CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji penjawat awam di Selangor akan dinaikkan

3-5-2024 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 803| Komen: 0

Description: Shah Alam: Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.


Shah Alam: Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelarasan itu akan dilaksanakan selepas mendapat pekeliling berhubung kenaikan gaji penjawat awam di peringkat Persekutuan.

"Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa bermula 1 Disember depan.

"Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada yang mana saya tunggu pelarasan datang dari kerajaan persekutuan (untuk kita selaraskan)," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan gaji di peringkat negeri Selangor perlu menjadi dorongan kepada seluruh penjawat awam supaya produktiviti kerja perlu diperkukuhkan selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan Kerajaan sentiasa ditingkatkan.

Media pada 1 Mei lalu melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Anwar dilaporkan berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.182876 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top