sarah cari Fuad sebab Suh cari Aliff. Bukan nak try laki kau
Quote slyfynx 26-4-2024 01:07 AM
Laki ko busuk.
Mcm geli je sape nk try
Quote pocongkiutss 26-4-2024 02:35 AM
Hey diamlah kau betina

Kalau sarah nk menyondol laki ko pun ok je..cash la utk kau

Dulu ko menyondol laki kawan kau sendiri yg tgh bunting ..siap bersenggama depan dia..takpe pulak eh

Jgn ingt org lupa!
Quote Hoshhi 26-4-2024 10:58 AM
Fikir laki dia hot stuff ke tu
Quote j3m4h 26-4-2024 10:58 AM
DeLuna85: Btw dalam msg tu bukannya sara ...
minah ni yg delulu sgt smp insecure si sarah nk kebas laki sheol..kata kalo laki nk kwen lagi bagi jek..coi sgt..mcm ne pompuan lain nk masuk jarom kalo ko sndr queen control..elok ko busking je la idop merempat mcm dulu..
Quote animcute 26-4-2024 11:04 AM
bukan ke dia ni menyondol jugak to get the current hubby? seraikan orang utk buat rendang?
Quote sleepandream 26-4-2024 12:44 PM
mana tangkap layar nye nyah?
Quote Skyline_84 26-4-2024 12:47 PM
ewww insecure sgt dgn laki kepam dia tu..saja la tu nk tumpang limelight
Quote jiwakacau06 26-4-2024 01:06 PM
lupa ke kau prnh jd penyondol jgk
Quote achinto 26-4-2024 01:26 PM
yihhh. muka camni pun org nak try ke? hahahah yihhh busuk2 mcm perokok tegar
Quote Shayang 26-4-2024 01:28 PM
pocongkiutss replied at 26-4-2024 02:35 AM
Hey diamlah kau betina

Kalau sarah nk menyondol laki ko pun ok je..cash la utk kau

Hat sekarang ni pun hasil sondolan gak kan? Masa masuk GV tu laki tu masih laki org lain kan
Quote ninnamina 26-4-2024 01:30 PM
mesti si fuad tu kembang kempis bangga tiber jadi rebutan dah isteri pun dok bising jangan kacau laki dia….
walhal org mintak tolong
Quote orenmango 26-4-2024 01:34 PM
Tapi kadang ini la permulaannya. Mula-mula mesej minta tolong. Lama-lama sangkut.

Walaupun Tom ni ada history tak berapa ok, dia layak patahkan apa-apa hanky panky, elok la dia sound awal-awal.
Quote hokeypokey 26-4-2024 01:40 PM
fuad ni pun org berebut nak ke??? ishhh, asalkan retissss
Quote abadi84 26-4-2024 01:45 PM
Fuad busuklah
Kau sorang jer nak rebut dia
Quote dewi_rina 26-4-2024 02:17 PM
I takleh brain sampai fuad punya nama pun kait sekali, lepas tu Tom yg meroyan

Ok tak tu Tom kehkeh
Quote BoongaKertas 26-4-2024 02:24 PM
kaktom jgn risau. xde yg nak caras akak.
Quote cahaya_almas 26-4-2024 02:26 PM
Adudu..kdg2 org ni main ckp je..tk sedar diri pun ya dak..huhu..kalau si wife izzue islam yg bergurau camni i leh hadam lg...haha...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052857 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top