CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat awam teruja tunggu pengumuman naik gaji esok

30-4-2024 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11376| Komen: 30

Description: PETALING JAYA – Rata-rata penjawat awam tidak sabar menantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok yang diharapkan akan memberi sinar baharu buat seluruh kakitangan ker ...


PETALING JAYA – Rata-rata penjawat awam tidak sabar menantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok yang diharapkan akan memberi sinar baharu buat seluruh kakitangan kerajaan itu.

Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan beliau pada perhimpunan Hari Pekerja.

Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, ramai yang meluahkan rasa teruja dan berharap berita baik pertama yang bakal diumumkan Anwar adalah mengenai kenaikan gaji agar dapat membantu meringankan bebanan kos kehidupan mereka.

Selain itu, ramai juga dikalangan penjawat awam menantikan pemberian elaun tambahan khusus kepada mereka yang bekerja di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Katanya, perbelanjaan di bandar dua hingga tiga kali ganda berbanding kos kehidupan kawasan pedalaman.


“Harap gaji naik, harap juga elaun khas sara hidup untuk penjawat awam di bandar terutama KL (Kuala Lumpur), hadap jem jalan setiap hari kos minyak petrol dah tinggi, tambah pula kos bayar tol berulang ke tempat kerja. Harga barang basah, makanan di bandar juga jauh beza mahalnya dari kawasan luar bandar.

“Rasanya secara logik dan ihsan pihak kerajaan, harapnya ada sinar untuk kami yang bekerja di bandar ketika ini,” luah Zainuddin dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, pengguna laman X, Adriana Myles berharap pengumuman daripada Anwar esok adalah satu usaha baharu kerajaan dalam memperkasakan lagi kebajikan penjawat awam di negara ini.

Pada masa sama, kakitangan swasta juga meluahkan harapan agar kebajikan mereka mendapat perhatian Kerajaan Perpaduan disebabkan turut terkesan dengan kos sara hidup ketika ini.

“Sempena Hari Pekerja esok, harapnya pimpinan Kerajaan Perpaduan cakna kebajikan golongan pekerja swasta. Masih ramai golongan kami berdepan dengan gaji yang rendah di bawah RM2,000. Sememangnya ia tidak cukup untuk menampung keperluan pada zaman ini,” antara luahan dalam kalangan pekerja swasta. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 30-4-2024 11:22 PM
Pemain industri dan peniaga tersenyum sinisss tak sabor tunggu nak naekkan rega barang
Quote lurve82 1-5-2024 05:41 AM
Naik gaji pun hidup aku sama je. Mls nk tmbh komitmen
Quote totokreturn. 1-5-2024 08:49 AM
Wahai peniaga peniaga sekalian, sekarang ni purchasing power dlm kalangan rakyat pun sgt la slow, korang naik je harga memang confirm melingkop la business korang. Customer pun byk beralih beli dekat online
Quote belilies 1-5-2024 09:15 AM
Oooh heols nak announce arini ke? Ingatkan masa bajet bln oct nanti. Ok lettew. Surat kgt pun dh klua aritu
Quote otai_g 1-5-2024 09:20 AM
Ikut track rekod pmx bnyk bnd yg propa. X payah la aku sebut bnd2 yg dia propa, semua org Tau kot. Anda Masih percaya dgn pmx?
Quote akusukaq 1-5-2024 09:23 AM
Maseh agak awal utk umun apa apa kenaikan gaji .Hanya garis kasar dan perangan yg mampu dia hebahkan..Apa pun tunggu je bajet  speech  2025 okt tahun ni
Quote akusukaq 1-5-2024 09:23 AM
Maseh agak awal utk umun apa apa kenaikan gaji .Hanya garis kasar dan perangan yg mampu dia hebahkan..Apa pun tunggu je bajet  speech  2025 okt tahun ni
Quote kitmal 1-5-2024 10:42 AM
MAYfool ke?
Quote wirazam 1-5-2024 11:11 AM
Tahniah org gomen..byk tu
Quote wirazam 1-5-2024 11:12 AM
Wahh
Quote wirazam 1-5-2024 11:13 AM
Tahniah org gomen ..
To peniaga ...jgn nak naik harga ye
Quote wirazam 1-5-2024 11:15 AM
Kesian yg kerja dgn swasta kecik kecik nih
Quote cursebreaker 1-5-2024 11:32 AM
Edited by cursebreaker at 1-5-2024 11:35 AM

PM dah umumkan, kenaikan gaji 15% semua penjawat awam berkuatkuasa Disember 2024. Ini kenaikan tertinggi dalam sejarah civil service katanya (previous high was 13%).
Quote cursebreaker 1-5-2024 11:32 AM
Edited by cursebreaker at 1-5-2024 11:35 AM

..and may be some allowances (yang ni tak jelas/ detail sgt, kena tunggu pekeliling JPA/ MOF).
Quote antikorok 1-5-2024 11:42 AM
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam - PM

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
Mei 1, 2024 @ 11:31am
nooratiqah.sulaiman@bh.com.my



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.


Perdana Menteri berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.



"Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.


https://www.bharian.com.my/berit ... inggi-dalam-sejarah
Quote antikorok 1-5-2024 11:43 AM


[youtube]uO02kOxZ06w[/youtube]
Quote Tinot7 1-5-2024 11:45 AM
antikorok replied at 1-5-2024 11:42 AM
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam - PM

Oleh Noor Atiqah ...

Alhamdulillah...

Tiberr..
Quote Moyangkucing 1-5-2024 11:55 AM
Orang pencen dapat juga ke? Tanya jer.
Quote syamzana 1-5-2024 11:59 AM
Alhamdulillah...menunjukkan msia masih kaya raya
jgn plak gaji tak naik lg esok segala barang mencanak naik harga

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.354488 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top