CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

David Teo Hampir Mati Disihir Ahli Keluarga Terdekat - “Ustaz yang merawat kata saya boleh mati jika tidak dirawat dengan segera"

3-5-2024 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15206| Komen: 40

Description: Penerbit Datuk David Teo mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir yang didakwa dilakukan ahli keluarga terdekat beberapa tahun lalu.

Penerbit Datuk David Teo mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir yang didakwa dilakukan ahli keluarga terdekat beberapa tahun lalu.

Memetik Kosmo, David berkata ketika itu dia sukar tidur malam, terasa sejuk di tempat panas, hilang semangat kerja dan kuat makan. Katanya, kejadian berlaku pada 2018 seminggu selepas bapanya meninggal dunia.

Menurut David lagi, pada awalnya dia hanya menyangkakan sakit biasa namun keadaannya tidak baik dan dia hilang semangat serta sentiasa memikirkan tentang mati.

“Seminggu selepas bapa meninggal dunia saya pulang ke rumah dan mula tidak boleh tidur dan darah tinggi juga naik dengan begitu mendadak.

“Saya sangka sakit biasa dan makan ubat hospital tetapi masih tidak baik. Selain itu, saya sering terasa sejuk walaupun berada di tempat yang panas.

“Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati,” katanya.


Lebih pelik, David berkata dia seorang yang tidak makan banyak namun tiba-tiba sukakan telur separuh masak sehingga boleh makan 10 biji telur dalam satu masa.

“Saya yang normal tidak suka telur separuh masak, tetapi sejak terkena sihir saya boleh makan sehingga 10 biji telur separuh masak sekali makan,” katanya.

Sementara itu, David berkata selepas sebulan mengalami simptom tersebut dia dibawa berubat dengan perubatan Islam oleh seorang pekerja di syarikatnya sedar tentang perubahan dirinya itu.

“Ustaz yang merawat kata saya boleh mati jika tidak dirawat dengan segera. Katanya saya disihir dan terkena santau. Lintah dimasukkan ke dalam badan saya untuk buat saya sakit secara perlahan-lahan. Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal,”  katanya.

Dalam pada itu, David berkata dia tidak meyangka ahli keluarga terdekat sanggup ‘menghantar’ sihir, namun dia sudah tidak mahu lagi mempertikaikan mengenai perbuatan individu itu.

SUMBER: Kosmo/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 3-5-2024 03:34 PM
tiberrrrrrrrr keluar citer psl sihir


letih duk baca tajuk psl kisah menyondol jek
kita beralih sket ke kisah sihir yek
Quote lasagna 3-5-2024 03:35 PM
ohhh woww.. begitu skali ek org santau dia.
ada satu masa tu, lama david teo ni senyap menyepi..
Quote Claudia_Lestat 3-5-2024 03:43 PM
sapa yg boring dgn kisah laki bini tu bolehlah layan thread ni.

btw David ni non muslim kan? ke dia dah masuk islam?
kalau belum kira dia ok yer bawak jumpa ustaz nak berubat. idoklah dia nak cari sami buddha saja, sami siam ke nak ubatkan sihir dia.
Quote honeystar_11 3-5-2024 04:06 PM
Wonder dia ni masuk islam biler ye. Iols terlepas train kot.
Tak ingat plk. Yg lols ingat Michael ang masuk islam
Quote vanillaninja 3-5-2024 04:41 PM
Heols bukan Muslim. Cuma berubat cara Islam je.
Quote Pujangga22 3-5-2024 04:49 PM
my friend chinese pun minta air penwar kat ustaz katanya tersampuk sesuatu hehe
Quote SalenaGomez 3-5-2024 04:50 PM
Claudia_Lestat replied at 3-5-2024 03:43 PM
sapa yg boring dgn kisah laki bini tu bolehlah layan thread ni.

btw David ni non muslim kan? ke di ...

Rasanya dia bkn muslim. xpelik pon dan normal je bangsa lain cuba perubatan islam,  India cina semua ada. Actually diorg akan cuba semua jenis perubatan yg ada. Yg penting sembuh. Ini based on apa yg SG pernah baca dari seorg pengamal perubatan islam ni.

Sama mcm org islam la. Ada je yg jumpa bomoh org asli dan siam utk berubat. It is either depa x tahu perkara tu salah atau xkisah pon even perkara tu syirik.
Quote SalenaGomez 3-5-2024 04:53 PM
Pujangga22 replied at 3-5-2024 04:49 PM
my friend chinese pun minta air penwar kat ustaz katanya tersampuk sesuatu hehe


Itulah, SG pernah baca dulu dlm ni ada forumer tu kata elok org cina n india xde main sihir2 main santau2.

