SHAH ALAM – DAP Selangor optimis Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu meskipun berdepan calon Melayu daripada Perikatan Nasional (PN). Naib Pengerusinya, Datuk Ng Suee Lim berkata, Pang Sock Tao dipilih sebagai calon PH kerana kredibiliti dan semangat tinggi mahu berkhidmat kepada rakyat. “Calon Kerajaan Perpaduan (Sock Tao) seorang wanita muda bertenaga dan berpengalaman luas. Saya yakin dia mampu memperoleh kemenangan termasuk meraih undi kaum Melayu dan kaum lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Sawasdee Thailand 2024 di pusat beli belah i-City di sini, petang ini. PN menamakan Khairul Azhari Saut, 54, yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor sebagai calon bagi blok pembangkang itu. Sumber - KOSMO! ONLINE |
BoongaKertas replied at 29-4-2024 10:32 AM
tolonglah melayu bersatu pls. penat lah nak tgk bercekau!
Decaffeinated replied at 29-4-2024 06:12 AM
Kalau nak bersatu kena sokong Bersatu ka? tak nak lah...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
9-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041628 second(s), 38 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.