CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sikap Ramah Fizz Fairuz Buat Wanita 'Cair'

29-7-2013 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12277| Komen: 91

Description: Kuala Lumpur: Pelakon Fizz Fairuz Mengakui Sikapnya Yang Ramah Membuatkan Ramai Wanita Tersalah Anggap Kononnya Dia Menaruh Hati Terhadap Mereka. Fizz Atau Nama Sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, ...
KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz mengakui sikapnya yang ramah membuatkan ramai wanita tersalah anggap kononnya dia menaruh hati terhadap mereka.


Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, hal itu mengundang rasa serba salah pada dirinya kerana dilihat seperti memberi harapan kepada individu berkenaan.

"Saya jenis yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, termasuklah wanita-wanita yang saya kenali.



"Tetapi lain pula jadinya apabila ada yang salah faham, yang mungkin menampakkan saya seperti memberi harapan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, sedangkan tidak. Kadang-kadang, saya pula berasa serba salah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizz, sejak kontroversi dia memutuskan ikatan pertunangannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang, ada beberapa wanita lain yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.

Malah, ada juga golongan berstatus VIP cuba mendekatinya, namun Fizz hanya bersikap biasa dan enggan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.

Terdahulu, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah bertunang dengan isteri orang dalam sebuah majlis rahsia pada 10 Februari tahun lalu.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu dan seminggu selepas itu, Fizz memutuskan ikatan tersebut.

Sementara itu, ditanya pula status perhubungannya dengan bekas kekasih, aktres Almy Nadia, Fizz berkata, perhubungan mereka hanya sekadar teman biasa.

Bagaimanapun, ibunya, sesekali ada bertanya mengenai Almy dan mahu Fizz kembali menjalinkan hubungan semula.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Setiap hari dia tanya bila saya nak kahwin sedangkan saya pun tak ada jawapan bagi soalan itu.

"Ada juga dia tanya tentang Almy dan mahu kami berbaik. Kadang-kadang mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawannya tetapi saya pula tak berkenan. Apa-apa pun saya serah jodoh pada Allah," ujarnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-7-2013 12:57 AM
bukan peramah tp gatal melayan!
Quote skymania 26-7-2013 01:07 AM
merenyam..pastu bodoh... kornar baring kata kene buatan orng..bodoh punyer manusia...
Quote jerukkedondong 26-7-2013 01:10 AM
macam bagus aje kau kaaannnn...
Quote hanezana 26-7-2013 01:40 AM
ade ke org nk jatuh ati ngan kaki belit ni lg
Quote kikiharris 26-7-2013 01:44 AM
Ko ingat ko Brad Pitt..
Quote tora216 26-7-2013 02:54 AM
Peramah le sgt!! :Q  Ak tgok die ni cm jenis kaki gaduh jek..
Quote mitnick 26-7-2013 03:02 AM
golongan VIP mendekati????
Quote munchkin 26-7-2013 04:42 AM
cuba ubah cara percakapan kalau orang salah anggap. tak baik tau
Quote hantu_poyos 26-7-2013 04:54 AM
Perasan..bajet hot..kosser
Quote merlinjb 26-7-2013 05:15 AM
mulut laser x bertempat, bla ckp mcm berlagak.
Quote maxim 26-7-2013 05:40 AM
haah ye lah..pastu ko snirik yg tergoda pandai plak nak kata kene sihir
Quote adifrs 26-7-2013 05:43 AM
gambo fizz ngan almy tu gambo terkini ke??
Quote rosmahisham 26-7-2013 05:55 AM
vvip mana lak nk ko ni...bkn ke vvip sumenya dah tua ganyot...tu pon selera ka???kerabat pon ntah2 sebelah mata pon x pandang..hu hu..sian lak aku tengok mamat ni..
Quote little_sis 26-7-2013 06:02 AM
fizz perasannn........... tp yg gamba dgn almy tu,  dia nk kapel balik dgn almy kerrrrrrr.... almy, x serik2?
Quote kakikuDibibirmu 26-7-2013 06:16 AM
saya tak ada fan
Quote mzzenma 26-7-2013 06:19 AM
tumpang lalu..nak muntah darah jap


Quote sphinx 26-7-2013 06:35 AM

statement bajet hot

Quote cekelatkopi 26-7-2013 06:39 AM
Hahahha peramah
Quote Grengo 26-7-2013 06:42 AM
siapalah melting bile tgk piss peros ni... siapa?

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.186554 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top