CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi

6-8-2013 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8023| Komen: 34

Description: Penyanyi Liza Hanim Mengakui Rindu Untuk Kembali Beraksi Di Pentas Nyanyian Seperti Pada Zaman Kegemilangannya Sekitar Tahun 2000. Liza Atau Nama Sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, Bagaimanapun ...



Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.


“Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.


“Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad,” katanya.


Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.
Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.


“Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.


“Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang,” ujarnya.


Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PITTSBURGH 6-8-2013 01:43 PM
rembes tak somi nya..
Quote jerukkedondong 6-8-2013 01:49 PM
PITTSBURGH posted on 6-8-2013 01:43 PM
rembes tak somi nya..

mmg rembes nok tp ko caya x gigi dia berkarat..
tp suka tgk hijrah LH...
smoga bahagia till Jannah


Quote im_cyclist 6-8-2013 01:51 PM
pada aku, her voice much better than tok T.
Quote PITTSBURGH 6-8-2013 02:02 PM
jerukkedondong posted on 6-8-2013 01:49 PM
mmg rembes nok tp ko caya x gigi dia berkarat..
tp suka tgk hijrah LH...
smoga bahagia till Jann ...

taste ko abah2 ye..
gigi berkarat?ko pnh comolt dgn laki dia ke..
Quote pakwetizzaqyah 6-8-2013 02:02 PM
liza hanim penah cemerlang gemilang terbilang ke..biasanya paling tidak pun lower top 10 je
Quote jerukkedondong 6-8-2013 02:11 PM
PITTSBURGH posted on 6-8-2013 02:02 PM
taste ko abah2 ye..
gigi berkarat?ko pnh comolt dgn laki dia ke..

x koser la ber comolot di bulan ramadhonnn...
hari tu jumpa shah kat bank tuko duit rayo...
ramah lah pulak aihhh...
sekali songeh...nahhhh...
Quote PITTSBURGH 6-8-2013 02:15 PM
jerukkedondong posted on 6-8-2013 02:11 PM
x koser la ber comolot di bulan ramadhonnn...
hari tu jumpa shah kat bank tuko duit rayo...
rama ...

owhh gitew kekdahnya ye..ramah tamah le..
doa sowang ke..


Quote nazrul90 6-8-2013 02:27 PM
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 02:02 PM
liza hanim penah cemerlang gemilang terbilang ke..biasanya paling tidak pun lower top 10 je

bagi aku Liza Hanim ada kualiti yang cemerlang gemilang terbilang.
Quote pakwetizzaqyah 6-8-2013 02:30 PM
jerukkedondong posted on 6-8-2013 01:49 PM
mmg rembes nok tp ko caya x gigi dia berkarat..
tp suka tgk hijrah LH...
smoga bahagia till Jann ...

ko bile nk berhijrah..kehuluq kehiliaq dok pakai sluar pendek..perasan amoi la konon...celah lutut dah la berkerak itam..peta dunia
Quote jerukkedondong 6-8-2013 02:57 PM
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 02:30 PM
ko bile nk berhijrah..kehuluq kehiliaq dok pakai sluar pendek..perasan amoi la konon...celah lutut ...

aku dah lama berhijrah...
aku perasan amoi ok lg..ko tu perasan pakwe cikgu ayu...
cikgu ayu kenai hang pun dak....selamat hali layeeee..........

Quote jerukkedondong 6-8-2013 03:01 PM
PITTSBURGH posted on 6-8-2013 02:15 PM
owhh gitew kekdahnya ye..ramah tamah le..
doa sowang ke..

dia dgn si Marsha...anak sulung dia yeeee...
bukan Marsha ank si Londoh tu....
chubby budak tu..berhijab lagi...
sukerr tgk....
Quote pakwetizzaqyah 6-8-2013 03:06 PM
jerukkedondong posted on 6-8-2013 02:57 PM
aku dah lama berhijrah...
aku perasan amoi ok lg..ko tu perasan pakwe cikgu ayu...
cikgu ayu ken ...

kihkihkih..cikgu ayu jugak jadi modal minah miang ni...hang tu dulu pakai mcm pelacoq ingt kami tk tau ka?
Quote roblucci 6-8-2013 03:10 PM
harap2 dia kembali berlakon teater P. Ramlee
Quote myakayina 6-8-2013 03:37 PM
lagu Gelisah Mimpi dia nyanyi tu berhantu betul bagi aku..klu tak takkan dpt vokal terbaik kt AJL dulu..
Quote jaketbiru 6-8-2013 04:30 PM
Jangan rindu2 camtu la minah ooiii, nanti kan ada lak cite nak bercerai, terpaksa aktif balik dlm bidang seni..
Quote berusjamban 6-8-2013 04:42 PM
liza hanim dlm iklan bank yg besokan dapo tu gemok gile eh...botot beso... terkejut aku tgk
Quote Laisa 6-8-2013 04:50 PM
Boleh nyanyi lagi ke dia ni? Dlu gigih sgt nak lawan dato.ct
Quote melinda_kerr 6-8-2013 04:56 PM
Tak pyahlah.. Diri pun sudah berhijrah.. Baik duk rumah layan anak suami mesti lg byk pahala dr duk menjual suara kat public.. Maintain ajelah dgn hidup skrg Liza..
Quote dauswq 6-8-2013 06:52 PM
myakayina posted on 6-8-2013 03:37 PM
lagu Gelisah Mimpi dia nyanyi tu berhantu betul bagi aku..klu tak takkan dpt vokal terbaik kt AJL du ...

klu compare live andai aku bersuara ngan gelisah mimpi, aku lagik suka vokal live andai aku bersuara lagi...

[youtube]Eqnyl-LQIVk[/youtube]

sayangnya kategori vokal diperkenalkan setahun kemudian...tp die menang gak..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.065830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top