CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Wanita Hanya Pakai 1/4 Daripada Koleksi Kasut Milik Mereka

20-8-2013 03:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15547| Komen: 27

Description: Tahukah anda hasil kajian yang dijalankan oleh www.VoucherCodesPro.co.uk, mendapati bahawa wanita hanya memakai satu perempat daripada kasut yang mereka beli. Ya,hanya 1/4 sahaja. Kalau seorang wanita ...



Tahukah anda hasil kajian yang dijalankan oleh www.VoucherCodesPro.co.uk, mendapati bahawa wanita hanya memakai satu perempat daripada kasut yang mereka beli. Ya,hanya 1/4 sahaja. Kalau seorang wanita mempunyai 36 pasang kasut, mereka hanya memakai 9 pasang sahaja dan yang selebihnya mereka akan simpan dan pakai hanya sekali sekala. Kajian yang  melibatkan 2,352 wanita yang berumur lebih 18 tahun, mendapati bahawa wanita rata-ratanya mempunyai kira-kira 20 pasang kasut , namun mereka hanya memakai 5 daripada koleksi kasut mereka. ( Imelda Marcos dan Rosmah Mansor mungkin tiada dalam senarai kajian,hihi! )

Berikut adalah alasan utama kaum hawa beri tentang mengapa mereka mengabaikan kasut mereka dan hanya pakai 1/4 sahaja daripada koleksi kasut  mereka

1. Terlalu selesa (terlalu ketat pada kaki / tumit terlalu tinggi) (64%)
2. Sukar untuk dipadankan dengan pakaian (55%)
3. Takut untuk rosak / sangat mahal (41%)
4. Telah diberikan sebagai hadiah dan tidak sukakannya (37%)
5. Tidak suka selepas beli (21%)

Kaji selidik itu mendapati bahawa 86 peratus daripada wanita mempunyai sekurang-kurangnya satu pasang kasut yang mereka tidak pernah dipakai. Dengan peruncit fesyen cepat menjual kasut dan terkini, tidak hairanlah wanita mempunyai simpanan kasut seperti simpanan stok tisu tandas di rumah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 01:37 PM
macam biasa... @spiderman80

tolong huraikan masalah kaum perempuan iney
Quote kristal 20-8-2013 01:39 PM
yup betol tu..cam aku la,beli kasut raya taun ni 3 psang tapi aku belasah 1 je Last edited by kristal on 20-8-2013 01:41 PM

Quote AdamBillionaire 20-8-2013 01:46 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 01:37 PM
macam biasa... @spiderman80

tolong huraikan masalah kaum perempuan iney

kajian aku menunjukkan perempuan satu hari dua kali tukar bra..
Quote espritvin 20-8-2013 02:18 PM
AdamBillionaire posted on 20-8-2013 01:46 PM
kajian aku menunjukkan perempuan satu hari dua kali tukar bra..

of cos la kena tukar...hahaha
takan nak pakai seharian..bau kepam nanti
Quote AdamBillionaire 20-8-2013 02:27 PM
espritvin posted on 20-8-2013 02:18 PM
of cos la kena tukar...hahaha
takan nak pakai seharian..bau kepam nanti

baru tau. adam satu hari pakai satu boxer je. pasal balik kerja kena kasi open air..

unless jogging atau ada job penat. mmg kena tukar boxer kalau xrasa xselesa.
Quote manehnya 20-8-2013 02:27 PM
aku ada anak2 kecik, susah nk ligan kalu pakai kasut tinggi
Quote awinpj 20-8-2013 03:10 PM
heheh cam tersangatlah betul...i got bad habit....ske beli kasut n simpan je...bukak je boot kete...berderet kasut...kat rak kasut umah telah adala my kasut, kat shoe rack opis pun i letak my shoe...dlm kete dia pun i letak kasut.......entahla rasa puas tgk kasut...yg pakai cuma satu je...tapak kasut tu dah tanggal 3 kali n dah haus pun.. sanggup repair balik sbb selesa n perasan my kaki looks so cute in it
Quote zuraidah1 20-8-2013 04:10 PM
betullah...ade sale jer bli...tp pkainye 1 jer..
Quote spiderman80 20-8-2013 05:11 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 01:37 PM
macam biasa... @spiderman80

tolong huraikan masalah kaum perempuan iney

Mereka ini pandai membazir, tak tahu menghargai sesuatu dan tamak. Ini dasar betina yang suka menggada-ngada.

