CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembik dibelasah 15 lelaki

18-7-2013 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4664| Komen: 14

Description: MENGLEMBU – Seorang lelaki hampir maut dibelasah sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan rantai dan batang besi di sebuah padang di Taman Kledang Sentosa di sini, malam kelmarin.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang separuh sedar selepas melarikan diri dari satu pergaduhan.

MENGLEMBU – Seorang lelaki hampir maut dibelasah sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan rantai dan batang besi di sebuah padang di Taman Kledang Sentosa di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 33 tahun berjaya melarikan diri dari kumpulan terbabit sebelum ditemui pengsan oleh pasukan Persatuan Komuniti Rakan Cop Perak yang membuat rondaan di kawasan terbabit.

Sukarelawan yang dikenali Ah Woo berkata, mereka menemui mangsa menjerit kesakitan ketika terbaring di hadapan sebuah rumah selepas dibelasah kumpulan lelaki itu.

“Saya menerima panggilan yang memberitahu ada sekumpulan lelaki bergaduh semasa sendiri ketika mabuk di padang awam berhampiran dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

“Ketika sampai, terdapat seorang lelaki terbaring. Kami bertindak menghubungi polis dan ambulan sebelum mangsa yang separuh sedar itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai bergaduh semasa sendiri ketika mabuk hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki.
“Tiada kesan darah ditemui dan punca kejadian merusuh masih belum diperolehi. Malah, tiada kerosakan harta benda awam berlaku di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati terdapat satu rantai besi di bahagian raga motosikal mangsa dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 18-7-2013 08:24 AM
Kes India mabuk todi..
Quote izamahmed 18-7-2013 08:24 AM
mabuk lagi... nasib baik lelaki. kena cek ni takut kena liwat
Quote kakikuDibibirmu 18-7-2013 08:29 AM
kacang menglembu ni tempat mambang di awan kan?
Quote gaara_X 18-7-2013 08:30 AM
india mabuk todi n berebut todi lam taman...adush!!!
Quote ctaz 18-7-2013 08:51 AM
india lagi.....
Quote Knowlee 19-7-2013 08:35 PM
depa ni kalo dah mabuk, mmg kerjanya nak memukul aje.
Quote Bedah.Cun 19-7-2013 08:36 PM
Kena belasah ke kena bakar??? Nape macam kayu bakar neraka je Bedah nengok???
Quote solstice 19-7-2013 08:40 PM
Bangsa yg menyusahkan org
Quote kasibiman 20-7-2013 01:16 AM
Reporter pon sama mabuk.. 2x di taip "semasa sendiri" when it should hv been "sesama sendiri"
Quote axl_bach 20-7-2013 01:20 AM
Mengelembu??DIbelasah beramai2??Separuh mati??

@cmf_herrhughie
Quote sekngucing 20-7-2013 01:26 AM
kesian rakyat jowo eh silap, rakyat @herrhugie
Quote munchkin 20-7-2013 01:43 AM
gaduh lagi
Quote PITTSBURGH 20-7-2013 01:48 AM
mabuk todi le tew
kecik2 tak nak mampos
dah tua nyosahkan org
Quote roblucci 20-7-2013 01:50 AM
Bedah.Cun posted on 19-7-2013 08:36 PM
Kena belasah ke kena bakar??? Nape macam kayu bakar neraka je Bedah nengok???

tak baik hina depa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top