CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nokia 3310, Telefon Legenda Bakal Buat 'Comeback'

16-2-2017 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7536| Komen: 45

Description: Syarikat pengeluar telefon bimbit jenis Nokia, HMD Global merancang untuk menghasilkan semula satu daripada produk yang paling popular, Nokia 3310 pada tahun ini. HELSINKI: Syarikat peng ...

Syarikat pengeluar telefon bimbit jenis Nokia, HMD Global merancang untuk menghasilkan semula satu daripada produk yang paling popular, Nokia 3310 pada tahun ini.


Memetik laporan Harian Metro, Nokia 3310 yang kali pertama dikeluarkan pada tahun 2000, membantu syarikat Finland itu mencipta reputasi sebagai pengeluar telefon bimbit paling laris di dunia sebelum peralihan teknologi kepada telefon pintar.

Selain itu, telefon bimbit tersebut juga dikenali dengan tahap ketahanan bateri yang lama, mudah digunakan serta tahan lasak.

Dilaporkan ianya akan dijual dengan harga 59 euro (RM278) dan butiran terperinci tentang telefon tersebut akan didedahkan pada Kongres Telefon Sedunia (MWC) yang diadakan pada 27 Februari sehingga 2 Mac.

Berdasarkan rekod, Nokia 3310 telah dijual di seluruh dunia sebanyak 126 unit tetapi rekod jualan palin tinggi dicatat oleh Nokia 1100 dan Nokia 110 yang mencatat jumlah jualan melebihi 250 juta unit.- CARI


sumber foto: http://www.dailymail.co.uk







24

Bagus
20

Marah
56

Terkejut
19

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OrenTheReturn 16-2-2017 08:34 AM
Aku pemakai hp ni sebelum bertukarr pd smartphone krn tekanan perkembangan teknologi semasa
Quote cruz2 16-2-2017 08:36 AM
Wah! Bagus..boleh beli utk kegunaan anak2 & bibik
Quote sebu 16-2-2017 08:37 AM
OrenTheReturn replied at 16-2-2017 08:34 AM
Aku pemakai hp ni sebelum bertukarr pd smartphone krn tekanan perkembangan teknologi semasa

   hp ni mmg tahan lame. Smatfon sekali jatuh dah ade yg x kene tp hp ni campak dari tingkat 4 pun boleh gune lagi dgn baik
Quote spankee_fili 16-2-2017 08:42 AM
Berdasarkan rekod, Nokia 3310 telah dijual di seluruh dunia sebanyak 126 unit


wahhh..limited edition...
Quote dcruins 16-2-2017 08:56 AM
Ni elok bagi kat bebudak sekolah kata global netizen....sekurang nyerrr mereka kembali berkomunikasi secara oral.

Bagi smuggler2 antarabangsa & pirate pun sesuai, gps off grid kata orang, authority kena trace secara analog.....
Quote ohnoLia 16-2-2017 08:59 AM
Nampaknya nak kna cari plan call dan sms murah.. la ni byk yg dah unlimited voice dan sms utk postpaid

Kalau prepaid hmmm mana ye
Quote haryatie 16-2-2017 09:02 AM
spesis tahan lasak ni..
1st time guna dulu...
Quote chinta89 16-2-2017 09:03 AM
kat rumah iols ade lg.. nt nk cari.

dh x guna bukan sb rosak tp lebih kepada bertukar yg lbh canggih
Quote EJALTI 16-2-2017 09:04 AM
Nokia 3310 bakal kembali

http://www.hmetro.com.my/node/206317

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 10:47 PM

Ridhatul Rizki
ridhatulrizki@hmetro.com.my



HMD Global Oy dipercayai bakal melancarkan semula telefon bimbit ikonik Nokia 3310 di Persidangan Mudah Alih Sedunia (MWC) di Barcelona, Sepanyol, hujung bulan ini.

Menurut laporan VentureBeat, Nokia 3310 versi terbaru ini dikatakan menerima sentuhan moden dengan spesifikasi terkini, namun, gambaran sebenar versi terbaru telefon bimbit ikonik ini masih lagi samar.

Telefon bimbit Nokia 3310 pernah mencetuskan fenomena sejak ia dilancarkan pada 2000 dan terkenal dengan bateri yang mampu bertahan sehingga dua minggu.

Bagaimanapun, HMD Global Oy yang Syarikat itu mempunyai hak memasarkan telefon pintar di bawah jenama Nokia belum mengesahkan perkara berkenaan.

Nokia 3310 terbaru ini dianggarkan bernilai £49 (RM271) dan dipercayaia dilancarkan secara rasmi 27 Februari ini.

Selain itu, HMD Global dipercayai turut akan memperkenalkan tiga lagi telefon pintar iaitu Nokia 6 dan Nokia 5 dengan pemprosesan Snapdragon 430 manakala Nokia 3 menggunakan pemprosesan Snapdragon 425.

Difahamkan, Nokia 6 mempunyai paparan full HD 5.5 inci, RAM 4GB dan kamera 16-megapiksel manakala Nokia 5 dan Nokia 3 lebih kecil dengan paparan 720p 5.2-inci, RAM 2GB dan kamera 12 megapiksel.

MWC dijadualkan berlangsung pada 27 Februari hingga 2 Mac ini.
Quote kuzaime 16-2-2017 09:13 AM
Online kadang nmpak masih ada yg jual + hp baru katanya??
Pernah merasa pakai 3310 ni.. mmg tahan lasak..game harapkan game ular aje kot yg best cover boleh tukar2..pi kedai buku beli majalah yg bole compose sndiri ring tone bagai..
Quote syadq 16-2-2017 09:17 AM
Kena type coding buat ringtone baru. Buku lagu pon laku zaman tu.
Quote nononcrux 16-2-2017 09:21 AM
hahah legend phone ni teringat zmn nakal dlu
Quote ell768 16-2-2017 09:22 AM
tepon lejen..hahahhaha
Quote matamata 16-2-2017 09:23 AM
tipon ni la yg kena ragut dulu....kenangan betul
Quote umbut 16-2-2017 09:25 AM
Wah.. nak belikan utk anak2.. lagi selamat dari smart phone, takda internet utk bersosial
Quote fredza 16-2-2017 09:27 AM
ringtone polyphonic
Quote elastico 16-2-2017 09:33 AM
Sesuai untuk budak2 sebab tak leh install wechat
Quote matchstick 16-2-2017 10:13 AM
sekali caj seminggu boleh tahan
Quote azimodin 16-2-2017 10:25 AM
Henfon pertamaku masa kat u diwarisi dari kakak. Hebat telefon ni. Xpayah bawak powerbank kehulu hilir. Jatuh katil 2 tingkat 100 kali pon masih bernyawa. Aku punya dulu sampai level ikat getah& selotape masih ade lagi kat rumah. Charger je dah xde

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.223218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top