BTW, ko janganlah asyik suruh saya huraikan masalah kaum wanita. Nanti ada yang tersentap datang bunuh saya.
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 05:47 PM
spiderman80 posted on 20-8-2013 05:11 PM
Mereka ini pandai membazir, tak tahu menghargai sesuatu dan tamak. Ini dasar betina yang suka meng ...

kalau ada forumer yg gay tua yg bunuh kamu..saya akan buat kenduri tahlil untuk kamu ok.. hahaha
Quote matchstick 21-8-2013 10:58 PM
ada few pairs kasut/ sandal yang aku beli tapi x penah pakai, alasan nya yg no.5 tu, masa test kat kedai rasa cantik or sebab terikut trend org pakai kasut camtu, aku beli jugak. last2 bila test byk kali kat umah x kena plak ngan style aku, x tegamak pula nak pakai. membazir.. nak buang sayang. nak bagi org, kasut aku saiz perahu. dah tu kehulu kehilir aku bawak dlm bonet keta aku. Sampai india cuci keta tu pun pening camana nak vacuum bonet keta aku. panjang karangan aku.. dilema wanita
Quote raihaneem 22-8-2013 11:08 AM
betul....
sya pernah beli bbrapa kasut..pakai sekali terus tak pakai..
membazir betoi

skrg beli kasut yg selesa yg mmg suka pkai..beli 2-3psg buat stok...mmg dok pakai tu ja bertahun2..
nnti rosak akn beli kasut yg sama gak...hihi
Quote Eva_yy_Ellin 22-8-2013 12:03 PM
Ahaha...entahlah nak setuju ke tak. Ada betul dan ada juga tidak. Kena tanya pada perempuan yang ada banyak koleksi kasut.

Kalau alasan saya...

Saya ada 6 je
2 kasut kerja - selalu belasah yg 1 ni je sebab dah selesa, yg lagi 1 tak selesa sangat, pakai seminggu sekali sebab melecet.
1 kasut tebal - ingat nak buat kasut kerja tapi nyesal lak beli sebab tebal sangat. Pun pakai seminggu sekali.
1 kasut but - beli tahun 2010 masa sem akhir, memang selalu pakai masa tu. Sekarang ni pakai kalau ada kerja luar.
1 sandal - kasut berjalan; wedding, rumah sedara, shopping...
1 kasut tutup - beli masa konvo, memang menyesal beli sebab konon syarat konvo kena pakai kasut tutup. Alih2 ramai je yg pakai kasut open. Tahun ni tak pakai lagi kot
2 selipar - pakai pergi kedai, pasar, beli surat khabar. Tak termasuk dalam senarai koleksi kasut kot .

Makanya...kajian itu...er...tak betul kot pada saya. Hahaha....
Quote haryatie 22-8-2013 04:08 PM
suka tukar2 kasut
ada 15 pasang kasut high heel...
Quote woobin^^ 22-8-2013 11:02 PM
kekekeke... iols mmg byk kasut pon... kat stor ade, kat shoe rack jgn ckp la, keta lagi & opis jgn lupa... xckp tue, kt rmh parents pn i park jgk
iols pulak tak pakai sbb alasan no #3 n #5
gatai nk beli kasut tue mmg la cntk tp mhl...last2 beli jgk tp pakai 2x je ponnn...
lagipun xsesuai wat g opis kalu x blh je pakai sll.....
ye, saya mmg byk alasan~
Quote adawiyah_hakim 23-8-2013 09:32 AM
kasut wanita mcm2 design.. slalu up-to-date, kang kalu pakai patern tu jek org kt ketinggalan zaman plak

biasanya sy beli time sale, murah + dpt bnyk (cth: buy 1 free 1 ke atau buy 1 get 50% for 2nd pair). vincci slalu wat sale cam tu.. maka dpt bnyk koleksi

skrg ni tgh bkira-kira nk beli brand scholl, alah membeli menang memakai... tapi mata ni slalu rambang time lalu dpn kedai kasut

pnah dgr petua org tua2 kata kalu tak nak melecet, sblm pakai gigit dulu kasut tu.. fakta atau auta...??
Quote hafieza 23-8-2013 05:45 PM
err...adekah aku sorg je yg x normal..
skrg aku cuma ade 2 high heel, 2 sandal..
satu high heel n satu sandal tu dh lama beli so aku asik lenjan je..dh agk longgar skit..
yg satu lg heel n sandal tu baru beli..
so pakai just tukar2  je..

so kalo yg heel n sandal lama tu dh rosak..aku lenjan je yg dua tu smpai la dh dkt2 rosak gak..

Quote Zeatyisaac 23-8-2013 11:44 PM
Satu kasut sukan, satu sandal dan satu selipar. Kalau sandal rosak, bantai selipar dulu sampai beli sandal baru.
Quote merrissa 24-8-2013 09:46 PM
glup terkena aku...

tapi aku kasut aku murah murahan je....hehehhee.....

tak tahu la kenapa beli maybe sebab berkenan...lawa...lepas tuh beli tak selesa pakai...kasot yang dah berkurun lama jugak aku suke pakai....keh2

tobat nak beli kasot baru lagi..tunggu kasut la ni ranap baru aku beli baru

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.231429 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top