CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Soo Winci Bakal Sertai Masterchef Selebriti Mega!

1-10-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9460| Komen: 52

Description: Mengukir Nama Di Negara Sendiri Pun Sukar, Inikan Pula Mahu Menempa Kejayaan Di Bumi Asing. Bagaimanapun, Soo Wincci Membuktikan Sebaliknya Selepas Tapak Kerjaya Seninya Yang Dibina Di Taiwan Makin

Soo Wincci


Mengukir nama di negara sendiri pun sukar, inikan pula mahu menempa kejayaan di bumi asing. Bagaimanapun, Soo Wincci membuktikan sebaliknya selepas tapak kerjaya seninya yang dibina di Taiwan makin membuahkan hasil.


Walaupun terpaksa berulang-alik ke Taiwan untuk memenuhi tuntutan kerja, bekas Miss World Malaysia 2008 ini tetap gembira dengan perkembangan kariernya dan berpuas hati kerana keha-dirannya diterima bukan hanya di Malaysia, tetapi juga Taiwan.


Perlu menyesuaikan diri dengan cara bekerja di Taiwan, Wincci mengakui jika tidak berhati-hati, dia mungkin hilang identiti Malaysia jika terlalu mengikut kehendak peminat Taiwan.

“Memang banyak perbezaan. Di Malaysia, walaupun seseorang penyanyi tidak mempunyai paras rupa cantik tapi memiliki suara sedap, masih ramai yang suka dan meminatinya.

“Berlainan dengan Taiwan, mereka sangat mementingkan pakej. Kalau kita lembut dan terlalu mengikut permintaan pengurus yang inginkan kita tampil seperti artis tempatan, pastinya lama-kelamaan kita akan hilang identiti diri.


“Artis Taiwan semuanya kurus, malah tubuh saya pun dianggap sangat besar dan perlu susut lagi. Namun kita perlu tegas membuat keputusan.

“Ia mungkin menggembirakan pihak lain tapi tiada gunanya kalau kita tak selesa,” kata gadis berusia 28 tahun ini.

Sangat mementingkan kesihatan diri, peserta MasterChef Selebriti musim pertama ini bagaimanapun tidak pernah memaksa dirinya bersenam melebihi kemampuan diri walaupun inginkan bentuk badan lebih langsing.

Suka memasak, penyanyi lagu Terus Teranglah yang kini menjaga diet ini tidak menjadikan alasan berkenaan untuk berhenti memasak. Walaupun tidak dapat menikmati masakan disediakannya, dia puas apabila juadah berkenaan dinikmati orang lain.

“Saya kini mengawal pemakanan tapi bukan langsung tidak makan. Saya suka masak tapi ada sesetengah menu yang saya sediakan kurang sesuai dengan diet. Sebab itu saya akan beri pada orang lain. Ia cukup membuatkan saya puas.

“Ada banyak cara untuk menurunkan berat dan memastikan badan kita tetap langsing. Selain menjaga pemakanan, se-naman banyak membantu. Kita juga boleh memilih jenis senaman sama ada pergi ke gimnasium, joging di taman atau mengikuti kelas aerobik.

“Tidak makan bukan amalan sihat. Kita memerlukan zat daripada makanan seharian. Perlu makan tapi kecilkan kuantitinya dan pilih juadah berkhasiat sesuai dengan keperluan kalori harian,” katanya.

Selebriti tinggi lampai ini baru-baru ini menghasilkan sebuah lagu Mandarin berjudul Liar khas untuk lagu tema rantaian drama The Liar yang ditayangkan menerusi saluran ntv7 bermula 30 September ini.

Genre berbeza daripada lagu yang pernah dinyanyikan Wincci, gadis yang kerap tersenyum dan ramah ini ketawa besar apabila suara dan karakternya berbeza apabila mendendangkan lagu berkenaan.

Keluar dari kepompong selesanya, Wincci sendiri terkejut mendengar hasil akhir rakaman lagu berkenaan. Berdepan kesukaran mencari emosi, Wincci teruja apabila melihat sisi lainnya menyanyikan lagu itu.

“Kali pertama diberikan lagu ini, saya terkejut kerana ia berentak rock. Saya bimbang suara saya tak dapat mengangkat lagu berkenaan, tapi penerbit tetap suruh saya mencuba.

“Lagu itu memang sangat berbeza. Penerbit minta saya hilangkan sedikit identiti supaya dapat menyanyikan lagu itu tapi pada masa sama minta saya kekalkan nada suara,” katanya.

Lari daripada identiti asal, Wincci berharap dapat menterjemahkan lagu itu ke bahasa Melayu kerana dia ingin berkongsi cubaan pertamanya dengan peminat daripada kaum lain.

Wincci berkata, dia mungkin akan menghasilkan ‘single’ baru dengan rentak sama untuk memberi kelainan dan menganggapnya sebagai cabaran pada vokalnya.

“Jika lagu itu mendapat maklum balas baik, saya mungkin hasilkan lagu baru berentak rock. Kalau berada di tahap sama, lama kelamaan peminat bosan. Biar saya cuba sesuatu yang baru,” katanya.

