CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anzalna Nasir Bimbang Peminat Tertipu

25-9-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8262| Komen: 20

Description: Semenjak Kebelakangan Ini, Ramai Selebriti Tanah Air Terpalit Dengan Kontroversi Membabitkan Laman Sosial Instagram. Antaranya Membabitkan Laman Instagramhanez Suraya Yang Dikecam Hebat Oleh Peminat-P ...


Semenjak kebelakangan ini, ramai selebriti tanah air terpalit dengan kontroversi membabitkan laman sosial Instagram. Antaranya membabitkan laman Instagram  Hanez Suraya yang dikecam hebat oleh peminat-peminat yang membencinya dan terbaru kecoh dengan kes pengikut Ika Nabella meminta Ika memuat naik gambar bogelnya.

Pelakon cantik, Anzalna Nasir juga terbabit dengan masalah yang melibatkan dirinya dengan akaun Instagram. Wujud satu akaun Instagram palsu yang kononnya milik Anzalna. GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan keterangan lanjut.

"Wujud satu akaun di Instagram bernama 'anzalna_nasir' yang bukan kepunyaan saya. Saya tak tahu siapa mengendalikan akaun tersebut. Apa yang saya risaukan, akaun itu boleh menimbulkan pergaduhan dan perbalahan sesama peminat dan yang lebih teruk lagi mungkin berlaku penipuan terjadi," cerita heroin drama 'Sirrun' ini memulakan perbualan.

"Saya mendaftar akaun kepunyaan saya di Instagram sekarang pun kerana kewujudan akaun palsu itu terlebih dahulu. Sudah lebih kurang tujuh bulan saya mempunyai akaun Instagram. Saya daftar kerana akaun palsu itu telah menipu orang dan apa yang lebih teruk lagi, akaun palsu itu menyamar sebagai saya," ulas Anzalna lagi.

Apa yang dikesalkan oleh Anzalna, akaun palsu tersebut turut mencuri gambar-gambar daripada akaun Instagram miliknya. Tambah Anzalna, selain membalas komen peminat, akaun palsu tersebut juga cuba menipu rakan artisnya. Antara rakan artis yang telah tertipu dengan akaun itu ialah Hanez Suraya dan Talha Harith.

"Orang yang mengendalikan akaun palsu tersebut pernah meminta nombor telefon Hanez. Lain pula ceritanya dengan Talha. Ketika kami bergandingan di set penggambaran, Talha bertanya kepada saya mengapakah saya mencarinya. Rupa-rupanya pemilik akaun palsu tersebut berhubung dengan Talha di Instagram," ujar Anzalna lagi.

"Saya dah membuat laporan seperti 'report for spam' di Instagram sendiri tapi belum ada tindakan oleh pihak mereka. Jadi apa yang saya harapkan, peminat saya tidak terus tertipu dengan akaun palsu yang bernama 'anzalna_nasir' dan mengikuti saya menerusi akaun milik saya, 'anzalnanasir88'. Saya juga berharap sesiapa yang mengendalikan akaun palsu tersebut supaya berhenti daripada menipu orang lain," ucap Anzalna mengakhiri perbualan.


sumber= gua.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 21-9-2013 08:51 AM
mental disorder tu yang buat fake account .. kesian
Quote miawpink 21-9-2013 08:55 AM
rosasa posted on 21-9-2013 08:51 AM
mental disorder tu yang buat fake account .. kesian

sampai sanggup berbual ngan talha harith tu
Quote mitnick 21-9-2013 09:28 AM
bangga kotnya dpt berbual ngan retis guna fake acc... jakon sungguh
Quote alepmama 21-9-2013 09:31 AM
bahayanya lah kan
tak pepasal anzalna kena buat insta sendiri pulak
Quote True-X 21-9-2013 10:00 AM
Akuske anzalna ni... dia wat insta leh le aku folo

Quote True-X 21-9-2013 10:01 AM
Ai minat anzalna
Quote pet_ayut 21-9-2013 10:27 AM
Anzalnye ig...anzalnanasir88..die dah private ig die
Quote miawpink 21-9-2013 10:27 AM
True-X posted on 21-9-2013 10:01 AM
Ai minat anzalna

add la ig dia
Quote princess_happy 21-9-2013 10:45 AM
cntik anzalna nih..
Quote yayah8989 21-9-2013 12:54 PM
pergh.  dasat nyer
Quote solstice 21-9-2013 01:02 PM
Akaun anzal x best sgt
Sbb 100% pose cantik canera 360
Suka retis yg pose spontan x kontrol cantik
Ntah lah.. mebi anzal ni ratu cantik material yg 24/7 pose anggun
Tp ai pollow inra anzal

Tp respek gak lar kat anzal ni yg kemas dan cantik 24/7
Sesuai jd retis
Tak mcm setengah retis wanita yg x reti jaga penampilan diri
Mcm ai yg selekeh & simple ni harus kena keji kalu jd retis
Quote Dadadi 21-9-2013 01:16 PM
Anzalna ni  24jam makeup je...
Quote blue_ivy 21-9-2013 06:52 PM
Dadadi posted on 21-9-2013 01:16 PM
Anzalna ni  24jam makeup je...

Xrimas ke 24 jam mekap.kita nak mekap setaun skali pun payah.stakat kuar jln2 g keje tu pakai bedak johnson baby jah ckup...hehehe
Quote tomet05 21-9-2013 10:09 PM
mekap tebel abih ke dia nih
Quote bantal_busuk 21-9-2013 10:14 PM
Cantik jer....
Quote ananyaperfume 21-9-2013 10:34 PM
manis nya ada..
Quote neez_cookies 21-9-2013 11:09 PM
iols lagi suka dia dari lopak...
Quote -electrifying- 26-9-2013 09:56 AM
gne fake account artis je dpt berbual ng artis, klau gne akaun sndri, mmg x dilayan la jwbnye
Quote pumpkingirl 26-9-2013 09:58 AM
1st time tgk drama dia berlakon semalam, mmg cantikla dia ni..n berlakon ok jugak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top