CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manta Ray, Dron bawah laut mirip ikan pari bakal digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat

3-5-2024 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16504| Komen: 8

Description: DI awal pembangunan kapal terbang, rekaan awal banyak mengambil inspirasi seperti tubuh burung kerana ia dilihat sebagai rekaan yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk berjaya.


DI awal pembangunan kapal terbang, rekaan awal banyak mengambil inspirasi seperti tubuh burung kerana ia dilihat sebagai rekaan yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk berjaya.

Tetapi kita tahu sekarang ini adalah tidak benar sepenuhnya. Jadi adalah agak menarik melihat Northrop Grumman mengambil inspirasi daripada ikan pari untuk dron bawah laut mereka yang bakal digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.

Bukan sahaja rekaannya mirip ikan pari, nama dron ini sendiri ialah Manta Ray dengan ia dibangunkan sebagai projek membina dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.

Manta Ray akan digunakan untuk melakukan intipan dan juga rondaan tanpa dikesan oleh musuh.

Ia mempunyai mod menunggu dan boleh duduk di dasar laut sehinggalah diperlukan bagi menjalankan misi yang diberikan.

Spesifikasi penuh Manta Ray masih lagi dirahsiakan. Northrop Grumman sekadar berkata ia mempunyai rekaan modular bagi membolehkan ia melakukan pelbagai misi yang diperlukan.


Pembangunan dron udara dan darat berkembang maju dengan ia telah digunakan di medan perang seperti di Ukraine dan Syria.

Hanya beberapa minggu lalu Australia memperlihatkan dron bawah laut Ghost Shark yang akan melakukan misi yang sama dengan Manta Ray.

Amerika dan sekutunya melihat tentera China perlu dipantau di kawasan perairan Laut China Selatan dan dron swalayar ialah penyelesaian jangka pendek yang paling murah. 

Sumber - Amanz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 3-5-2024 09:40 PM
Projek LCS apa kabar tuuu?
Quote kotakbaju 3-5-2024 10:01 PM
Besor jugak natang ni. Tak sangka kan, ingatkan ikan pari gergasi kat bawah laut nu, rupanya alat teknologi buatan..entah2 haiwan2 pelik2 yang dok mendiami kat jurang2 laut dalam bawah nu pun buleh jadi alat2 buatan jugak yang guna sebagai pengintip. Rasanya aku penah tengok movie doraemon dulu2, ada je benda2 camni diciptakan dok kat bawah laut sebagai alat monitor.
Quote ejans 3-5-2024 10:13 PM
Mcm power sphera
Quote lkick2113 5-5-2024 06:58 PM
Macam villain Aquaman , Black Manta punya kapal selam
Quote sayurmayur88 6-5-2024 12:13 PM
iolls tak boleh tau tgk laut, tasik atau sungai..rasa kembang bulu dan seram.. fobia sgt tgk bentuk muka bumi tu..kadang kolam renang yang dalam pon iolls takut nak tgk..entah knp..
Quote green~tea 6-5-2024 12:19 PM
kotakbaju replied at 3-5-2024 10:01 PM
Besor jugak natang ni. Tak sangka kan, ingatkan ikan pari gergasi kat bawah laut nu, rupanya alat te ...

Orang2 keje offshore,  especially yang kena dive2 dalam laut gelap2 tu... diroang ckp.. pontianak version laut ni terbang mcm ikan pari manta ray dia punya jubah dlm laut tu gerbang2.. skali datang jenguk depan muka, kak ponti, langsuir.. i lupa nama apa adik i laa duk citer dengan kawan2 /colleagues dia.... hantu bidai ke apa nama nya
Quote kotakbaju 6-5-2024 03:21 PM
green~tea replied at 6-5-2024 12:19 PM
Orang2 keje offshore,  especially yang kena dive2 dalam laut gelap2 tu... diroang ckp.. pontianak  ...

Ooo. Ada ye hantu betul kat bawah laut nun. Yang iols tau, ada spesis ikan yang macam hantu  apa nama dia Ghost piper fish tak silap. Macam hantu tapi sebenarnya ikan.
Quote green~tea 6-5-2024 05:07 PM
kotakbaju replied at 6-5-2024 03:21 PM
Ooo. Ada ye hantu betul kat bawah laut nun. Yang iols tau, ada spesis ikan yang macam hantu  apa n ...

Entah la.. ni geng2 yang welding subsurface tu kan kena turun repair bawah sinun gelap2...  main cak cak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043998 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top