CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki gemuruh tulis lafaz nikah di tangan

6-5-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8784| Komen: 3

Description: JAKARTA – Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya, lapor portal berita Okezone semalam.


JAKARTA – Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya, lapor portal berita Okezone semalam. 

Detik gementar itu dikongsi oleh pengguna akaun TikTok @romansahpro. Rakaman itu menunjukkan pengantin lelaki duduk sambil berdoa dan terlihat cacatan di tangannya ketika kedua-dua  tangannya diangkat. 

Di sebelah tangannya terdapat catatan ‘saya terima nikahnya…’ iaitu bacaan lafaz akad nikah sekiranya  dia terlupa. Idea  lelaki itu membuatkan netizen menggelengkan kepala. 

Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata, lafaz akad nikah yang panjang beserta nama pasangan mungkin menyukarkan pengantin lelaki itu menghafalnya.

Situasi itu menjadi lebih buruk ekoran rasa gementar yang dihadapi setiap pengantin lelaki  apabila berdepan bakal bapa mertua semasa upacara akad nikah. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-5-2024 09:06 AM
Org kawen mmg akan gugup mcm ni ka?
Quote sayurmayur88 6-5-2024 10:05 AM
gemuruh sangat nih..
Quote sagiman91 6-5-2024 12:12 PM
"Aku Terima Akan Nikah Nya" atau "Aku Terima"...tu pun cukup.

apa susah sangat sampai nak buat syarat2 yang tak tentu pasal.

kena sambung terus tak boleh berenti,

kena satu nafas,

tak boleh sebut "Nya" dua kali lah...

tu belum masuk jenis tok kadi yang konon nak bergurau senda duk suruh baca itu ini...

suka duk buka aib org...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040105 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top