Wincci sebelum ini kerap berlakon drama di ntv7, namun demi memberi tumpuan pada bidang muzik, dia terpaksa melupakan hasrat berkenaan. Menolak tawaran lakonan yang menjadi idaman artis di Taiwan, Wincci menganggap itu bukan rezekinya.

“Penggambaran bermula bulan depan, tapi saya terpaksa tolak kerana terbabit dengan MasterChef Selebriti Mega selama tiga bulan. Sedih, tapi saya terlebih dulu berjanji menyertai rancangan itu.

‘Tidak apa, mungkin ini rezeki orang lain. Saya ada rezeki lain dan komitmen yang perlu dilaksanakan,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotionmilo 30-9-2013 08:27 PM
astro ke??
Quote pr3ttytw33ty 30-9-2013 08:29 PM
lg 1...che ta! tp nk ke sheols join lg
Quote cmf_blingblings 30-9-2013 08:32 PM
kali ni mesti menang
Quote xanderz 30-9-2013 08:32 PM
pr3ttytw33ty posted on 30-9-2013 08:29 PM
lg 1...che ta! tp nk ke sheols join lg

kalau pandai pujuk che ta misti join punya.. dia kan ala2 ting tong sikit.

ingat lagi dulu nak bersara katanya dari dunia artis...siap keluar kat majalah EH lagi..

skrg masih ada lagi...



Quote maxim 30-9-2013 08:33 PM
lantak la..yg penting adakah peserta paling hebat merangkap juara, iaitu Syura akan joint?
Quote skymania 30-9-2013 08:36 PM
smalam tgk IG..die baked kek ikan tuk besday iqram..nmpk sedap dow...
Quote skymania 30-9-2013 08:38 PM


iqramdinzly This #cake baked by @soowincci & specially for me. So cute .. #ikanmasin #durian #flavour .



iqramdinzly Tuhan tu Maha Kaya..Maha Pemurah..Lagi Maha segalanya. Kalau kita ikhlas & redha akan ssuatu ketentuannya, pasti ada balasan yg terbaik darinya. Sekarang saya dh ada #maktiri #jerukmasin . Yg akan "rotan" saya kalau degil. Haha. Nway.. I believe on ur "promise". Lepas ni xmau main-main dah. Takuuuutttt hehe. @soowincci  



Quote ford1 30-9-2013 08:39 PM
ada kualiti dia ni nice package lah
Quote skymania 30-9-2013 08:40 PM


soowincci Happy Birthday Bro @iqramdinzly



Quote juliez 30-9-2013 08:46 PM
maxim posted on 30-9-2013 08:33 PM
lantak la..yg penting adakah peserta paling hebat merangkap juara, iaitu Syura akan joint?



Harus laa.. Bakal juara berganda katanyaa
Quote maxim 30-9-2013 08:47 PM
juliez posted on 30-9-2013 08:46 PM
Harus laa.. Bakal juara berganda katanyaa

juara sendu berganda?
Quote juliez 30-9-2013 08:49 PM
maxim posted on 30-9-2013 08:47 PM
juara sendu berganda?



Helloooo.. Sendu2 pun sheols buka resto okay! Yg juara no 1 tu gerai pun takde. Dah la sabotaj bisnes rendang mak tom
Quote mitnick 30-9-2013 08:51 PM
datuk fazley join ke? dah abis blaja masak2 dkt akademi ke blm?
Quote maxim 30-9-2013 08:52 PM
juliez posted on 30-9-2013 08:49 PM
Helloooo.. Sendu2 pun sheols buka resto okay! Yg juara no 1 tu gerai pun takde. Dah la sabotaj ...

kann??

dah opening ke restoran sheols? nanti nak pi, since iols salah sorg yg vote sheols time tu.



Quote xanderz 30-9-2013 08:52 PM
maxim posted on 30-9-2013 08:47 PM
juara sendu berganda?

kali ini mungkin ada undi sms
Quote maxim 30-9-2013 08:54 PM
juliez posted on 30-9-2013 08:49 PM
Helloooo.. Sendu2 pun sheols buka resto okay! Yg juara no 1 tu gerai pun takde. Dah la sabotaj ...

yg juara no 1 tu, dtg masterchep season 2 wat muka seposen ngan makanan murahan pastu letak nama ala france nak bg nampak classy..murahan sgt tektik
Quote maxim 30-9-2013 08:55 PM
xanderz posted on 30-9-2013 08:52 PM
kali ini mungkin ada undi sms

oh really? kene start menabung from now on.
Quote mixed 30-9-2013 08:57 PM
Wow ada lg ake msc
Best x sabar nk tgk kalo ada

Azwana alia bertanding
Quote juliez 30-9-2013 08:57 PM
maxim posted on 30-9-2013 08:54 PM
yg juara no 1 tu, dtg masterchep season 2 wat muka seposen ngan makanan murahan pastu letak nama a ...



Tapi katanya heols kan berguru sampai ke paris.. Harus la masakan kali ni lebih hebat. Boleh ker bakal juara berganda lawan dgn masakan ala2 kampung tu? Risau okay

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.147499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top