Actually semua bangsa ada black magic dan x perlu nak cite pasal certain bangsa tu superior, baik, xde dengki2 bila bisnes atau dengki org lain bahagia… dah nama manusia mmg ada yg baik dan yg x baik.
Quote Pujangga22 3-5-2024 05:02 PM
SalenaGomez replied at 3-5-2024 04:53 PM
Itulah, SG pernah baca dulu dlm ni ada forumer tu kata elok org cina n india xde main sihir2 main  ...

smua bangsa sm jer tp tu lah bangsa india n chinese jarang menonjol bab2 sihir ni..klu marah terus bunuh jer.
Quote lanacondor 3-5-2024 05:05 PM
Patut lama heols syp ye.. bab harta ni apa pon boleh jadi.. nasib heols sembuh
Quote BoongaKertas 3-5-2024 05:11 PM
pelik gak heols caya kat our ways of meds kan. sbb ada jiran iols kat kg, heols adalah seorang tokmoh typeC. mmg ramai org2 dtg berubat mostly bangsa dia lah and ada gak indian.
Quote supernaturalee 3-5-2024 05:15 PM
BoongaKertas replied at 3-5-2024 05:11 PM
pelik gak heols caya kat our ways of meds kan. sbb ada jiran iols kat kg, heols adalah seorang tokmo ...

kot terbukak hidayah mana la tau kan


teringat dulu zaman2 filem sampah mig mendonia di pawagam
melodi klu interview heols mesti di hujung interview dia akn berpantun
so funny


Quote Gianna111 3-5-2024 06:12 PM
alah..cina supplier aku dulu hampir tiap bulan ke siam sana perasap ilmu batin bawah..sekarang boss aku sorg cina singapore pun sama..3 bulan sekali mau mesti ke siam sana perasap ilmu kebal diri.mana-mana bangsa ada je santet dukun segala.cuma kita di malaysia ramai melayu jadi yang nampak nye melayu la.
Quote TomyamPuteh 3-5-2024 06:12 PM
Hantu Cina yg lompat2 tu masuk badan kot?
Quote Shayang 3-5-2024 06:50 PM
Claudia_Lestat replied at 3-5-2024 03:43 PM
sapa yg boring dgn kisah laki bini tu bolehlah layan thread ni.

btw David ni non muslim kan? ke di ...

Biasa je non muslim guna perawatan islam kalau bab kena sihir ni
Konsepnya asalkan bleh sembuh dan hilangkan sihir tu so kalau ada yg boleh selesaikan dorang ikhtiar la apa cara sekalipun
Quote bottombikini 3-5-2024 06:51 PM
org melayu pun ada yg pegi jumpa bomoh Hindu tok sami bagai
sama la juga mcm depa ni
Quote miamiot 3-5-2024 06:58 PM
BoongaKertas replied at 3-5-2024 05:11 PM
pelik gak heols caya kat our ways of meds kan. sbb ada jiran iols kat kg, heols adalah seorang tokmo ...

My husband officemate Chinese kena blackmagic pi jumpa tokmoh Buddha Hindu semua tak jln , bertahun jgk sakit ... Last2 my husband carikan Ustaz utk tlg , Alhamdulillah dh sihat skrg. Minta geng2 office cari 7 air kolah mesjid kaedahnya  
Quote Claudia_Lestat 3-5-2024 06:59 PM
SalenaGomez replied at 3-5-2024 04:50 PM
Rasanya dia bkn muslim. xpelik pon dan normal je bangsa lain cuba perubatan islam,  India cina sem ...

Sebab iols pikir bab kepercayaan yg non muslim tu yg tertanya jugak bila dia jumpa ustad.

Betul juga u cakap bila dah sakit ni apa apa saja org akan usahakan janji dapat sembuh.
Quote Claudia_Lestat 3-5-2024 07:02 PM
Edited by Claudia_Lestat at 3-5-2024 07:05 PM
Shayang replied at 3-5-2024 06:50 PM
Biasa je non muslim guna perawatan islam kalau bab kena sihir ni
Konsepnya asalkan bleh sembuh dan ...

Diaorg pun usaha juga mana mana janji dapat sembuh. Cuma diaorg tidaklah ada konsep tang aqidah tu dianggap bila seek help dari bomoh² yg bukan Islam walaupun ada gak bomoh kita agama Islam tapi rawatan x ikot Islam.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.222360 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top